Saturday, January 13, 2007

KERENAH BIROKRASI MERUGIKAN KERAJAAN


"Minta maaf Encik. Encik kena ikut prosidur yang ada. Ini arahan dari pihak atasan dan saya hanya menjalankan tugas. Saya kena ikut garis panduan yang telah ditetapkan dan Encik pula kenalah ikut peraturan".

Itulah jawapan daripada kakitangan awam apabila kita mengadu terlampau banyak borang yang perlu diisi disamping banyak sangat unit, bahagian dan jabatan yang perlu disampaikan sesuatu permohonan. Dengan kata lain kerenah birokrasi terpaksa kita lalui walaupun ia terpaksa memakan masa dan perbelanjaan. Itu baru berurusan dengan satu jabatan sahaja. Bayangkan jika permohonan kita melibatkan sehingga 14 jabatan untuk memberikan ulasan seperti permohonan cadangan pembangunan membina resort.

Jika kita inginkan jalan pintas, bermakna kita akan bergelumang dengan rasuah. Mungkin kita pula akan berkata kepada penjawat awam,"tidak ada 'cara lain' ke supaya permohonan saya dapat dipercepatkan?. Kalau hendak 'duit kopi' saya boleh uruskan".

Kita sebenarnya akan menggalakkan kakitangan awam menerima rasuah semata-mata untuk mempercepatkan kelulusan. Apakah budaya sebegini yang ingin kita amalkan?.

Inilah persoalan yang membelenggu kakitangan awam dan orang ramai yang berurusan dengan pejabat kerajaan. Senarionya hampir sama cuma fungsi jabatan kerajaan sahaja yang berbeza.

Banyak rancangan dan pendekatan yang dilaksanakan oleh kerajaan dalam usaha penambahbaikan mekanisme pelaksanaan, penyelarasan, pemantauan dan penilaian, agar program yang dilaksanakan dapat mencapai matlamat yang disasarkan dengan berkesan.

Malah kerajaan akan terus meningkatkan usaha bagi menutup ruang untuk rasuah, amalan tidak sihat serta penyalahgunaan kuasa daripada berlaku, baik di sektor awam mahupun swasta. Inisiatif juga akan diperkenalkan untuk terus meningkatkan ketelusan serta mengurangkan pembaziran. Bagi memperbaik mutu penyampaian perkhidmatan awam, kerajaan akan terus mengurangkan kerenah birokrasi dan menambah baik perkhidmatan agensi barisan hadapan.

Itu janji kerajaan dalam melaksanakan Rancangan Malaysia Ke 9 (RMK9)
yang mahukan sektor awam, sektor swasta, badan bukan kerajaan dan masyarakat turut sama mengambil bahagian dan memainkan peranan masing-masing.

Pada tahun 2003, Pasukan Petugas Menangani Kerenah Birokrasi (PPMKB) telah ditubuhkan disetiap kementerian untuk mengurangkan kerenah birokrasi dengan menambah baik sistem dan prosedur kerja sedia ada di kementerian dan jabatan. Mekanisme sudah ada, tetapi sejauh manakah PPMKB ini berjaya atau tidak untuk menyelesaikan masalah-masalah birokrasi?.

Tugasan PPMKB cukup indah. Antara peranan pasukan khas ini ialah:-
1. memastikan penyampaian perkhidmatan yang cekap serta mencegah penyelewengan dan amalan rasuah.
2. mengenalpasti, mengkaji dan meminda undang-undang dan peraturan yang menghalang kelicinan sistem penyampaian perkhidmatan.
3. mengkaji dan memperakukan penambahbaikan standard perkhidmatan seperti Piagam Pelanggan dan mengambil tindakan susulan terhadap maklum balas pelanggan.
4. menentukan bekalan sumber yang perlu bagi meningkatkan tahap penyampaian perkhidmatan.

Tidak dinafikan terdapat kemajuan dan keberkesanan tugasan pasukan khas ini di setiap kementerian yang berjaya dan mencapai kejayaan cemerlang. Contohnya proses permohonan kontraktor di Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) berjaya dipercepatkan daripada 60 hari kepada 30 hari. Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) pula dapat memendekkan masa memproses bayaran balik daripada 2 minggu kepada 2 hari sahaja. Manakala Jabatan Imigresen Malaysia berjaya memendekkan proses bagi pengeluaran paspot baru daripada satu minggu kepada tiga hari sahaja, dan pembaharuan paspot dapat dilakukan dalam tempoh 24 jam.

Bahagian yang paling banyak mendapat sungutan dan komen dari orang ramai ialah bahagian perlesenan dan permit. Sebab utamanya ia bersangkutan dengan pertumbuhan ekonomi negara. Tanpa dokumentasi perundangan ini akan mengakibatkan sesuatu perniagaan diistilahkan sebagai haram atau tanpa kebenaran.

Inilah yang terpaksa ditempuh oleh ahli perniagaan. Akibat kerenah birokrasi yang melambatkan pengeluaran lesen dan permit, mereka sanggup menanggung risiko menjalankan perniagaan secara tidak sah. Maka wujudlah beribu-ribu kilang haram seperti di negeri Selangor. Kajian Jabatan Perancang Bandar dan Desa Selangor menunjukkan terdapat sebanyak 1500 kilang tanpa kebenaran di Selangor pada tahun 2005 dan jumlah ini semakin meningkat sekiranya klasifikasi kilang diperluaskan kepada kilang-kilang yang beroperasi tanpa lesen perniagaan di atas tanah perindustrian.

Akibat kerenah birokrasi dalam pengeluaran lesen dan permit, ia sebenarnya merugikan kerajaan sendiri kerana jika di"halal"kan kilang-kilang tersebut dengan segera tanpa banyak kerenah, sudah pasti hasil pendapatan kepada kerajaan negeri berlipat kali ganda kerana kilang yang sah akan membayar harga lesen, cukai tanah, permit, lesen industri dan cukai taksiran.

Apakah kelewatan pengurusan perlesenan dan permit tidak difikirkan secara serius?. Ini kerana akibat kelewatan, hasil kerajaan juga berkurangan dan ini akan menjejaskan proses pembangunan. Ia juga akan menggalakkan amalan sogokan wang kepada penjawat awam supaya kilang-kilang tersebut tidak dikenakan tindakan undang-undang.

Pelbagai langkah diambil oleh kerajaan untuk mempercepatkan pengeluaran lesen dan permit bagi mengurangkan kos perniagaan dan memudahkan operasi sektor swasta. Antara proses yang boleh dilakukan adalah seperti :-
1. mengkaji semula keperluan bagi lesen dan permit tertentu.
2. memperkenalkan borang permohonan dan lesen komposit.
3. melanjutkan tempoh sah laku lesen dan permit.

Inisiatif sebegini amat penting bagi memastikan pertumbuhan ekonomi dan kekuatan mentaliti rakyat adalah sejajar dengan hasrat kerajaan dalam RMK9. Contohnya industri perhotelan memerlukan 14 jenis lesen dan permit dari pelbagai jabatan. Usaha harus diperkemaskan agar 14 lesen tersebut digabungkan menjadi satu lesen komposit sahaja. Mungkin pihak berkuasa tempatan (PBT) boleh diberikan tanggungjawab untuk pengurusan lesen komposit perhotelan.

Pujian seharusnya diberikan kepada Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) kerana telah mempercepatkan proses kelulusan bagi lesen import dan eksport serta lesen di bawah 'Generalised System of Preferences' (GSP). Manakala Kementerian Pelancongan telah menurunkan kuasa penuh kepada Pesuruhjaya Pelancongan bagi mempercepatkan pengeluaran pelbagai lesen dan permit berkaitan industri pelancongan.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Tan Sri Muhyiddin Yassin baru-baru ini secara jujur mengakui kerenah birokrasi menjadi punca utama sektor pertanian negara masih gagal dibangunkan seperti yang dikehendaki. Walaupun bermacam-macam dasar, program dan insentif dirangka, namun kejayaannya masih jauh daripada yang diharapkan malah seolah-olah ditakuk lama walaupun kerajaan berbelanja besar untuk pembangunan sektor pertanian. Menurut Muhyiddin, pegawai-pegawai pertanian cuma dilihat mahir dalam aspek teori sahaja tetapi gagal secara praktikal untuk membantu aspirasi kerajaan.

Kegagalan memajukan sektor pertanian adalah disebabkan oleh kebanyakan program yang diperkenalkan oleh kementerian hanya bersifat ad hoc selain diburukkan lagi oleh kerenah birokrasi.

Begitu juga dengan sektor pelancongan sehinggakan menterinya melenting apabila sesetengah agensi kerajaan menimbulkan pelbagai masalah kepada pelancong dan pengusaha pelancongan. 'Red tape' yang dihidangkan sesungguhnya menggugat program mega kerajaan iaitu Tahun Melawat Malaysia 2007 yang mensasarkan RM44.5bilion pendapatan.

Contohnya permohonan lesen hotel dari Kementerian Pelancongan untuk sektor hotel bajet kategori satu bintang dan kategori orkid, mensyaratkan bilik air adalah secara berkongsi untuk kelas dormitori. Tetapi pihak PBT tidak meluluskan lesen perniagaan hotel kerana syarat PBT bilik air tidak boleh dikongsi. Terdapat percanggahan syarat kelulusan lesen yang berbeza antara dua agensi. Tempias masalah adalah peniaga hotel bajet tersebut kerana berniaga tanpa lesen perniagaan dan membantutkan usaha jika peniaga tersebut ingin membuat pinjaman bank.

Apakah kerana terlampau mengikut prosidur dan peraturan, perkara-perkara yang bersifat 'common sense' tidak boleh diberikan kewajaran untuk dipertimbangkan?. Apakah ini juga boleh dikategorikan kepada kerenah birokrasi walaupun ianya bukan berunsur mencari jalan pintas yang memungkinkan perlakuan rasuah terjadi?. Apakah semakin maju negara itu semakin luntur nilai-nilai 'common sense'nya?

Inilah yang terjadi di negara maju seperti Amerika Syarikat apabila taufan Katrina yang melanda New Orleans telah merosakkan seluruh bandaraya dan semua utiliti dan perhubungan terputus. Dalam keadaan darurat itu, masih ada agensi kerajaan persekutuan yang ingin menjaga imej dan prestasinya. Datuk Bandar New Orleans, Ray Nagin naik berang apabila kerajaan persekutuan menghalang doktor, pakar bedah dan pembantu perubatan untuk menyertai operasi menyelamat kerana mereka belum dilantik untuk menyertai operasi menyelamat tersebut.
Saya percaya walaupun sistem penyampaian perkhidmatan kerajaan yang cekap, masih terdapat kekurangan dan sering mendapat kritikan. Namun budaya dan suasana kehidupan kita tidaklah seteruk seperti di New Orleans. Pertimbangan yang waras warga Malaysia amat tinggi apabila kita menghadapi bencana.
Budi bicara dan pertimbangan yang waras juga amat dituntut walaupun penjawat awam terikat dengan prosedur yang ketat untuk menangani masalah birokrasi dan amalan rasuah. Inilah yang terjadi kepada seorang pelajar IPTA yang lulus dalam satu mata pelajaran tetapi slip keputusan dinyatakan gagal. Beliau terpaksa membayar wang rayuan semula sebanyak RM50. Akhirnya pengurusan IPTA mengesahkan berlaku kesilapan cetakan pada slip keputusan.

Proses tuntutan wang RM50 terpaksa berlangsung selama lapan bulan kerana kerenah birokrasi dan tuding menuding dari pejabat fakulti ke pusat bahasa, dan kemudian ke pusat rekod, pusat komputer dan akhirnya ke pejabat bendahari. Akibat kesilapan dan kelalaian pihak lain, pelajar tersebut terpaksa menanggung kerenah birokrasi dan menjadi seperti bola ditendang ke sana sini.

Ini contoh masalah paling remeh tetapi memakan masa yang lama untuk diselesaikan. Dimanakah letaknya pengurusan kualiti di bawah program Pengurusan Kualiti Menyeluruh (TQM) selain usaha berterusan dalam pengurusan kualiti seperti Kumpulan Meningkat Mutu Kerja (KMK).

