Sekali lagi buat kali kedua selepas Pilihan Raya Umum 2004, Pahang akan berdepan dengan satu lagi pilihan raya kecil. Kali ini seluruh jentera parti politik akan bertumpu ke kawasan pilihan raya Dewan Undangan Negeri (DUN) N6 Batu Talam dalam kawasan Parlimen Raub.
Kewujudan DUN Batu Talam sejak wujudnya kawasan tersebut pada tahun 1978, telah membuktikan ianya satu kubu kuat Barisan Nasional(BN) khasnya UMNO. Walaupun PAS memberikan tentangan setiap kali pilihan raya umum, namun keputusan menunjukkan mereka tewas dalam kesemua tujuh kali pertarungan pilihan raya.
Namun begitu, suasana dan kehebatan pilihan raya kecil amat jauh berbeza dengan pilihan raya umum. Banyak contoh apabila berlaku pilihan raya kecil, pasti keputusan amat sukar untuk diramalkan dengan sewenang-wenangnya.
Banyak faktor dan input luaran yang bakal mempengaruhi pengundi-pengundi Batu Talam. Yang pasti nanti hampir kesemua parti politik yang wujud di negara ini akan berkampung di Batu Talam untuk memberi sokongan moral dan penonjolan imej parti kerana seluruh media dan rakyat akan bertumpu ke Batu Talam dalam jangka masa sebulan ini.
Jika dikaji semenjak tahun 1978 sehingga 2004, Batu Talam memihak kepada BN dengan majoriti kemenangan antara 2000 hingga 3000 undi. Cuma semasa pilihan raya umum 1999, BN menang dengan majoriti yang agak tipis iaitu 931 undi.
Dari statistik pilihan raya 2004, terdapat 10,866 pengundi berdaftar di Batu Talam. 78.67 peratus adalah pengundi Melayu, 11.30 peratus pengundi Cina, 5.59 peratus pengundi India dan 4.43 peratus lain-lain bangsa.

Faktor sekeliling juga mungkin mempengaruhi pengundi. Ini kerana Batu Talam terletak di dalam Parlimen Raub yang mempunyai komposisi pengundi yang seimbang antara Melayu dan Cina iaitu 47.67 peratus Melayu, 43.59 peratus Cina, 7.09 peratus India dan 1.66 peratus lain-lain bangsa.
Walaupun pengundi Melayu bakal menjadi penentu kemenangan, namun sesuatu yang di luar jangkaan tidak siapa yang mengetahuinya. Di dalam pilihan raya kecil, macam-macam boleh berlaku. Walaupun BN akan mengerahkan seluruh jentera parti komponennya berkempen untuk menjamin kemenangan, parti pembangkang tetap akan berusaha untuk memancing undi dengan harapan jika tidak menang, mengurangkan majoriti sudah cukup memberikan kepuasan kepada mereka.
Atas dasar masih ramai orang Melayu yang layak mengundi belum menjadi ahli UMNO, istilah 'pengundi atas pagar' inilah yang sering menjadi rebutan antara BN dan pembangkang.
Malah sudah ada petunjuk dari akhbar bahasa Cina (Sin Chew Daily) yang menekankan bahawa pengundi Cina seramai 1,227 orang bakal menjadi penentu kemenangan jika parti politik orang Melayu dan Islam bercakaran dengan ideologi, tohmahan, fitnah, isu-isu agama, peribadi dan hak orang Melayu sebagai agenda kempen dan melobi pengundi Melayu Batu Talam.
Ada kebenaran pada hemat akhbar Cina tersebut jika orang Melayu Batu Talam diasak dan disogokkan dengan isu-isu perpecahan ummah dan manipulasi isu perkauman dan agama.
Yang jelas, Batu Talam akan menjadi pentas meluahkan segala yang terbuku di hati parti politik pembangkang untuk menyerang parti kerajaan berhubung dengan isu-isu nasional. Pada mereka inilah masa yang sesuai untuk menonjolkan pemikiran dan alasan mereka untuk 'menepis' agenda dan misi kerajaan yang telahpun menjatuhkan kredibiliti parti pembangkang sehinggakan tiada isu yang layak diketengahkan.
