Buletin Utama TV3 malam tadi (18 Januari 2007) telah menyiarkan berita mengenai jabatan berita TV3 disiasat oleh IPK Pahang berikutan dengan siaran berita jam 8 malam pada 12 Januari yang lalu.
Perselisihan Pendapat Punca Dua Pegawai Kanan Polis Bertengkar
Pertikaman lidah bermula selepas Ketua Polis Pahang Datuk Abdul Razak Bokhari memutuskan keputusan yang tidak dipersetujui Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pahang, ACP Narena Segaran.
ACP Narena Segaran dikatakan marah lalu bertindak menumbuk Datuk Abdul Razak.
Ia bagaimanapun dihalang beberapa anggota polis lain.
Kami difahamkan perselisihan pendapat punca pertengkaran kedua dua pegawai polis itu. Bagaimanapun insiden itu dinafikan Ketua Polis Negara ketika dihubungi Buletin Utama.
Tan Sri Musa Hassan yang kini berada di Pahang atas lawatan kerjanya di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Negeri Pahang berkata ia hanya khabar angin untuk menjatuhkan imej dan kewibawaan PDRM.
Walaupun sudah ditapis dan tidak dinyatakan berita apakah yang menyebabkan polis menyiasat,ianya berkemungkinan merujuk kepada berita seperti di bawah ini.
Kita tunggu boleh ke berita seperti ini disiarkan dalam rancangan 999 ataupun edisi siasat NTV7. Tapi rasanya tidak..fahamfaham aje lah...
Perselisihan Pendapat Punca Dua Pegawai Kanan Polis Bertengkar
(Jumaat, January 12, 2007 - Buletin Utama TV3)
Dua pegawai kanan polis bertengkar selepas dikatakan tidak puas hati dengan keputusan mesyuarat bulanan negeri siang tadi.
Pertikaman lidah bermula selepas Ketua Polis Pahang Datuk Abdul Razak Bokhari memutuskan keputusan yang tidak dipersetujui Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pahang, ACP Narena Segaran.
ACP Narena Segaran dikatakan marah lalu bertindak menumbuk Datuk Abdul Razak.
Ia bagaimanapun dihalang beberapa anggota polis lain.
Kami difahamkan perselisihan pendapat punca pertengkaran kedua dua pegawai polis itu. Bagaimanapun insiden itu dinafikan Ketua Polis Negara ketika dihubungi Buletin Utama.
Tan Sri Musa Hassan yang kini berada di Pahang atas lawatan kerjanya di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Negeri Pahang berkata ia hanya khabar angin untuk menjatuhkan imej dan kewibawaan PDRM.
No comments:
Post a Comment