Agak menghairankan bagaimana sesuatu jabatan kerajaan mendapat pengiktirafan MS ISO 9000 sedangkan kualiti, inovasi dan penandaarasan boleh dipertikaikan semasa mencapai pengiktirafan organisasi dalam menyediakan perkhidmatan yang berorientasikan pelanggan.

Walaupun mulai 1 Januari 2004 semua agensi kerajaan beralih kepada standard baru MS ISO 9001:2000 yang memerlukan setiap organisasi memberikan penekanan kepada kehendak pelanggan dan pengukuran kepuasan hati pelanggan, ianya hendaklah dipraktikkan secara berterusan dan menyeluruh, dan bukan hanya aktif dan berkualiti semasa semakan dan pemeriksaan sebelum mendapat sijil. Apabila sudah memperolehi persijilan standard, kualti perkhidmatan balik ke takuk lama.

Menurut Laporan Biro Pengaduan Awam 2005, daripada 2707 aduan yang diterima, 50 peratus adalah berkaitan dengan kegagalan atau kelewatan dalam memberikan layanan atau maklumbalas terhadap permohonan atau keperluan pelanggan yang berkait langsung dengan kerenah birokrasi.

Walaupun Perdana Menteri sendiri menegur masalah birokrasi dan kelemahan sistem penyampaian awam dan meminta dikaji dan diteliti semula sistem termasuk pelbagai prosedur lapuk, namun ianya perlu menyeluruh dan tidak tertumpu kepada masalah dan kesukaran pelabur sahaja.

Jika petugas khas yang bakal dibentuk akan mendapatkan pandangan dan input berdasarkan kehendak sektor swasta, kerenah birokrasi yang berkaitan dengan perkhidmatan kepada orang awam juga sepatutnya digalakkan dengan mendapatkan input dari orang ramai cara-cara menangani kerenah birokrasi mengikut pandangan dan acuan pelanggan.

Dengan cara ini akan memantapkan perkhidmatan awam dan membanteras rasuah ke arah memastikan perkhidmatan berkualiti kepada rakyat kerana ketidakcekapan boleh menjurus kepada rasuah.

Industri hiburan juga tidak terkecuali dari kerenah birokrasi. Dalam pengendalian sesuatu kosert, ia akan melibatkan terlalu banyak prosedur dan pengisian borang di peringkat PBT, kerajaan negeri dan juga kerajaan persekutuan. Walaupun penganjuran konsert perlu menambil kira sensitiviti persekitaran, sosial dan keselamatan, namun jika pihak yang bertanggungjawab kurang pengalaman dan pengetahuan tentang industri hiburan, ianya akan lebih merumit lagi untuk mendapatkan kebenaran atau permit.

Walaupun begitu, kerajaan diharapkan tidak mudah berkompromi dan tunduk kepada desakan pihak-pihak tertentu dalam pengeluaran permit dan lesen yang boleh mengancam keselamatan, jenayah dan peningkatan masalah sosial.

Sebagai contoh lesen pusat hiburan seperti pub, kelab malam dan karaoke. Ketegasan dan permuafakatan antara agensi kerajaan adalah dituntut untuk mengetatkan lagi prosedur pengeluaran lesen dan juga kawalan selepas lesen dikeluarkan secara bersepadu di antara PBT dan polis.

Mungkin pengusaha pusat hiburan akan mengeluh kerana banyak sangat peraturan dan prosedur. Tetapi pihak kerajaan diharap janganlah diberikan kelonggaran untuk mengurangkan 'red tape' kerana ianya nanti akan menyusahkan pihak berkuasa sendiri.

Kerajaan juga diharap supaya jangan berkompromi dalam urusan pengeluaran lesen atau permit barang lusuh dan besi buruk, yang akan menggalakkan jual beli barang curi. Permit pasir pula banyak yang disahgunakan dan melebihi had yang sebenarnya. Lesen pusat hiburan keluarga pula diseleweng menjadi pusat perjudian. Perlesenan dan permit sebegini perlu lebih ketat dan banyakkan lagi siasatan sebelum kelulusan diberikan kerana perniagaan sebegini lebih terarah kepada penyelewengan dan salah guna lesen dan permit kepada kegiatan melanggar undang-undang seperti jenayah, pelacuran dan perjudian.

Memang terdapat unsur-unsur berlakunya rasuah dan jalan pintas untuk mendapatkan kelulusan segera lesen dan permit 'panas' tersebut, tetapi ianya haruslah dibezakan daripada kategori yang berkepentingan rakyat dan pembangunan ekonomi negara.

Tuesday, January 09, 2007

KEMISKINAN BUKAN SEBAB NILAI PENDIDIKAN LUNTUR

ALASAN KEMISKINAN BUKAN SEBAB NILAI PENDIDIKAN MENJADI LUNTUR

Sudah seperti lumrah setiap awal tahun pasti timbul bermacam-macam cerita berkaitan dengan persekolahan anak-anak. Bermula dengan tidak puas hati ibu bapa berkaitan dengan bayaran yuran persekolahan sehinggalah kepada himpitan kemiskinan yang mengakibatkan ada yang tidak dapat bersekolah. Jika boleh ke sekolah pun masih ada yang daif dengan masalah perhubungan ke sekolah dan baju dan peralatan sekolah yang lusuh.

Inilah yang terjadi kepada sebuah keluarga di Kuala Ketil akibat kemiskinan dan tidak tahu cara untuk mengatasi permasalahan, mengakibatkan anak-anak hampir keciciran dalam pelajaran. Sedangkan persekitaran masih boleh merubah kehidupan mereka. Tetapi kurang faham berkomunikasi dengan ketua kampung dan tiada inisiatif sendiri untuk mencari jalan mengatasi masalah, menyebabkan masalah dan kemiskinan diharap dapat diselesaikan secara bergolek di hadapan mereka.

Lain pula yang berlaku di Pitas, Sabah di mana anak-anak sanggup meredah jalan yang becak di pendalaman dengan berjalan kaki dua jam ke sekolah. Kemiskinan menghimpit keselesaan untuk bersekolah dengan persediaan pakaian dan kasut sekolah sudah tidak penting lagi. Dengan berbaju lusuh dan tanpa kasut, mereka masih bersemangat untuk pergi ke sekolah walaupun dalam serba segi kekurangan. Infrastruktur sekolah dan persekitarannya amat daif seperti keadaan 37 tahun lalu di kampung saya semasa zaman sekolah rendah.

Suasana pembelajaran, kemudahan awam dan bangunan sekolah masih ada lagi yang sangat uzur dan tidak layak dipanggil sekolah dalam negara menuju 50 tahun kemerdekaan. Walaupun sudah ada perubahan di bandar dan luar bandar dari segi aspek bangunan dan kesedaran pendidikan yang tinggi, namun masih terdapat segelintir daripada kita yang masih dihimpit dengan kemiskinan dan kesusahan hidup di pendalaman luar bandar.

Sebenarnya masih ada berlaku keciciran dalam pendidikan akibat kemiskinan yang menimpa sesuatu keluarga. Masih ada segelintir daripada kita di luar bandar disebabkan himpitan hidup, ramai anak-anak menjadi mangsa dan terpaksa berhenti sekolah. Anak-anak terpaksa membantu menampung beban ekonomi keluarga yang semakin menjerat disamping memberi laluan kepada adik-adik yang lain. Namun faktor utama yang paling ketara adalah kerana lunturan motivasi dan pengaruh sekeliling.

Senario pertama ini berlaku di sebuah kampung di Terengganu.

Dengan pengakuan mereka adalah dari keluarga miskin dan serba kekurangan untuk ke sekolah, tetapi kita masih boleh melihat suasana pelajar sekolah menengah menghisap rokok tanpa segan silu sambil menunggang motosikal. Mereka juga banyak menghabiskan wang untuk perkara-perkara yang tidak relevan dengan status pelajar.

Dari manakah mereka mendapat wang untuk membeli rokok, sedangkan wang tersebut boleh digunakan untuk menampung kos harian persekolahan?. Apakah ibu bapa mereka tidak mempunyai apa-apa perasaan terhadap tindakan anak-anak mereka itu?.

Jawapan yang ditemui ialah kebanyakan remaja ini akan menolong ibu bapa bertani, turun ke laut dan terpaksa ponteng sekolah demi sedikit upah. Wang inilah yang digunakan oleh mereka untuk membeli rokok. Jika tiada kawalan, golongan remaja sebeginilah yang mudah terjebak ke kancah penagihan dadah seperti ganja dan daun ketum.

Saya berpendapat tidak salah kita memberi upah hasil penat lelah anak kita membantu bertani dan menangkap ikan, tetapi kita perlu tahu ke mana wang tersebut dialirkan. Ibu bapa perlu bertindak sebagai juruaudit agar dapat dipastikan wang digunakan untuk perkara-perkara yang bermanfaat atau simpan di bank. Kerana kita sering beranggapan selepas memberi upah, maka selesailah tanggungjawab kita. Maka bebaslah anak-anak kita untuk menobatkan wang sebagai ‘raja’ dalam kehidupan.

Adakah urusan-urusan membantu keluarga ini tidak mengganggu persekolahan mereka?. Ada di antara mereka yang sudah tidak minat lagi ke sekolah dan yang bersekolah pun seringkali ponteng. Untuk ke sekolahpun tidak menampilkan imej sebagai pelajar yang benar-benar hendak belajar. Imej sebagai pelajar juga sudah tiada dengan pakaian yang tidak seperti pelajar dan tanpa buku dalam beg sekolah. Sehinggakan guru-gurupun sudah muak hendak melayan kerenah remaja sebegini.

Senario kedua ini berlaku di sebuah kampung di Selangor.

Mungkin ada benarnya pepatah Melayu “ bapa borek, anak rintik”. Seketika apabila berkunjung ke warung di kampung berhampiran, dapat dilihat sekelompok golongan bapa yang begitu asyik bermain terup dan dam aji dalam bentuk berjudi. Sesekali terdengar gelak ketawa dan sumpah seranah yang sudah lumrah di warung tersebut. Terdapat juga kelompok yang sedang “brain storming” nombor ramalan apakah yang akan keluar esok.

Tiada model kepimpinan terdekat dalam keluarga yang boleh menjadi contoh untuk proses pembinaan diri yang mantap. Benarlah kata seorang ulama terkenal bahawa 70 peratus daripada beban mendidik anak-anak adalah atas pundak ibu bapa. Dan pendidikan yang paling mudah dicontohi adalah yang bersifat sikap, perangai, tabiat, budaya, tingkah laku dan cara kehidupan ibu bapa anak-anak sendiri.

Kita tidak mahu melihat kehancuran generasi pewaris hanya kerana semata-mata sikap lalai mendidik dan memuaskan nafsu sendiri yang ada dalam diri kita. Justeru, kita semua bertanggungjawab atas apa yang bakal terjadi kepada nasib bangsa kita di masa hadapan.

Walaupun menghadapi kemungkinan untuk dikecam, kita wajib mendedahkan dan membuat pembetulan ke atas segala kepincangan dan permasalahan sosial. Sesuatu yang mungkar dan sifatnya yang tidak betul, wajar mendapat perhatian dan dibendung segera.

Ini kerana keadaan sekeliling kita sekarang terlalu banyak model negatif yang tidak mencerminkan aspirasi pembinaan bangsa yang wajar. Malah kita berkemungkinan untuk berdepan dengan detik kehancuran bangsa secara beransur-ansur.

Jika begini model- model yang ditemui oleh seseorang anak muda yang baru hendak belajar erti hidup, maka besar kemungkinan mereka bakal penerus warisan model-model negatif tersebut. Semakin bertambahlah komuniti penagih dadah, kaki judi, malas bekerja, peminum arak dan pengunjung kelab malam di negara kita.

Proses pendidikan adalah wadah paling sempurna untuk membina keupayaan kendiri. Jika mutu pendidikan yang diterima tidak begitu sempurna, apatah lagi kita sendiri yang cuba mengelak dengan seribu alasan untuk pergi mendapatkan pendidikan sempurna itu, maka tidak mustahillah kita akan berdepan dengan krisis diri sendiri, kelangsungan tamadun dan bangsa yang maha hebat.