Dijangkakan akan berlaku pertembungan satu lawan satu antara BN dan PAS. Namun beberapa parti politik pembangkang yang lain sudah nampak untuk 'bekerjasama sementara' hanya di Batu Talam sebagai platfom untuk mereka 'berceramah dan berpidato' atas sifat kebebasan bersuara dan demokrasi.
Pada mereka inilah masa yang paling sesuai untuk menarik minat orang ramai mendengar ceramah mereka kerana bukan sahaja penduduk Batu Talam akan mendengarnya, malah seluruh jentera dan pemerhati politik akan 'melancong' ke Batu Talam untuk menikmati keindahan 'poster yang berwarna-warni' dan 'santapan mata dan halwa telinga' dari berbagai karektor pemidato dan perayu undi.
Walaupun masalah perpaduan dan perkauman tidak berlaku di Batu Talam, dijangkan dengan 'kerjasama sementara' antara PAS, DAP dan Keadilan akan mengkucar-kacirkan 1,227 pengundi Cina untuk berpaling tadah kepada pembangkang. PAS sudah tentu menjalankan tugasannya sejak dahulu lagi untuk memecahkan undi orang Melayu sebanyak mungkin untuk memihak kepada mereka.
Peranan DAP dan pemimpin Cina Keadilan akan dikuatiri membangkitkan marak perkauman dan anti perpaduan yang akan mencalarkan pilihan raya kecil jika MCA dan Gerakan tidak cepat bertindak 'mengawal' pemikiran pengundi Cina Batu Talam supaya tidak cepat terpengaruh dengan provokasi pembangkang.
Ramai yang tertanya-tanya, apakah bekas Perdana Menteri dan bekas Timbalan Perdana Menteri akan turut berkempen dan berceramah di Batu Talam?. Mungkin terlalu awal untuk membuat telahan. Namun dengan istilah orang politik, 'tiada pencen dalam berpolitik', harapan untuk melihat kelibat dua bekas pemimpin negara berucap mungkin menjadi kenyataan.
Pastinya BN akan menjadikan Batu Talam sebagai kayu pengukur prestasi mereka yang hampir tiga tahun selepas pilihan raya umum 2004 disamping untuk menguji penerimaan rakyat terhadap Bajet 2007 dan juga Rancangan Malaysia ke 9. Sudah tentu penentang kerajaan akan menganalisa keputusan pilihan raya kecil ini untuk dikaitkan dengan perancangan jangka panjang kerajaan dan kewibawaan pemimpin BN secara keseluruhannya.
Mungkin itu akan menjadi corat-coret yang akan mewarnai kemeriahan 'pesta' pilihan raya Batu Talam kali ini. Malah hotel-hotel di sekitar Raub dan Kuala Lipis telah mula ditempah dan tidak mustahil 'homestay segera' akan wujud seperti cendawan tumbuh dalam masa berkempen nanti.
Apakah pengundi Cina bakal menjadi penentu di Batu Talam?. Sama-samalah kita saksikan gelagat berpolitik di abad ke 21 ini. Cuma diharap tiada insiden yang tidak diingini dan semua pihak harus mengawal perasaan semasa berkempen.
1 comment:
"Faktor sekeliling juga mungkin mempengaruhi pengundi. Ini kerana Batu Talam terletak di dalam Parlimen Raub yang mempunyai komposisi pengundi yang seimbang antara Melayu dan Cina iaitu 47.67 peratus Melayu, 43.59 peratus Cina, 7.09 peratus India dan 1.66 peratus lain-lain bangsa."
saudara,
saya adalah pemerhati politik yang baru. bolehkah saudara jelaskan dengan lebih lanjut kenyataan di atas?
terima kasih.
Post a Comment