Saturday, October 18, 2008

KHIR DAKWA KENA MAIN


Ada hulubalang Khir Toyo yang menghubungi saya dan menyatakan kenapa tak support Khir yang sedang berusaha untuk mendapatkan pencalonan dari bahagian? Beliau juga berkata mengapa pula saya downgrade Khir agar tidak bertanding? Alasan yang mereka berikan ialah, "kita sama-sama senegeri, dan sepatutnyalah sokong orang Selangor untuk duduk di pucuk pimpinan parti."

Jawab saya cukup mudah. "Siapa Khir Toyo sekarang?. dan mengapa hulubalang itu menghubungi saya di kala Khir ingin mencari tapak semula dan mengejar impian yang sudah terbuku sekian lama - nak jadi Ketua Pemuda UMNO Malaysia?".

Persoalan saya gagap di jawab oleh hulubalang mantan MB Selangor. Saya berkata kepada beliau agar cerminkan diri mereka sendiri. Jangan dah baru tersepit baru teringat kawan-kawan. Semasa senang lenang dan ditimbuni harta kemewahan dan kuasa yang tiada had, kawan-kawan dilupakan. Dan malah dinyahkan dari senario politik Selangor.

Tak malu ke menjilat balik ludah?

Sifir saya mudah sahaja. Jika hendak bertanding juga, lebih baik bertanding MT sahaja. Itu lebih selamat dan bermaruah kerana Khir mempertahankan jawatan no 1 MT nya yang dimenangi pada tahun 2004.

Masih belum terlambat untuk menukar pendirian menarik diri dari percaturan Ketua Pemuda. Orang akan lebih respect Khir kerana mengakui kekuatannya setakat mana.

Jangan membazirkan duit dan masa.

Saya sebenarnya merasa terkejut dan "sedih" apabila membaca berita di Utusan 18/10/2008 seperti di bawah ini:-

Khir dakwa dipermainkan dua bahagian Pemuda
SHAH ALAM 17 Okt. - Calon Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Dr. Mohamad Khir Toyo mendakwa dipermainkan oleh dua bahagian pergerakan tersebut ketika proses mencalonkan pemimpin untuk bertanding jawatan itu.
Menurut bekas Menteri Besar Selangor itu, dua bahagian terbabit ialah Gelang Patah di Johor yang mengadakan persidangan Ahad lepas dan Padang Terap di Kedah yang berlangsung malam ini.
"Adakah patut mereka menjalankan pengiraan dengan hanya mengangkat tangan sedangkan jumlah perwakilan tidak dikira terlebih dahulu bagi memastikan jumlah yang diterima oleh calon-calon sama dengan jumlah perwakilan.
"Sedangkan berdasarkan wakil saya di kedua-dua bahagian itu, jumlah yang diterima oleh saya lebih tinggi daripada calon lain, sebaliknya nama saya tidak diumumkan.
"Kalau macam ini saya pun naik bosan dengan UMNO, kenapa buat macam itu, nampak sangat ada orang hendak boikot, hak saya untuk bertanding dinafikan, saya betul-betul kecewa," katanya kepada Utusan Malaysia di sini malam ini.
Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Gelang Patah mencalonkan Naib Ketua Pemuda, Khairy Jamaluddin bertanding jawatan ketua pergerakan itu pada pemilihan Mac depan.
Ekoran itu, sembilan anggota Jawatankuasa Pemuda bahagian berkenaan hari ini mengancam meletakkan jawatan jika mesyuarat perwakilan yang diadakan minggu lalu tidak diadakan semula.
---
Sementara itu, Exco Pemuda UMNO, Datuk Mukhriz Mahathir menerima pencalonan terbaru daripada Bahagian Padang Terap yang mengadakan persidangan perwakilannya malam ini.
Sehingga kini, Mukhriz memperoleh 44 pencalonan termasuk tiga hari ini daripada Pemuda UMNO Bahagian di Kedah iaitu Pendang, Kuala Kedah dan Padang Terap.
Khairy mengekori dengan 22 pencalonan termasuk yang terbaru dari Rantau Panjang di Kelantan manakala Mohamad Khir (14) termasuk dari Kemaman.
Mengulas lanjut, Mohamad Khir meminta pucuk pimpinan memberi perhatian kepada masalah menyekat pencalonan dan mengatasinya dengan segera bagi mengelak keadaan semakin buruk.


'SEDIH" kerana begitu hina Khir diperlakukan apabila beliau sudah tiada lagi berjawatan MB.

"SEDIH" kerana begitu desperado sekali warga kelahiran Tanjung Karang ini.

"SEDIH" kerana seperti pengemis politik yang merayu-rayu meminta dicalonkan.

KEPADA KHIR TOYO,
Boleh percaya ke kata-kata, kerja dan laporan "wakil" yang berada di mesyuarat tersebut. silap-silap "wakil" itu sendiri tak buat kerja. Pada mereka yang penting upah.

Tajuk berita Utusan "Khir dakwa dipermainkan dua bahagian Pemuda" tersangatlah tepat dan sepatutnya diubah menjadi "KHIR DAKWA DIPERMAINKAN OLEH SEMUA BAHAGIAN PEMUDA".

Mungkin belum rezeki Khir untuk menjadi Ketua Pemuda UMNO Malaysia ketika ini walaupun sudah menyimpan cita-cita tersebut sejak tahun 2005 lagi.




3 comments:

Unknown said...

setuju.
Ini satu lagi lahabau yang tak sedar diri. Abih satu selangor di lacurkan kepada sanak saudara beliau dan kepada jiran cina dia.
Lepas tu mintak tolong org melayu lain.
Boleh Blah lah khir. Engkau sama le dgn Pak Lah.
Jawa totok.

TANAH MELAYU said...

xxx

is150 said...

aku seronok melihat pergelutan pemuda umNO masa kini... bila lagi dapat tgk???