Segala-galanya adalah bermula dari rumah. Institusi asas ini bakal menentukan rupa apakah yang bakal tercipta untuk kita. Kemiskinan bukannya alasan pendidikan yang di terima menjadi mundur. Kemiskinan juga bukan suatu alasan kukuh untuk duduk berdiam diri di rumah menunggu bantuan yang bakal di terima.

Malah ada juga yang memberikan alasan kemiskinan sebagai penyebab anak-anak rosak jati dirinya dan penyebab yang jitu untuk melepaskan tanggungjawab terhadap anak-anak yang masih mentah. Akibatnya kiciciran dalam pelajaran, penambahan masalah sosial dan jenayah mudah sahaja berlaku.

Atas alasan kemiskinanlah, setiap awal tahun pasti ada yang “menjatuhkan maruah diri” kononnya saya orang miskin dan tidak mampu membayar yuran persekolahan anak-anak. Mereka tidak terfilir itu semua adalah tanggungjawab wajib mereka untuk menyediakan pendidikan untuk anak-anak. Pelik juga sambil asap rokok berkepul-kepul keluar dari mulut dan hidung, masih menagih simpati dan mencanangkan ke sana sini yuran sekolah membebankan dan minta kerajaan tolong.

Tidak malukah jika orang berkata dengan bahasa kasar “buat anak pandai, bela anak tidak pandai”. Jangan marah bila dikatakan golongan sebeni hanya mementingkan diri sendiri dan tidak memikirkan dirinya sudah berkeluarga dan ada tanggungjawab.

Inilah akibat lemah dalam perancangan. Jika dari awal tahun lagi sudah menyediakan peruntukan untuk perbelanjaan sekolah untuk tahun hadapan, pasti masalah sebegini dapat di atasi. Jika wang boleh dibazirkan untuk membeli rokok dan berjudi setiap hari, alangkah elok meninggalkan tabiat buruk itu semata-mata ‘berjihat’ untuk pendidikan anak supaya tidak terabai dan terpinggir.

Senario ketiga ini berlaku di Pitas, Sabah.

Anak-anak kecil di Pitas, Sabah sanggup menjadikan kesusahan dalam kehidupan yang dilalui oleh ibu bapa mereka sebagai pembakar semangat untuk mereka menimba ilmu walaupun dalam serba serbi kekurangan. Anak-anak itu tahu keiklasan ibu bapa mereka dalam mencari rezeki yang halal harus di bayar dengan pergi juga ke sekolah walaupun dengan pakaian yang lusuh dan sudah bertahun lamanya tidak bertukar baru.

Bayangkanlah suasana yang mereka alami untuk ke sekolah sekarang adalah sama seperti saya bersekolah rendah dahulu. Bermakna mereka ketinggalan 37 tahun daripada kita di Semenanjung sedangkan kita bernaung di bawah satu negara yang bernama Malaysia.

Kecekalan dan ketabahan anak-anak Pitas ini wajar menjadi contoh kepada kita di Semenanjung yang lebih mewah dalam segala segi daripada mereka. Dengan lumpur di kaki dari lembab menjadi kering, mereka masih setia menghuni sekolah yang usang walaupun mereka sedari gurunya masih tidak cukup lagi.

Mereka percaya berkat jujur dan ikhlas ibu bapa mereka berusaha mencari rezeki walaupun dihimpit kemiskinan, namun mereka tidak pula menjadikan itu semua sebagai alasan untuk mereka tidak ke sekolah. Semangat mereka membara untuk menjadi insan yang berguna dan mereka bertekad dengan pendidikanlah bakal merubah status keluarga mereka walaupun ianya akan memakan masa. Pada mereka biar mereka pincang dalam harta benda dan kemewahan, tetapi mereka tidak rela jiwa, jati diri, disiplin, sikap dan perangai mereka turut pincang dan miskin.

Sedarilah kita sendiri yang patut menjadi model dan contoh teladan yang baik dalam membimbing dan mengasuh anak-anak.


ERRA FAZIRA - TERKINI


Erra Fazira nafi akan kahwin dengan Datuk M
Oleh Khadijah Ibrahim (Utusan)

KUALA LUMPUR 8 Jan. – Penyanyi
dan pelakon popular Erra Fazira menafikan beliau sedang hangat bercinta dengan seorang kenamaan (VIP) bergelar Datuk M dan akan berkahwin tidak lama lagi.
Erra yang sibuk menjalani penggambaran filem Anak arahan Barnie Lee di sekitar ibu negara berkata, gosip itu tersebar sejak beliau bercerai dengan Yusry Abdul Halim, 16 Jun tahun lalu.
Erra atau nama sebenarnya Fazira Wan Chek berkata, beliau cukup rimas dengan gosip yang tidak berasas itu kerana ia menjejaskan imej dan menyinggung perasaan keluarganya.
“Kenapa bila seorang artis itu bercerai dia mesti dikaitkan dengan VIP? Sebagai artis, saya rasa terkilan seolah-olah bila bercerai artis tidak mampu menyara hidup sendiri.
“Sebenarnya saya sudah muak dengan cerita yang tidak berfaedah. Cukup-cukuplah sebarkan fitnah, tak baik kerana sebelum ini saya juga dikatakan bercinta dengan Datuk Z, Tan Sri dan ramai lagi,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Kata Erra, beliau bukan sahaja dikaitkan dengan VIP malah pernah juga dikatakan menjalin hubungan dengan kerabat diraja.
Apa yang pasti, kata Erra dalam waktu terdekat ini beliau belum terfikir untuk mencari pengganti Yusry sebaliknya lebih senang menumpukan perhatian pada kerjaya.
Bagaimanapun jika ditakdirkan bertemu jodoh, Erra mengimpikan seorang lelaki yang memahami kerjayanya sebagai artis dan usahawan.
“Sebagai wanita yang pernah berkahwin, saya memang perlukan teman hidup tetapi biarlah lelaki itu seorang yang memahami kerjaya saya,’’ ujarnya.
Att. Khas Untuk TERAJU sahaja:
Datuk M ke Dr.M?..hehe...Kalau Dr.M kan bagus..bertambah meriahlah TERAJU.. Mr. Presiden pun apa kurangnya..boleh jugak.. Jangan marah..Asyik artikel serius sahaja..boring jugak...Tapi kalau dah jodoh nak buat macam mana kan...
Kepada Shafizah, selamat menjalani pembedahan lutut pada hari ini.. Semoga semuanya selamat dan cepat sembuh...

AGNES MONICA

Agnes Monica Bersinar di AMI 2006
Jakarta (ANTARA News) - Nama Agnes Monica makin bersinar di blantika musik nasional setelah terpilih sebagai artis pop terbaik dalam Anugerah Musik Indonesia (AMI) Award 2006, yang pengumumannya berlangsung Rabu malam.
Lagu yang dibawakan Agnes, "Bukan Milikmu Lagi", mendapatkan penghargaan karya terbaik R&B sebagai penghargaan untuk artis penampil dan produser rekaman dalam ajang AMI 2006. Erwin Gutawa yang menjadi produser Agnes Monica dalam lagu "Tanpa Kekasihku", yang dibawakan Agnes, mendapatakan penghargaan sebagai produser terbaik lagu pop AMI 2006.

Desain sampul album Agnes yang dibuat oleh Lesin Design pun memperoleh penghargaan sebagai terbaik. Artis yang telah membintangi sinetron mancanegara ini merasa bersyukur atas karunia yang telah diberikan Tuhan kepadanya. "Saya berterima kasih kepada Yesus atas karuniannya," demikian kata artis yang sering tampil ala Britney Spears ketika di atas panggung itu.

Pada penampilannya pada malam Anugerah Musik Indonesia tersebut, Agnes kembali membikin sensasi ala Britney dengan memakai celana jeans super pendek di padu rompi yang agak terbuka di bagian dada.

Monday, January 08, 2007

BUSH, BLAIR WORSE THAN SADDAM, SAYS MAHATHIR


Bush, Blair worse than Saddam, says Malaysia ex-PM

PUTRAJAYA, Malaysia (Reuters) -
President Bush and British Prime Minister Tony Blair are war criminals with more Iraqi blood on their hands than Saddam Hussein, former Malaysian premier Mahathir Mohamad said on Monday.

Mahathir, one of the developing world's most strident and veteran critics of the West, launched a shrill attack on Bush and Blair, telling reporters at his Malaysian peace foundation that Bush should face the same "sham" justice as Saddam.

Saddam, ousted by U.S.-led invasion in March 2003, was hanged nine days ago for crimes against humanity for killing Shi'ites. Guards filmed and taunted Saddam on the gallows.

"He (Bush) should resign straight away and be tried by the same kangaroo court," Mahathir told a news conference called to promote a peace conference he is hosting in Malaysia next month.
The conference, "Expose War Crimes: Criminalise War," will be accompanied by an exhibition on Western war crimes, including atrocities in Iraq, the Palestinian territories, Vietnam and the atomic bombing of Hiroshima, according to organizers.
It will also contain an interactive exhibit on torture in U.S. custody at Abu Ghraib prison near Baghdad and the Guantanamo Bay interrogation camp at a U.S. base in Cuba.
Mahathir also branded Blair a war criminal. Blair backed the 2003 invasion with thousands of British troops.
"He is a culprit," the 81-year-old said. "He is as much a war criminal as he accuses Saddam of being a war criminal. The number of people he kills or causes to be killed is very many more than the number of people that Saddam caused to be killed."
Saddam is accused of killing thousands of Shi'ites and Kurds in massacres inside Iraq, as well as starting an eight-year war with Iran that killed hundreds of thousands.
Since the 2003 invasion, up to about 6,400 Iraqi military personnel and up to about 58,500 Iraqi civilians have been killed by military action, as well as more than 3,000 U.S.-led coalition personnel, according to some unofficial estimates.
Mahathir is no stranger to controversy.
The Malaysian premier and Bush crossed swords in 2003 over Mahathir's remarks that Jews controlled the world. Mahathir has long been a critic of Western democracies, which he says offer too much freedom, including allowing homosexuality and same-sex marriages.

SIAPA CHIN PENG???

Alias Chin Peng: My Side of History - Chin Peng
ISBN: 9810486936 Published: Oct 2003 Format: Paperback
Chin Peng joined the Communist Party of Malaya (CPM) in January, 1940, as a 15 year old schoolboy. His commitment to the communist cause, the pre-war anti-colonial struggle against Britain and, eventually, guerrilla warfare against the Japanese invaders, saw him propelled rapidly to senior positions within the CPM party structure. By the age of 18 he had become the key link between the communists' Malayan Peoples Anti-Japanese Army (MPAJA) and Britain's clandestine Force 136, then endeavouring to set up intelligence-gathering operations behind enemy lines. Immediately following the Japanese surrender, Chin Peng was appointed to the Central Committee and, ultimately, his party's policy making Politburo. He was barely 21. At 23, he was formally named the CPM's Secretary General, it highest ranking figure. By June 1948, the Malayan Emergency erupted and Chin Peng, four months shy of his 24th year, became the British Empire's most wanted man. Brief Description: The autobiography of the legendary Chin Peng, the Malayan communist guerilla leader in the 12-year jungle war against British and Commonwealth forces from 1948 to 1960.

ARKIB NEGARA - MPAJA

Ada yang mempertikaikan artikel yang saya tulis di bawah dengan mengatakan bahawa semua itu pembohongan orang Melayu dengan menafikan pengorbanan orang Cina dalam menuntut kemerdekaan. Mereka berkata MPAJA adalah wira orang Cina kerana berani melawan Jepun dengan senjata.

Saya tak nafikan peranan orang Cina juga ada dalam proses menuntut kemerdekaan seperti Dr. Too Chee Chew, yang berperanan melakukan perang saikologi dan mastermind memujuk komunis meletak senjata. Dan juga Koo Chong Kong, pegawai polis yang dibunuh oleh komunis kerana bertugas untuk meminta mereka menyerah diri.

