Wednesday, January 31, 2007

SELAMAT BERCUTI THAIPUSAM DAN HARI WILAYAH

Selamat bercuti hari wilayah dan thaipusam kepada semua yang merayakannya. Yang pasti mulai malam ini KL akan sesak teruk kerana perarakan patung dewa Hindu dari Hill Street ke Batu Caves..Nasib baik thaipusam tahun ini sama hari dengan hari wilayah. Tahun-tahun sebelum ini bila thaipusam, siapa yang kerja di KL pasti mengeluh sebab jalan jam teruk. Sebabnya kl tidak cuti apabila tiba thaipusam, cuma selangor, negeri sembilan, johor, perak dan penang sahaja yang cuti.
Pasti tahun ini orang kl lega kerana cuti hari wilayah sama dengan thaipusam. Cuma janganlah buatkan lagi jam jalan-jalan di kl esok. Kalau nak pergi shoppping pun carilah hari lain...
SELAMAT BERCUTI.......

No comments: