Tuesday, January 02, 2007

TERAJU d UKHWAH (2)

Penulis dan keluarga memohon maaf kepada seluruh KERABAT TERAJU kerana tidak dapat hadir ke majlis yang penuh bermakna itu. Hajat di hati sememangnya berkobar untuk hadir memandangkan sudah lama tidak berjumpa dan bertemu. Namun hakikatnya harapan tinggal harapan, kerana masalah peribadi yang belum selesai disamping beberapa perkara yang menjelma di saat-saat akhir.

Belum terlambat rasanya untuk mengucapkan Salam Aidil Adha dan Selamat Tahun Baru 2007. Harapan kami sekeluarga agar pengorbanan selama setahun dengan tidak ketentuan arah dipohon agar sinar bahagia dan keseronokan mengenal erti kehidupan bakal tercapai berkat doa kepada Ilahi agar kami dilimpahi rezeki dan ampuni segala dosa dari hambaMU yang kudus dan lemah ini.

Kepada Adinda Shafizah, walaupun ditawarkan pengorbanan untuk penulis turut serta di 'd Ukhwah', namun bukannya tidak sudi menyambut pengorbanan, tetapi tidak sampai hati saya meninggalkan keluarga yang serba kekurangan dalam menyambut Aidil Adha.

Biarlah saya juga sanggup berkorban untuk tidak hadir, demi tidak rela pengorbanan yang boleh menjejaskan kebahagian dan keharmonian sekeluarga.

Kerdil rasanya kami sekeluarga apabila kekurangan serba-serbi. Walaupun Adinda Shafizah berharap sangat kami hadir, namun dalam keadaan yang tertekan, kami sekeluarga tidak sanggup berpisah dalam menyambut Aidil Adha walaupun alasannya boleh dipertikaikan.

Akhir kalam, kerana hajat tidak dapat tertunai tidak bermakna TERAJU tidak dekat di hati. TERAJU sentiasa dalam ingatan kami sekeluarga setiap hari. Mungkin e mel dan web blog menjadi nadi penghubung bahawa darah salasilah TERAJU masih mengalir hangat dalam tubuh kami.

Terima kasih kepada kedua-dua keluarga adinda penulis dan seluruh kaum kerabat TERAJU di atas sokongan dan memahami situasi terkini kami sekeluarga.

Salam sayang dari,
KELUARGA ALONG SEPOL

1 comment:

Anonymous said...

TERAJU juga ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada penulis sekeluarga, mohon ampun dan maaf kami pinta. TERAJU kagum dengan komitmen dari semua ahli dan TERAJU tetap perihatin kepada mereka. Sesungguhnya TERAJU missed all members who were not able to attend the Aidiladha gethering recently. Walaubagaimanapun TERAJU bersyukur kpd Ilahi, kita masih bersatu dan TERAJU sentiasa berdoa kepada semua ahli termasuk penulis agar Allah s.w.t memberi sinar bahagia kepada famili kita. TERAJU juga berdoa agar kita dilimpahi keamanan, kedamaian, kebahagiaan dan rezeki yang halal serta mengampuni segala dosa kita. TERAJU berusaha menerbitkan perasaan kasih sayang sesama ahli, justeru kejayaan dan masalah sesorang ahli akan dirasa bersama. Jika terdapat sesuatu yang peribadi TERAJU hanya mampu berdoa dan bersyukur kepada Ilahi agar kehidupan dirahmati olehNya - Presiden TERAJU