Namun fakta sejarah tidak boleh diubah. MPAJA tetap komunis dan tidak layak untuk di gelar hero atau wira negara. Mengapa sekarang timbul isu sebegini? Bacalah rencana saya ANTI KOMUNIS AGENDA MELAYU seperti di bawah dan juga data sahih dari Arkib Negara yang menjelaskan siapa sebenarnya MPAJA. Terima kasih.

Sumber : http://arkib.gov.my/bm/programkhas/kisahsejarah1.htm
Perang Dunia Kedua dan Pendudukan Jepun di Tanah Melayu mulai 8 Disember 1941 telah memberi peluang kepada Parti Komunis Malaya untuk memperkuatkan organisasinya. Parti Komunis Malaya yang ditubuhkan pada 20 April 1930 telah bekerjasama dengan pihak British untuk menentang Jepun melalui Tentera Anti-Jepun Rakyat Tanah Melayu (MPAJA) berdasarkan perjanjian yang dibuat pada 8 Disember 1940.

Menerusi MPAJA, bantuan senjata, latihan, kewangan, bekalan lojistik dan perubatan telah diperolehi dari British. Dalam tempoh 3 tahun kekuatan tentera MPAJA dianggarkan sebanyak 7,000 anggota dan tidak hairanlah apabila darurat berlaku pihak British dan anggota pasukan keselamatan terpaksa berhadapan dengan kesukaran menghapuskan sekumpulan tentera yang telah dilatih untuk berperang.

Selepas Jepun menyerah kalah, Parti Komunis Malaya telah mengambil kesempatan untuk berkuasa menerusi gerila-gerila MPAJA. Beberapa siri keganasan dan rusuhan serta pergaduhan antara kaum telah berlaku di Tanah Melayu, terutamanya di bahagian selatan Tanah Melayu.

Akibatnya, orang-orang Melayu mulai bertindak-balas terhadap kekejaman anggota komunis Bintang Tiga, seperti pasukan yang diketuai oleh Panglima Salleh Selempang Merah. Kembalinya British dengan pentadbiran tenteranya (BMA) dalam tempoh yang singkat menyebabkan komunis Bintang Tiga tidak berjaya mengembangkan pengaruh mereka. Akibat kegagalan komunis Bintang Tiga merampas Tanah Melayu dengan gerakan bersenjata, telah membawa kepada persetujuan pembubaran tentera MPAJA dan perletakan senjata api disamping pembayaran saguhati kepada gerila-gerila terbabit.

Bagi meraih simpati, mengindoktrinasi fahaman komunis dan mendapatkan sokongan orang-orang Melayu, pihak Parti Komunis Malaya telah mengasaskan Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) yang diasaskan oleh Ahmad Boestamam berfahaman kebangsaan dan Mokhtaruddin Lasso (MPAJA) berfahaman komunis pada 17 Oktober 1945. Parti Komunis Malaya telah menguasai Parti Kebangsaan Melayu Malaya melalui tokoh-tokoh jawatankuasanya yang terdiri daripada Mokhtaruddin Lasso (Presiden), Arshad Ashaari (bendahari), Rashid Maidin, Abdullah C.D. Parti Kebangsaan Melayu Malaya lebih cenderung bagi Tanah Melayu menyertai Indonesia bagi mendapat kemerdekaan pada 1949.

Terbentuknya Persekutuan Tanah Melayu pada 1 Februari 1948 merupakan kekalahan kepada Parti Komunis Malaya kerana golongan ini telah diketepikan oleh British. Parti Komunis Malaya telah menukar strategi dan mula mencetuskan kegagasan melalui mogok dan rusuhan. Pihak British bertindak balas dengan mengharamkan pemimpin politik daripada mengetuai kesatuan pekerja, dengan itu melemahkan kedudukan komunis Bintang Tiga.
Pihak komunis Bintang Tiga kemudiannya mulai mengangkat senjata dan beberapa siri serangan dan serangan telah berlaku. Bagaimana pun, insiden pada 16 Jun 1948 iaitu pembunuhan tiga orang pengurus estet berbangsa Eropah di Sungai Siput, Perak telah membawa kepada pengistiharan darurat oleh Sir Edward Gent.

Apabila keadaan bertambah teruk, pada 12 Julai 1948, darurat diistiharkan ke seluruh negara. Parti Komunis Malaya telah diharamkan pada 23 Julai 1948. Seluruh angkatan bersenjata telah digerakkan termasuk Senoi Praaq bagi menentang komunis.

Akibat kesukaran dan kekurangan sokongan dari masyarakat, pemimpin Parti Komunis Malaya, Chin Peng telah meminta perundingan diadakan pada tahun 1955. Rundingan Baling ini yang diadakan pada 28-29 Disember 1955 tidak membawa apa-apa keputusan drastik. Ini disebabkan kerajaan menawarkan pengampunan dengan syarat Parti Komunis Malaya dibubarkan, tetapi Chin Peng pula meminta Parti Komunis Malaya dibenarkan untuk bergerak sebagai sebuah parti politik. Pihak kerajaan yang telahpun mencapai kemajuan dalam membasmikan Parti Komunis Malaya, dan menimbangkan kekejaman Parti Komunis Malaya terhadap rakyat sebelumnya, menolak usul membenarkan Parti Komunis Malaya dibenarkan bergerak sebagai sebuah parti politik. Tunku kemudiannya menegaskan kepada rakyat bahawa Parti Komunis Malaya bertindak menentang kerajaan sah yang telah dipilih rakyat dan merdeka daripada penjajahan British.

Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957 ketika darurat masih lagi berkuatkuasa. Pada 31 Julai 1960, darurat ditamatkan setelah ancaman komunis semakin berkurangan dan pengunduran mereka ke sempadan Tanah Melayu dan Thailand. Penempatan baru komunis di sempadan telah membolehkan mereka mengumpul dan memulihkan kekuatannya.
Selepas sekian lama dan atas kesedaran pucuk pimpinan Parti Komunis Malaya, maka pada 2 Disember 1989, Perjanjian Damai (Perjanjian Haadyai) telah ditandatangani di antara Parti Komunis Malaya dengan Kerajaan Malaysia dan Kerajaan Thailand. Perjanjian bersejarah itu telah menamatkan perjuangan bersenjata Parti Komunis Malaya selama 41 tahun dan mengembalikan taat setianya kepada Yang DiPertuan Agung dan patuh kepada Perlembagaan dan undang-undang negara.

Sunday, January 07, 2007

SERBUAN DI SEKINCHAN BUKTI KELEMAHAN PENGUATKUASAAN PBT DAN POLIS

Syabas diucapkan kepada Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Christopher Wan Soo Kee dan anggotanya di atas serbuan ke atas empat pusat perjudian di Sekinchan malam minggu lalu (Sabtu 6 Januari,2007 jam 10 malam). Walaupun masyarakat Sekinchan merasakan operasi berkenaan sangat baik dan berjaya, namun terdapat beberapa persoalan yang berlegar di fikiran masing-masing selepas kejayaan polis itu.

Antara persoalannya ialah apa tugas sebenar Ketua Balai Polis Sekinchan sehinggakan pusat perjudian terbuka itu bermaharaja lela? Bukan satu malah empat pusat perjudian yang diserbu oleh polis Bukit Aman pada malam itu. Persepsi kami di sini ialah pegawai berkenaan tidak menjalankan tugas sehinggakan pasukan dari Kuala Lumpur terpaksa datang untuk melakukan operasi khas.

Keduanya di manakah tugas dan perlaksanaannya oleh penguatkuasa Majlis Daerah Sabak Bernam (MDSB) dalam pengeluaran lesen premis perniagaan sehinggakan penyelewengan lesen perniagaan atas nama pusat hiburan keluarga disalahgunakan menjadi pusat perjudian?.

Tidak cerdik jika kita hendak menyalahkan pihak polis sahaja dalam membasmi jenayah dan gejala sosial seperti judi tanpa melibatkan semua pihak terutamanya pihak berkuasa tempatan (PBT). Malah sebelum ini terdapat keluhan dari pihak polis yang mengatakan PBT mengeluarkan lesen sewenang-wenangnya tanpa pengawalan dan pengawasan selepas lesen dikeluarkan.

Ini bukan cerita baharu malah cerita sebegini sudah berpuluh tahun lamanya berlaku di negara kita. Seolah-olah tidak ada kerjasama yang erat dan muafakat antara PBT dan polis dalam menangani masalah jenayah dan sosial.

Inilah yang dapat dirumuskan apabila serbuan ke empat pusat judi di Sekinchan yang telah berjaya menahan 11 pekerja dan 241 mesin slot di 4 pusat perjudian di Sekinchan yang bernilai RM723,000.

Serbuan besar ini telah membuka mata semua pihak. Paling menarik pusat perjudian tersebut terletak berhampiran dengan balai polis Sekinchan iaitu di seberang jalan sahaja. Persoalannya apakah pegawai di balai polis itu tidak tahu?. Jika sudah mengetahui mengapa tidak diambil tindakan?.

Begitu juga dengan MDSB, mengapa tidak diambil tindakan menarik balik lesen premis tersebut kerana sudah terang-terang menyeleweng tujuan perniagaan yang dijalankan?. Mustahil MDSB tidak mengetahuinya kerana pusat perjudian tersebut bukannya tersorok, malah terletak di jalan utama di Sekinchan dan boleh dikunjungi oleh semua orang.

Malah sebelum ini sudah ada aduan dan maklumat diajukan kepada MDSB dan polis, tetapi tiada tindakan tegas diambil. Walaupun ada dilihat pihak polis dan PBT datang ke pusat perjudian berkenaan, tetapi ianya seperti "lawatan muhibah" dan tiada langkah susulan dilakukan selepas itu.

Ini seharusnya mengundang pandangan negatif dari masyarakat seperti apakah sudah berlaku "sogokan" untuk melindungi pusat perjudian tersebut?. Saya juga difahamkan pihak UMNO telah menyuarakan perkara ini di mesyuaratnya, namun aktiviti negatif ini masih lagi berleluasa.

Mungkin inilah contoh kepincangan pengurusan dan pelaksanaan tugas dengan jujur dan amanah seperti yang sentiasa di tekankan oleh Perdana Menteri. Akan tetapi anggota penguatkuasa seperti tidak mengendahkan kegiatan perosak bangsa dan negara yang berlaku di depan mata mereka sendiri. Sungguh menyedihkan.

Secara jujurnya pihak MDSB dan polis seharusnya bermuafakat bersama untuk membenteras gejala sosial dan negatif yang boleh menjalar menjadi jenayah di kawasan mereka. Jangan pula akan ada sindrom tuding-menuding antara jabatan kerajaan yang mula menyalahkan antara satu sama lain. Budaya sebegini tidak sepatutnya berlaku dalam sistem kerajaan berteknologi dan bermaklumat masa kini.

MDSB harus segera mengikis persepsi negatif pembayar cukai taksiran akibat daripada kelemahan melaksanakan undang-undang. Akan wujud tohmahan dan fitnah jika perkara seperti ini tidak ditangani dengan jujur dan bijaksana. Rakyat mahukan penguatkuasa PBT bertugas dengan lebih dedikasi dan tegas dalam mendaulatkan undang-undang.

Jika alasan kekurangan anggota menjadi penyebab mengapa perlaksanaan undang-undang tidak dijalankan secara menyeluruh, saya rasa boleh dipertikaikan kerana tahun lepas kerajaan negeri telah meluluskan sejumlah besar perjawatan pembantu penguatkuasa di seluruh PBT di Selangor.

Sebenarnya saya sendiri sudah bosan untuk mengadu dan memberikan aduan terhadap beberapa kepincangan sosial yang belaku di sini. Kebanyakan aduan kepada PBT mahupun pihak polis dipandang ringan sahaja. Malah acap kali pertubuhan bukan kerajaan(NGO), parti politik, ibu bapa pelajar dan masyarakat sendiri melaporkan kegitan perjudian yang bertopengkan lesen hiburan keluarga berlaku di Sekinchan.

Bukannya satu, malah empat buah pusat perjudian di serbu oleh pihak polis Bukit Aman pada malam tersebut. Kredibiliti pegawai dan anggota polis di Balai Polis Sekinchan kini mula dipertikaikan oleh masyarakat. Malah ianya bukan perkara baru kerana masih ada pusat hiburan dan pub beroperasi sehingga dini hari tanpa "gangguan" dari pihak berkuasa.

Suatu ketika dahulu, Sekinchan pernah menjadi pusat pelacuran yang dijalankan secara sembunyi-sembunyi di hotel murah dan tingkat atas bangunan kedai. Walaupun ianya bermusim, namun hakikatnya tiada ketegasan dari pihak berkuasa menjadikan aktiviti sosial yang haram ini tetap berlaku mengikut musim.

Juga pusat biliad dan snooker yang bertopengkan dengan lesen kelab sukan dan sosial persendirian yang mempunyai ahli, menjadi pusat budaya lepak remaja suatu masa dahulu. Ini juga penyelewengan lesen perniagaan yang 'bertopengkan' persatuan atau kelab sukan dan sosial yang berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan (ROS) untuk mengaut keuntungan dengan penipuan lesen perniagaan.

Bukannya PBT tidak tahu aktiviti dan modus operandi sebegini, tetapi masyarakat ingin tahu sampai bila akan diambil tindakan?. Apakah ada 'kekebalan' tertentu kepada pemilik pusat perjudian sebegini?.

Masyarakat di Sekinchan mahukan MDSB membenteras segera penipuan lesen perniagaan dengan bertopengkan lesen hiburan keluarga, tetapi menjalankan aktiviti perjudian. Siapa lagi kita boleh harapkan untuk membenteras jenayah dan gejala sosial kalau bukan pihak berkuasa?.

Pihak polis suatu masa dahulu pernah mengeluh kerana pihak PBT tiada kawalan dan pemeriksaan susulan yang kerap terhadap lesen premis perniagaan yang mereka sendiri keluarkan. Antara contoh lesen perniagaan yang kerap diseleweng oleh peniaga rakus ini ialah lesen rumah urut, hotel, spa, pusat kecantikan dan mandi wap yang menjadi pusat pelacuran. Manakala lesen kafe siber, pusat internet, lesen pusat hiburan keluarga dan pusat snooker ditipu menjadi pusat perjudian mesin slot.

Rakyat berharap serbuan di Sekinchan akan membuka mata pihak polis dan PBT untuk bekerjasama dengan lebih erat untuk melaksanakan undang-undang negara. Ketepikanlah sikap ego jabatan masing-masing jika niatnya untuk memastikan seluruh rakyat di negara ini dapat hidup dengan aman, tenteram, berbudaya sihat dan sifar jenayah dan gejala sosial.

Gunakanlah kuasa yang ada untuk menarik balik lesen jika didapati ianya telah meyeleweng daripada permohonan sebenar. Tanpa ketegasan PBT, perakus perniagaan akan lebih berani untuk melanggar undang-undang. Masyarakat akan menganggap PBT bersubahat dengan perakus perniagaan ini kerana membenarkan mereka melakukan aktiviti dan perniagaan haram.

Harapan rakyat juga amat tinggi kepada pihak polis untuk menjaga dan menjamin ketenteraman awam terpelihara dan aktiviti jenayah dihapuskan. Walaupun Sekinchan agak jauh dari Bukit Aman, ianya tidak bermakna pegawai dan anggota di balai polis 'tertidur' dan 'lupa' dalam melaksanakan amanah agama, bangsa dan negara untuk menjadikan Malaysia terpelihara dengan undang-undang.

Saturday, January 06, 2007

MPAJA ITU KOMUNIS





Gambar di atas ini adalah bukti terdapat golongan yang masih buta sejarah negara. Dengan bangganya mereka mengagungkan perjuangan Malayan People Anti Japanese Army (MPAJA) semasa perang dunia kedua dan selepasnya.
Kumpulan buta tuli sejarah ini sebenarnya sudah tiada modal untuk berpolitik dan mereka kononnya berpaksikan sempena sambutan 50 tahun negara merdeka dengan memperingati perjuangan MPAJA yang telah dibuktikan sejarahnya adalah konrad dan anggota perisik Parti Komunis Malaya (PKM). Kononnya perjuangan kemerdekaan sebelum ini adalah berlandaskan perkauman iaitu hanya orang Melayu sahaja yang mendabik dada merekalah pejuang kemerdekaan. Oleh itu golongan buta sejarah ini mengambil perjuangan MPAJA juga adalah pejuang kemerdekaan dan layak dihargai dan disanjungi.
Keparat bodoh sejarah inilah sebenarnya perosak minda bangsa dan menafikan fakta sejarah. Mereka sudah hilang akal dengan mengagungkan perjuangan komunis dalam agenda perjuang politik masa kini dan memutar belitkan fakta sejarah.
Dengan slogan pengampu mereka sempena 50 tahun kita merdeka mereka memperjuangkan kononnya merekalah golongan yang memartabatkan perpaduan nasional sedangkan slogan mereka "Henti main sentimen perkauman untuk kepentingan politik" yang kononnya ditujukan kepada kerajaan, sebenarnya mereka tujukan kepada diri mereka sendiri yang memprovokasi isu perkauman dengan melaga-lagakan orang Melayu dan Cina dan mengungkitkan kembali perjuangan MPAJA yang mereka anggap juga sebagai pejuang kemerdekaan negara.
PARTI KEADILAN BUTA TULI SEJARAH!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!1

TUGU PERINGATAN NILAI - TUGU KOMUNIS

KENYATAAN Menteri Penerangan, Datuk Seri Zainuddin Maidin baru-baru ini tentang rasa tidak senang beliau dengan pembinaan memorial memperingati perjuangan komunis di tanah perkuburan Cina di Sarawak dan di Nilai, Negeri Sembilan telah mengundang kontroversi.

Kenyataan tersebut dipertikaikan oleh pihak serta persatuan yang menyokong pembinaan memorial itu.
Perkara yang menimbulkan perbahasan ini adalah rentetan daripada pembinaan sebuah memorial dan sebuah tugu peringatan di tanah perkuburan Taman Peringatan Nilai, Negeri Sembilan.
Pertama, sebuah memorial yang dibina untuk memperingati 18 orang pemimpin Malayan People Anti Japanese Army (MPAJA) yang dibunuh oleh tentera Jepun akibat pengkhianatan pemimpin kanan mereka sendiri pada 1 September 1942.
Memorial tersebut terpahat dengan perkataan Hero 1 September.
Kedua, sebuah tugu peringatan yang dibina bersebelahan dengan memorial yang pertama tadi yang dipahat dengan perkataan Sebuah monumen memperingati hero-hero Malaya dalam gerakan menentang penaklukan Jepun 1941-1945.
Melihat kepada memorial pertama ini, persoalan timbul adakah kematian 18 orang pemimpin MPAJA ini wajar diterima atau wajar diingati oleh masyarakat sebagai kematian ‘wira’ atau ‘hero’?
Menelusuri sejarah, MPAJA ditubuhkan bukanlah bertujuan untuk mempertahankan Malaya sebagai tanah air tetapi kerana sentimen anti Jepun oleh kaum Cina yang berakar umbi sejak konflik China-Jepun dan kerana layanan buruk tentera Jepun kepada kaum Cina.
MPAJA adalah sebuah gerakan bersenjata yang ditubuhkan, diuruskan dan dibiayai oleh Parti Komunis Malaya (PKM). Sejarah menunjukkan bahawa kebanyakan pemimpin MPAJA terdiri daripada pemimpin atau ahli PKM sendiri.
Dalam buku alias Chin Peng My Side of History juga ada diceritakan tentang kisah serang hendap pada 1 September 1942 oleh tentera Jepun yang mengakibatkan kematian ramai ‘komrad’ beliau. Maka jelas, individu yang diperingati serta dikaitkan dengan pembinaan memorial tersebut terdiri daripada pemimpin-pemimpin PKM.
Oleh itu, adakah memperingati pemimpin PKM ini sebagai wira atau hero suatu konsep yang sesuai dan boleh diterima? Lebih-lebih lagi PKM telah melakukan banyak jenayah pembunuhan ke atas orang yang tidak berdosa di tanah air ini selepas Jepun menyerah kalah.
Adakah pembinaan memorial ini mengambil kira sensitiviti ahli keluarga mangsa keganasan PKM dan ahli keluarga pasukan tentera yang gugur menentang komunis?
Oleh itu, saya amat bersetuju malah menyokong pendirian Zainuddin bahawa memorial tersebut secara tidak langsung dibina sebagai memberi makna untuk memperingati pemimpin PKM sebagai wira atau hero. Ini sepatutnya tidak dibiarkan kerana sensitiviti dan sentimen umum terhadap komunis di Malaysia telah tidak diambil kira.
Merujuk pula kepada pembinaan tugu bagi memperingati hero Malaya dalam gerakan menentang penaklukan Jepun yang dibina di sebelah memorial tersebut, saya tidak nampak rasional untuk keperluan bagi pembinaan tugu tersebut.
Saya percaya Tugu Negara yang terletak di Kompleks Tugu Negara, Taman Tasik Perdana, Kuala Lumpur sudah cukup sempurna untuk memperingati jasa pahlawan negara. Tugu pertama dibina bagi memperingati tragedi kemanusiaan dan jasa pahlawan negara dalam Perang Dunia Pertama (1914-1918), Perang Dunia Kedua (1939-1945) dan Darurat (1948-1960).
Binaan tugu kedua yang menggambarkan sekumpulan pahlawan mengibarkan Jalur Gemilang dibina bagi memperingati 11,000 pahlawan negara yang gugur semasa Darurat (1948-1960).
Di negara ini, tarikh 31 Julai setiap tahun telah dipilih sebagai Hari Pahlawan dan setiap tahun upacara memperingati jasa pahlawan negara dilakukan dengan penuh penghormatan.
Oleh itu, apakah rasionalnya membina tugu untuk memperingati hero Malaya menentang penaklukan Jepun di tanah perkuburan Cina? Adakah motif pembinaan tersebut hanya menjurus kepada memperingati perjuangan kaum Cina atau gerakan MPAJA yang sebahagian besarnya dianggotai oleh kaum Cina?
Sesungguhnya saya percaya pembinaan tugu di tanah perkuburan ini hanya akan mengundang kekeliruan kerana Chin Peng dan anggota komunis lain juga boleh mengaku wira atau hero dalam konteks tugu tersebut dibina.
Tahun ini kita akan menyambut ulang tahun kemerdekaan negara kita yang ke-50 dan dengan meluahkan pendapat ini, sama sekali tidak bermakna saya hendak menafikan sumbangan orang Cina terhadap kemerdekaan dan pembangunan negara.
Namun sekiranya cara ini dimaksudkan sebagai simbol sumbangan orang Cina kepada kemerdekaan negara, ia sesuatu yang amat mengelirukan.
Saya juga berharap kerajaan negeri dan pihak berkuasa tempatan (PBT) dapat memainkan peranan dalam melihat serta memantau pembinaan memorial atau tugu peringatan yang dibina dalam negeri atau kawasan PBT selaras dengan dasar dan wawasan negara. Pembinaan memorial atau tugu peringatan yang tidak selaras atau tidak menepati dasar dan wawasan kerajaan haruslah disekat dan dihentikan.
– ABDUL HALIM LOKMAN,
Seremban, Negeri Sembilan.

ANTI KOMUNIS AGENDA MELAYU

Apa motif sebenar apabila ada pihak tertentu membangkitkan semula peranan Malayan People Anti Japanese Army (MPAJA) di dalam perjuangan menuntut kemerdekaan? Apakah ada agenda tersembunyi di kalangan kaum tertentu apabila mengungkit semula pembinaan sebuah memorial dan tugu peringatan di tanah perkuburan Taman Peringatan Nilai sebagai penghargaan kepada pejuang MPAJA yang dianggap sebagai hero negara semasa pendudukan Jepun?.

Apakah kerana pada tahun ini negara akan menyambut perayaan 50 Tahun Merdeka, golongan oportunis yang bersandarkan kepada perpaduan dan anti perkauman ingin menyemarak dan provokasi terhadap kaum tertentu dengan mengajak mereka memperakui bahawa anggota MPAJA adalah hero negara dan wajar di panggil pejuang kemerdekaan?.

Warga emas mungkin tidak gerun mendengar perkataan MPAJA tetapi mereka akan tersentak dan berbaur kemarahan apabila kita memperkatakan tentang Bintang Tiga. Nama Bintang Tiga akan mengimbau kembali kenangan warga tua tentang kezaliman komunis.

Mungkin generasi kini tidak merasai keperitan Bintang Tiga yang bermaharajalela di Tanah Melayu sebaik peninggalan Jepun. Mereka menyeksa dan membunuh setiap orang disyaki penyokong Jepun. Kemudian, perjuangan itu diteruskan oleh komunis yang berasakan merekalah yang patut mengisi kekosongan peninggalan Jepun. Pejuang kemerdekaan mungkin ramai yang sudah tiada kini. Namun, bagi yang masih ada dan berasakan keperitannya, kekejaman komunis dan kerakusan mereka merampas kuasa dengan senjata menjadi bahan sejarah untuk selama-lamanya.

Semasa pendudukan Jepun di Tanah Melayu, Parti Komunis Malaya (PKM) telah bekerjasama dengan British untuk memerangi Jepun. PKM berjaya mempengaruhi British membebaskan semua tahanan politik yang berhaluan kiri.

Kerjasama antara PKM dan British telah menghasilkan Sekolah Latihan Khas 101 di Singapura. Latihan yang diberi di sekolah tersebut adalah dalam bentuk perang gerila. PKM lah yang membentuk MPAJA untuk berjuang ala gerila menentang Jepun. Selepas berjaya mengusir tentera Jepun, satu konflik timbul disebabkan polisi tentera British yang sebenarnya anti-komunis.
MPAJA atau Bintang Tiga mendakwa British berjanji untuk menyerahkan negara ini kepada mereka kerana mereka menyokong British tetapi apabila janji ini tidak ditunaikan, gerila MPAJA telah memberontak dan mengganas dengan membunuh ramai orang yang dianggap bersekongkol dengan Jepun yang kebanyakannya orang Melayu.
Menurut ahli akademik Cheah Boon Kheng di dalam buku "Red Star Over Malaysia" konflik perkauman itu mencapai kemuncaknya semasa dan selepas kekosongan kuasa ( interregnum ) dari 15 Ogos hingga 3 September 1945 berikutan dengan pengunduran tentera Jepun.

Ketika tentera Jepun berundur ke bandar-bandar utama, gerila Cina yang dipimpin oleh pergerakan yang diterajui oleh Komunis iaitu MPAJA, keluar daripada hutan dan menguasai 70% kampung dan bandar-bandar kecil. Mereka membalas dendam terhadap individu yang didakwa bersubahat dengan Jepun terutama pegawai Melayu, polis dan ketua kampung sehingga mewujudkan suasana kezaliman ( reign of terror ). Di beberapa bahagian Semenanjung, orang Melayu bertindak balas sehingga ramai orang CIna terbunuh di tangan kumpulan yang diketuai para ulama yang berjihad menentang musuh.

Penentangan tersebut menjadi satu tanda penting permulaan sejarah pembinaan Malaya sebagai satu negara bangsa. Pergaduhan terhenti seketika dengan perwujudan semula undang-undang dan peraturan oleh tentera British pada September 1945, tetapi kemudian ketegangan kembali miningkat sehingga Mac 1946.

Bagaimanapun ia tiba-tiba terhenti apabila orang Melayu mula memberi tumpuan untuk penentangan rancangan British menubuhkan Malayan Union yang bertujuan menghapuskan penguasaan politik Melayu dan memberi hak kerakyatan buat pertama kali kepada bukan Melayu di Malaya.
Cheah Boon Kheng berkata, "konflik antara kaum telah memberikan kemenangan yang jelas kepada orang Melayu. Mereka berjaya menentang dan mengalahkan gerakan Komunis bersenjata yang didominasikan orang Cina dan menggantikan Malayan Union dengan Persekutuan Tanah Melayu". (buku Red Star Over Malaya ).

Kepimpinan Melayu tidak menjadi sombong dan bongkak apabila British bersetuju mewujudkan Persekutuan Tanah Melayu pada 1 Februari 1948.

Sekalipun UMNO sejak itu berslogankan “UMNO is Melayu and Melayu is UMNO”, tetapi UMNO tidak dibawa oleh arus sentimen perkauman yang sempit.
UMNO menolak konsep PAS yang menentang perkongsian kuasa dengan bukan Melayu. Sindiran paling tajam oleh Pemimpin PAS, Dr. Burhaniddin Hilmi di awal tahun 60an terhadap dasar berbaik-baik dengan bukan Melayu ialah “ayam di kepuk mati kelaparan, kera hutan disusui.” PAS menganggap kemerdekaan Malaya yang diberikan oleh British di atas dulang emas ( tanpa pertumpahan darah ) sebagai kosong kerana masih mengekalkan pengkalan tentera British dan sistem pemerintahan dan perlembagaan ala British.
Bagai tidak mahu mengakui hakikat dan kebenaran fakta sejarah, golongan yang buta sejarah mula mengungkitkan kembali semarak perkauman dengan digambarkan bahawa orang Melayu seperti menidakkan peranan kaum Cina dalam perjuangan menentang penjajah Jepun dan British seperti MPAJA.
Gambar di atas ini adalah bukti terdapat golongan yang masih buta sejarah negara. Dengan bangganya mereka mengagungkan perjuangan MPAJA semasa perang dunia kedua dan selepasnya. Sedangkan mereka seperti susah untuk mengakui hakikat bahawa MPAJA itu adalah komunis.

Kumpulan ini sebenarnya sudah tiada modal untuk berpolitik dan mereka kononnya berpaksikan sempena sambutan 50 tahun negara merdeka dengan memperingati perjuangan MPAJA yang telah dibuktikan sejarahnya adalah konrad dan anggota perisik Parti Komunis Malaya (PKM).

Kononnya perjuangan kemerdekaan sebelum ini adalah berlandaskan perkauman iaitu hanya orang Melayu sahaja yang mendabik dada merekalah pejuang kemerdekaan. Oleh itu golongan buta sejarah ini mengambil perjuangan MPAJA juga adalah pejuang kemerdekaan dan layak dihargai dan disanjungi.

Golongan seperti ini sebenarnya perosak minda bangsa dan generasi muda, dan menafikan fakta sejarah. Mereka seperti sudah hilang akal dengan mengagungkan perjuangan komunis dalam agenda perjuang politik masa kini dan memutar belitkan fakta sejarah.

Sempena 50 tahun kita merdeka, mereka memperjuangkan kononnya merekalah golongan yang memartabatkan perpaduan nasional sedangkan slogan mereka "Henti main sentimen perkauman untuk kepentingan politik" yang kononnya ditujukan kepada kerajaan, sebenarnya mereka tujukan kepada diri mereka sendiri yang memprovokasi isu perkauman dengan melaga-lagakan orang Melayu dan Cina dan mengungkitkan kembali perjuangan MPAJA yang mereka anggap juga sebagai pejuang kemerdekaan negara.

Topik ini cukup panas ketika ini akhbar bahasa Cina, laman web dan blog yang mirip dan gemar membangkang kerajaan. Mereka seolah-olah tidak berpuas hati dengan sentimen orang Melayu sahaja yang berjuang, sedangkan mereka juga berperanan sama.

Kita tidak marah jika mereka mengagungkan pemimpin kemerdekaan negara dari parti MCA dan saudagar Cina kerana sejarah telah membuktikan MCA yang mewakili kaum Cina juga terlibat sama dengan aktif menuntut kemerdekaan negara.

Seperti sudah trend terkini, perdebatan dan pandangan secara terbuka sudah mula bergerak aktif di media cetak dan internet. Jika tidak dipandang serius perkara ini, ia lambat laun akan menyemarakkan isu perkauman antara Melayu dan Cina. Kumpulan sebegini amat membahayakan keselamatan negara.

Mesti ada matlamat tertentu golongan ini mengungkitkan kembali kezaliman Bintang Tiga ketika negara menuju kemuncak sambutan 50 Tahun Merdeka. Yang amat dikesali, golongan muda yang tidak mendalami sejarah negara akan terpengaruh dengan dakyah negatif ini. Mereka mula disemai dengan perasaan anti kerajaan dan secara tidak langsungnya anti orang Melayu juga kerana kerajaan dan kakitangannya majoriti disandang oleh orang Melayu.

Kehadiran bukan Melayu di negara ini dipandang dari sudut positif. Kepimpinan Melayu berpendapat sumbangan mereka kepada pembangunan ekonomi negara akan memberi faedah bagi pembangunan Melayu disamping akan mempengaruhi orang Melayu kearah bersikap rajin dan berkerja keras. Tuntutan dan tentangan terhadap kedaulatan Melayu oleh bukan Melayu telah diberikan jawapan yang rasional dan logik.

Umpamanya terhadap tuntutan bukan Melayu sebelum Merdeka supaya British menyerahkan kemerdekaan negara ini kepada Malayan, Al Marhum Tunku Abdul Rahman pernah bertanya siapakah yang dirujukkan sebagai Malayan.
Kata Tunku, “apabila orang Melayu menentang Malayan Union, bukan Melayu tidak menyertainya kerana menganggap ini adalah masalah orang Melayu. Mereka juga menunjukkan kesetiaan kepada negara asal mereka dan kerana itu menentang Barne Report untuk menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara”.
“Maka banyak masalah yang akan dihadapi jika kemerdekaan negara ini diserahkan kepada mereka yang dikatakan Malayan sedangkan kerakyatan mereka belum didefinasikan,” kata Tunku. (buku Political Awakening oleh Tunku Abdul Rahman).
Sekalipun Tunku dilihat sebagai seorang yang sangat liberal dan banyak bertolak ansur dengan bukan Melayu tetapi ketajaman penglihatannya tentang bahaya kepada masa depan Melayu adalah melampaui pejuang-pejuang Melayu yang lain seperti Ibrahim Yaacob, Ahmad Bustaman, Ishak Hj. Mohamad dan Dr. Burhanudin yang menerima komunis sebagai rakan seperjuangan dalam menentang penjajahan Barat, tetapi Tunku melihat kuasa China di belakang PKM yang jika ditakdirkan menang dalam perjuangan bersenjatanya pasti akan mengatasi kuasa kepimpinan Melayu.
Sekalipun nasionalis Melayu yang pro Indonesia percaya kepada konsep Nusantara akan mempertahankan kuasa Melayu tetapi kekuatan persenjataan dan kemajuan teknologi negara China Komunis sebagai kuasa besar tidak mungkin akan dapat disaingi oleh Nusantara Melayu sebaliknya akan berakhir di bawah telunjuk China Komunis atau Soviet Union.
Sifat perkauman PKM dapat dilihat dengan jelas apabila Setiausaha Agung parti itu, Chin Peng menyifatkan sokongannya kepada pendaratan tentera Indonesia di bumi Malaysia pada tahun 1963 dalam masa konfrantasi hanyalah sebagai "lip service" sahaja. PKM sebenarnya tidak begitu menyokong kempen ganyang Malaysia yang dijuarai oleh PKI ( Parti Komunis Indonesia ) kerana kejayaannya akan meletakkan PKM di bawah PKI yang didukung oleh orang Melayu. ( Aloysius Chin, buku The Communist Party of Malaya).
Jelas sekali apabila isu Bintang Tiga dibangkitkan oleh golongan tertentu, pasti ia akan menarik minat orang Melayu untuk menentang kembali fakta songsang tentang MPAJA yang menaikkan marah orang Melayu.

Fakta sejarah seperti yang dinyatakan di atas tidak diambil serius oleh golongan oportunis perpaduan. Mereka telahpun ada skrip baru sejarah negara yang kononnya lebih liberal dan mendokong perpaduan dan menafikan hanya Melayu sahaja sebagai pejuang kemerdekaan.

Maka dengan sentimen sebegitu, timbullah isu tugu peringatan dan memorial 'hero negara' yang menonjolkan anggota MPAJA yang terbunuh semasa pendudukan Jepun sebagai wira negara. Sedangkan sejarah telah membuktikan Bintang Tiga adalah agen komunis yang terlibat secara langsung dengan PKM.

Apakah kerana majoriti anggota MPAJA adalah kaum Cina, maka golongan oportunis perpaduan ini mengambil kesempatan menonjolkan semula bahawa kaum Cina diabaikan dalam lipatan sejarah negara dalam soal menuntut kemerdekaan?

Perlu diingat di dalam PKM juga terdapat orang Melayu yang aktif berjuang seperti Rashid Maidin dan Shamsiah Fakeh. Namun orang Melayu tidak mengiktiraf mereka sebagai pejuang negara kerana mereka beridealogi komunis dengan perjuangan bersenjata dan kejam, disamping komunis di tolak oleh agama Islam sendiri.

Apakah sudah mula ada golongan tertentu ingin menghidupkan semula idealogi komunis di negara kita dengan bertopengkan perpaduan kaum dan hak sama rata antara kaum disamping 'bantuan' teknologi maklumat tanpa sempadan seperti laman web dan blog?. Sama-samalah kita tunggu.

Friday, January 05, 2007

VIDEO AL MARHUM SADDAM HUSSEIN

Video Saddam Hussein kena gantung boleh dilihat di web kat bawah ni.


Sebagai seagama Islam, kita sedekahkan Al Fatihah kepada Allahyarham Saddam. Begitulah hukum dunia yang kadang-kadang kejam tidak bertempat.

Thursday, January 04, 2007

MENCARI GUNUNG DAIK BERCABANG TIGA

Mencari Gunung Daik Bercabang Tiga

Ketika kecil-kecil dahulu selalu sahaja saya dengar orang tua berpantun :
Pulau pandan jauh ke tengah,
Gunung Daik bercabang tiga;
Hancur badan dikandung tanah,
Budi yang baik dikenang juga.

Sehingga sekarang pantun ini tetap dituturkan orang. Malah dalam sebuah lagu P. Ramlee yang berjudul "Kwek Mambo" pantun ini dijadikan lirik. Sungguh menarik.

Pembayang maksud pantun ini dikarang dari bahan-bahan geografi daerah Nusantara, seperti Pulau Pandan dan Gunung Daik. Gunung Daik terletak di Pulau Lingga yang di selatannya terletak Pulau Singkep. Pulau Singkep ini dipercayai adalah tempat lahirnya Hang Tuah lima bersaudara.

Kini saatnya musim kerinduan itu tiba.
Sejarah menjemput kita berkampung di tanah besar Daik Lingga.
Nyanyian kerinduan dan puncak Gunung Daik mengalun sepanjang musim kalam menulis pantun dan sejarah.
Daik bonda Tanah Melayu.
Ia mendalamkan tikaman kerinduan.
Masih ada yang tersisa di Daik.
Dari Mepar nampak tilas itu bermula.
Dermaga panjang membentang.
Sungai Tande bukti perhentian.
Istana Damnah kejayaan yang telah sudah.
Bilik 44, Makam Merah, Makam Bukit Cengkeh, Benteng Bukit Cening.
Masjid Raya Jamek melahirkan misteri tiada henti.
Di sinilah aku rancang berkampung para kerabat TERAJU.
Untuk mencari punca serumpun bakal dilaksanakan.
Kita kokah kembali kejayaan masa lalu.
Jangan sisakan kertas di Daik ketika jiwa berkaca dan tinta berkata-kata.
Sebab jiwa lebih haus dari bayangan dahaga.
Sebab kata-kata lebih panjang dari yang terbayang.
Sebab Bukit Gajah, sebab Getah Merah, sebab Kampung Mentuk.
Sebab jemputan ini mengajak kita menagih bukti.
Sebab Sungai Resun meninggalkan jejak baru untuk kita datang lagi.
Sebab sayang bonda Tanah Melayu Daik Lingga sepanjang musim merajut kenangan.
Daik tapak Sejarah Melayu, tapak penulis Melayu berhimpun.
Tempat kita mengungkai kenangan, menikam rasa.

Ayuh kita menuju dimensi alam kurun ke - 19, bilamana Daik Lingga pertama kali menjadi pusat pemerintahan Sultan Mahmud sebagai Sultan Lingga pertama. Sultan memerintah di Daik, Pulau Lingga dari tahun 1801 hingga 1812. Sebelum itu baginda memangku jawatan Sultan dari tahun 1761 dan bertakhta di Hulu Riau.

Menurut sejarah, Raja Mahmud masih berusia setahun ketika dinobatkan sebagai Sultan menggantikan Sultan Ahmad Riayat Shah ( Marhum Tengah ) yang mangkat tahun 1761, dengan gelaran Sultan Mahmud Syah III. Yamtuan Muda Daeng Kemboja membuat perlantikan dengan meriba Raja Mahmud.

Semasa perlantikan, Daeng Kemboja berucap yang maksudnya, "Barang diketahui kiranya oleh suku - suku sebelah Melayu dan Bugis, bahawa sesungguhnya Raja Mahmud inilah Raja Johor dan segala daerah takluknya yang dilantik oleh Bugis sebagaimana melantik nendanya Sultan Sulaiman, iapun demikian jualah. Maka barang siapa yang tiada mematuhi aturan ini, maka pada hari dan waktu inilah kita berhabis - habisan ."

Daeng Kemboja menghunus pedangnya. Dan tidak ada seorang pun yang hadir berani membantah keinginan Daeng Kemboja. Lalu Raja Mahmud pun dilantik menjadi Yang Dipertuan Besar atau Sultan Johor - Riau - Lingga - Pahang. Oleh karena baginda masih bayi maka pemerintahannya dipangku oleh Yamtuan Muda Daeng Kemboja dengan dibantu oleh penolongnya Raja Haji.

Daeng Kemboja menunjukkan kekuatan melantik Raja Mahmud sebagai Sultan kerana wujudnya perebutan kuasa antara pembesar Bugis dengan pembesar Melayu. Pembesar Melayu mahukan salah seorang daripada saudara - saudara Al Marhum Sultan Abdul Jalil ( Raja di Baroh ), sama ada Tengku Abdul Kadir atau Tengku Buang, dilantik Sultan. Sedangkan pembesar Bugis yang dipimpin Yamtuan Muda Daeng Kemboja mahukan adinda Al Marhum Sultan Ahmad Riayat Shah yang baru mangkat, iaitu Raja Mahmud.
Semasa pemerintahan Sultan Mahmud keadaan daerah takluk Baginda di Riau-Johor-Lingga-Pahang tidak aman kerana masalah perebutan kuasa antara puak Melayu dan Bugis berterusan. Pergolakan politik yang hebat berlaku yang melibatkan pihak Belanda. Dalam satu pertempuran antara Belanda dengan angkatan lanun dari Tempasok, Sultan Mahmud pura - pura membantu Belanda tetapi meriam yang digunakan untuk menyerang lanun tidak berpeluru. Akhirnya Belanda menyerah kalah di Tanjung Pinang dan terpaksa meninggalkan Tanjung Pinang tanpa membawa satu barang pun kembali ke Melaka.

Oleh kerana khuatir Belanda datang semula untuk menyerang balas, maka Sultan Mahmud beserta pembesar - pembesar baginda berangkat meninggalkan Riau ( Tanjung Pinang ) menuju Pulau Lingga ( Daik ). Baginda menitahkan agar pusat pemerintahan baru dibangunkan di tempat baru ini. Sejumlah 200 perahu mengiringi Baginda ke Pulau Lingga. Sementara itu Bendahara Abdul Majid yang ketika itu berada di Riau ( Tanjung Pinang ) bertolak meninggalkan tempat itu bersama 150 buah perahu, pulang ke Pahang.
Setelah itu ramailah orang - orang Melayu meninggalkan Riau menuju Bulang, Selangor, Terengganu, Kalimantan dan pulau - pulau lain di daerah Riau.

Yang tinggal hanya orang - orang Cina yang bekerja di ladang gambir dan lada hitam. Kebanyakan ladang yang ditinggalkan oleh tuan punya yang terdiri daripada orang Melayu dan Bugis diambil alih oleh orang - orang Cina. Sejak itu semakin ramailah orang Cina tinggal di pulau itu.

Tidak lama kemudian orang Belanda datang semula ke Tanjung Pinang untuk memperkuatkan semula pertahanan mereka. Kompeni Belanda menempatkan 312 orang tenteranya. Belanda berpendapat jika mereka tidak menguasai Riau ( Tanjung Pinang ) Kedudukan mereka akan terancam, tambahan pula ketika itu Inggeris telah membuka Pulau Pinang.

Pada tahun 1795 Belanda telah mengembalikan semula semua wilayah takluk Sultan Mahmud seperti Riau, Johor dan Pahang kepada Baginda. Pada tahun 1803, Sultan Mahmud berkahwin dengan Raja Hamidah atau Engku Puteri anak Al Marhum Raja Haji ( Marhum Teluk Ketapang ). Kata sesetengah orang, Pulau Penyengat yang berhampiran Pulau Bintan dijadikan emas kahwinnya. Pulau ini diperindah dan digelar Pulau Penyengat Indera Mulia. Baginda menyerahkan pulau itu kepada Raja Hamidah sebagai hakmilik peribadinya sementara Pulau Lingga diserahkan hakmiliknya kepada putera baginda bernama Tengku Abdul Rahman yang baginda panggil Si Komeng.

Sultan Mahmud tetap bersemayam di Lingga dan mangkat pada 12 Januari 1812, setelah bertakhta selama 50 tahun. Baginda digantikan oleh Tengku Abdul Rahman.

Semasa menjadi Sultan Riau - Johor - Lingga - Pahang, Sultan Mahmud mempunyai beberapa orang isteri. Sultan beristerikan anak Bendahara Abdul Majid di Pahang. Isteri ini mangkat pada tahun 1803 tanpa beroleh anak. Seorang lagi isteri baginda bernama Cik Makuh, anak pembesar Bugis Daeng Maturang, yang juga dikenali dengan nama Encik Jaafar. Dari perkawinan ini lahir seorang putera bernama Tengku Hussain atau Tengku Long. Seorang lagi isteri baginda bernama Cik Mariam anak pembesar Bugis bernama Bandar Hassan. Mereka beroleh seorang putera bernama Tengku Abdul Rahman ( Raja Jumaat atau Si Komeng ). Isteri baginda seorang lagi ialah Raja Hamidah atau Engku Puteri anak Raja Haji ( Marhum Teluk Ketapang ). Mereka mempunyai cahaya mata perempuan tetapi meninggal dunia tidak lama setelah dilahirkan.

Sultan Mahmud membuka Lingga dan menjadikannya pusat pemerintahan Riau-Johor-Lingga-Pahang. Namun akhirnya dengan campur tangan penjajah dan musuh-musuh politik dalaman maka akhirnya pusat kesultanan di Lingga mengecil untuk hanya berkuasa di Riau-Lingga sahaja di bawah naungan kuasa Belanda, manakala Johor-Pahang bernaung pula di bawah kuasa Inggeris.

Peninggalan sejarah di Lingga tetap meredum kerinduan kepada sejarah gemilang kesultanan silam sejak Sultan Mahmud membuka negeri. Peserta rombongan akan melihat masjid peninggalan yang didirikan oleh Sultan Mahmud pada tahun 1801. Menurut cerita, masjid ini pernah dipindahkan ke Pahang, tetapi cuma digunakan untuk sekali sembahyang Jumaat. Setelah itu masjid dipindahkan semula ke Lingga. Keistimewaannya, masjid ini tidak menggunakan tiang tengah.

Lain - lain tapak bersejarah yang bakal dikunjungi nanti ialah Benteng Bukit Cening, Makam Raja - Raja di Bukit Cengkeh, Makam Merah dan permandian Puteri Lubuk Pelawan.

Dan semestinya akan ada yang mahu melihat apakah Gunung Daik yang dikatakan bercabang tiga seperti dalam lirik pantun popular itu betul - betul mempunyai tiga cabang!

PENGUNDI CINA PENENTU DI BATU TALAM


Sekali lagi buat kali kedua selepas Pilihan Raya Umum 2004, Pahang akan berdepan dengan satu lagi pilihan raya kecil. Kali ini seluruh jentera parti politik akan bertumpu ke kawasan pilihan raya Dewan Undangan Negeri (DUN) N6 Batu Talam dalam kawasan Parlimen Raub.

Kewujudan DUN Batu Talam sejak wujudnya kawasan tersebut pada tahun 1978, telah membuktikan ianya satu kubu kuat Barisan Nasional(BN) khasnya UMNO. Walaupun PAS memberikan tentangan setiap kali pilihan raya umum, namun keputusan menunjukkan mereka tewas dalam kesemua tujuh kali pertarungan pilihan raya.

Namun begitu, suasana dan kehebatan pilihan raya kecil amat jauh berbeza dengan pilihan raya umum. Banyak contoh apabila berlaku pilihan raya kecil, pasti keputusan amat sukar untuk diramalkan dengan sewenang-wenangnya.

Banyak faktor dan input luaran yang bakal mempengaruhi pengundi-pengundi Batu Talam. Yang pasti nanti hampir kesemua parti politik yang wujud di negara ini akan berkampung di Batu Talam untuk memberi sokongan moral dan penonjolan imej parti kerana seluruh media dan rakyat akan bertumpu ke Batu Talam dalam jangka masa sebulan ini.

Jika dikaji semenjak tahun 1978 sehingga 2004, Batu Talam memihak kepada BN dengan majoriti kemenangan antara 2000 hingga 3000 undi. Cuma semasa pilihan raya umum 1999, BN menang dengan majoriti yang agak tipis iaitu 931 undi.

Dari statistik pilihan raya 2004, terdapat 10,866 pengundi berdaftar di Batu Talam. 78.67 peratus adalah pengundi Melayu, 11.30 peratus pengundi Cina, 5.59 peratus pengundi India dan 4.43 peratus lain-lain bangsa.
Faktor sekeliling juga mungkin mempengaruhi pengundi. Ini kerana Batu Talam terletak di dalam Parlimen Raub yang mempunyai komposisi pengundi yang seimbang antara Melayu dan Cina iaitu 47.67 peratus Melayu, 43.59 peratus Cina, 7.09 peratus India dan 1.66 peratus lain-lain bangsa.

Walaupun pengundi Melayu bakal menjadi penentu kemenangan, namun sesuatu yang di luar jangkaan tidak siapa yang mengetahuinya. Di dalam pilihan raya kecil, macam-macam boleh berlaku. Walaupun BN akan mengerahkan seluruh jentera parti komponennya berkempen untuk menjamin kemenangan, parti pembangkang tetap akan berusaha untuk memancing undi dengan harapan jika tidak menang, mengurangkan majoriti sudah cukup memberikan kepuasan kepada mereka.

Atas dasar masih ramai orang Melayu yang layak mengundi belum menjadi ahli UMNO, istilah 'pengundi atas pagar' inilah yang sering menjadi rebutan antara BN dan pembangkang.

Malah sudah ada petunjuk dari akhbar bahasa Cina (Sin Chew Daily) yang menekankan bahawa pengundi Cina seramai 1,227 orang bakal menjadi penentu kemenangan jika parti politik orang Melayu dan Islam bercakaran dengan ideologi, tohmahan, fitnah, isu-isu agama, peribadi dan hak orang Melayu sebagai agenda kempen dan melobi pengundi Melayu Batu Talam.

Ada kebenaran pada hemat akhbar Cina tersebut jika orang Melayu Batu Talam diasak dan disogokkan dengan isu-isu perpecahan ummah dan manipulasi isu perkauman dan agama.

Yang jelas, Batu Talam akan menjadi pentas meluahkan segala yang terbuku di hati parti politik pembangkang untuk menyerang parti kerajaan berhubung dengan isu-isu nasional. Pada mereka inilah masa yang sesuai untuk menonjolkan pemikiran dan alasan mereka untuk 'menepis' agenda dan misi kerajaan yang telahpun menjatuhkan kredibiliti parti pembangkang sehinggakan tiada isu yang layak diketengahkan.

Dijangkakan akan berlaku pertembungan satu lawan satu antara BN dan PAS. Namun beberapa parti politik pembangkang yang lain sudah nampak untuk 'bekerjasama sementara' hanya di Batu Talam sebagai platfom untuk mereka 'berceramah dan berpidato' atas sifat kebebasan bersuara dan demokrasi.

Pada mereka inilah masa yang paling sesuai untuk menarik minat orang ramai mendengar ceramah mereka kerana bukan sahaja penduduk Batu Talam akan mendengarnya, malah seluruh jentera dan pemerhati politik akan 'melancong' ke Batu Talam untuk menikmati keindahan 'poster yang berwarna-warni' dan 'santapan mata dan halwa telinga' dari berbagai karektor pemidato dan perayu undi.

Walaupun masalah perpaduan dan perkauman tidak berlaku di Batu Talam, dijangkan dengan 'kerjasama sementara' antara PAS, DAP dan Keadilan akan mengkucar-kacirkan 1,227 pengundi Cina untuk berpaling tadah kepada pembangkang. PAS sudah tentu menjalankan tugasannya sejak dahulu lagi untuk memecahkan undi orang Melayu sebanyak mungkin untuk memihak kepada mereka.

Peranan DAP dan pemimpin Cina Keadilan akan dikuatiri membangkitkan marak perkauman dan anti perpaduan yang akan mencalarkan pilihan raya kecil jika MCA dan Gerakan tidak cepat bertindak 'mengawal' pemikiran pengundi Cina Batu Talam supaya tidak cepat terpengaruh dengan provokasi pembangkang.

Ramai yang tertanya-tanya, apakah bekas Perdana Menteri dan bekas Timbalan Perdana Menteri akan turut berkempen dan berceramah di Batu Talam?. Mungkin terlalu awal untuk membuat telahan. Namun dengan istilah orang politik, 'tiada pencen dalam berpolitik', harapan untuk melihat kelibat dua bekas pemimpin negara berucap mungkin menjadi kenyataan.

Pastinya BN akan menjadikan Batu Talam sebagai kayu pengukur prestasi mereka yang hampir tiga tahun selepas pilihan raya umum 2004 disamping untuk menguji penerimaan rakyat terhadap Bajet 2007 dan juga Rancangan Malaysia ke 9. Sudah tentu penentang kerajaan akan menganalisa keputusan pilihan raya kecil ini untuk dikaitkan dengan perancangan jangka panjang kerajaan dan kewibawaan pemimpin BN secara keseluruhannya.

Mungkin itu akan menjadi corat-coret yang akan mewarnai kemeriahan 'pesta' pilihan raya Batu Talam kali ini. Malah hotel-hotel di sekitar Raub dan Kuala Lipis telah mula ditempah dan tidak mustahil 'homestay segera' akan wujud seperti cendawan tumbuh dalam masa berkempen nanti.

Apakah pengundi Cina bakal menjadi penentu di Batu Talam?. Sama-samalah kita saksikan gelagat berpolitik di abad ke 21 ini. Cuma diharap tiada insiden yang tidak diingini dan semua pihak harus mengawal perasaan semasa berkempen.

Wednesday, January 03, 2007

THE BARBARIC LYNCHING of PRESIDENT SADDAM HUSSEIN

The Barbaric Lynching of President Saddam Hussein

On the Holy day of Eid, the world watched in horror at the barbaric lynching of President Saddam Hussein of Iraq, allegedly for crimes against humanity. This public murder was sanctioned by the War Criminals, President Bush and Prime Minister Blair.

This sadistic act broadcasted to the whole world is a travesty of justice, and was meant to demonstrate the imperial power of the United States and serves as a warning to peace loving peoples that we must either bow to the dictates of the Bush regime or face the consequences of a public lynching.

The lynching was also an insult to all Muslims, as it occurred on the Holy Day of Eid, whereby Muslims devote themselves to prayer and forgiveness. It is all too clear that the war criminal Bush has no sensitivities whatsoever for Muslims on their pilgrimage to Mecca. This barbaric act is a sacrilege!
The entire trial process was a mockery of justice, no less a Kangaroo Court. Defence counsels were brutally murdered, witnesses threatened and judges removed for being impartial and replaced by puppet judges. Yet, we are told that Iraq was invaded to promote democracy, freedom and justice.
A peaceful country has now been turned into a war zone. Over 500,000 children died as a result of the criminal economic sanctions, and the latest findings by the medical journal, Lancet reveals that over 650,000 Iraqis have died since the illegal invasion of 2003.
The War Criminal Bush has killed more Iraqis than President Saddam ever did, if in fact he was guilty of any crime. If President Saddam Hussein is guilty of war crimes, then the world must find Bush, Blair and Howard equally guilty and the International Criminal Court cannot but prosecute these war criminals. The inaction thus far by the International Criminal Court against Bush, Blair and Howard exposes the double standard of the said Court, when it does not hesitate to prosecute war crimes committed in Dalfur, Rwanda and Kosovo.
If we support human rights and justice, we must condemn this barbaric lynching of President Saddam Hussein. There can be no excuse whatsoever for this injustice under any circumstances. War Criminal Bush and the puppet regime in Iraq have made a mockery of the Rule of Law.

Tun Dr. Mahathir Mohamad
Member of the International Committee
For the Defence of President Saddam Hussein
30th December 2006

Tuesday, January 02, 2007

TAHUN BARU 2007

Selamat datang ke tahun 2007. Semoga kita semua sentiasa sihat, gembira, aman, damai jiwa dan dimurahkan rezeki. Doa bersama agar kegemilangan diri, keluarga, agama, bangsa dan negara sentiasa terpelihara dan diberkati Allah.

TERAJU d UKHWAH (2)

Penulis dan keluarga memohon maaf kepada seluruh KERABAT TERAJU kerana tidak dapat hadir ke majlis yang penuh bermakna itu. Hajat di hati sememangnya berkobar untuk hadir memandangkan sudah lama tidak berjumpa dan bertemu. Namun hakikatnya harapan tinggal harapan, kerana masalah peribadi yang belum selesai disamping beberapa perkara yang menjelma di saat-saat akhir.

Belum terlambat rasanya untuk mengucapkan Salam Aidil Adha dan Selamat Tahun Baru 2007. Harapan kami sekeluarga agar pengorbanan selama setahun dengan tidak ketentuan arah dipohon agar sinar bahagia dan keseronokan mengenal erti kehidupan bakal tercapai berkat doa kepada Ilahi agar kami dilimpahi rezeki dan ampuni segala dosa dari hambaMU yang kudus dan lemah ini.

Kepada Adinda Shafizah, walaupun ditawarkan pengorbanan untuk penulis turut serta di 'd Ukhwah', namun bukannya tidak sudi menyambut pengorbanan, tetapi tidak sampai hati saya meninggalkan keluarga yang serba kekurangan dalam menyambut Aidil Adha.

Biarlah saya juga sanggup berkorban untuk tidak hadir, demi tidak rela pengorbanan yang boleh menjejaskan kebahagian dan keharmonian sekeluarga.

Kerdil rasanya kami sekeluarga apabila kekurangan serba-serbi. Walaupun Adinda Shafizah berharap sangat kami hadir, namun dalam keadaan yang tertekan, kami sekeluarga tidak sanggup berpisah dalam menyambut Aidil Adha walaupun alasannya boleh dipertikaikan.

Akhir kalam, kerana hajat tidak dapat tertunai tidak bermakna TERAJU tidak dekat di hati. TERAJU sentiasa dalam ingatan kami sekeluarga setiap hari. Mungkin e mel dan web blog menjadi nadi penghubung bahawa darah salasilah TERAJU masih mengalir hangat dalam tubuh kami.

Terima kasih kepada kedua-dua keluarga adinda penulis dan seluruh kaum kerabat TERAJU di atas sokongan dan memahami situasi terkini kami sekeluarga.

Salam sayang dari,
KELUARGA ALONG SEPOL