Mungkin belum pernah atau jarang dilakukan oleh mana-mana keluarga di dunia ini. Hakikatnya itulah yang bakal dilakukan oleh TERAJU pada 30 Disember 2006 hingga 1 Januari 2007.
Seluruh ahli keluarga TERAJU akan berkampung di Villa Ukhwah, Taman Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur, bermula petang Sabtu 30 Disember dengan tujuan untuk menyambut Aidil Adha dan kedatangan tahun baru 2007. Rasanya tidak pernah dibuat orang merayakan Aidil Adha sambil berehat di villa yang disewa khas untuk menampung seluruh ahli keluarga dari generasi kedua sehingga ke generasi ke empat.
Itulah yang bakal dilaksanakan oleh TERAJU pada hujung minggu ini yang bertujuan untuk memperkukuhkan silatulrahim antara seluruh anggota keluarga, mempereratkan ikatan antara generasi dan bersyukur serta menginsafi makna korban yang dituntut oleh Allah.
Atas alasan itulah maka seluruh ahli TERAJU sanggup berkorban demi perpaduan dan ukhwah Islamiah meninggalkan rumah dan kampung halaman untuk berpadu tenaga merumpunkan ikatan keluarga seluruh generasi di bawah satu bumbung iaitu di Villa Ukhwah.
Kita tidak duduk dan berbual kosong sahaja selama berada di sana nanti. Banyak program telah dirangka oleh jawatankuasa khas yang ditubuhkan untuk menjayakan 'outing' kali ini penuh dengan aktiviti yang berfaedah dan meninggalkan kesan yang tidak akan dilupakan.

TERAJU akan berjemaah Maghrib dan Isyak pada hari Sabtu dengan diadakan juga majlis doa selamat. Malahan ahli TERAJU akan menggegarkan Villa Ukhwah dan persekitarannya dengan takbir raya.
TERAJU akan bergotong royong sesama sendiri untuk penyediaan makan dan minum selama berada di villa tersebut. Sudah tentu juadah wajib hari raya seperti ketupat, rendang, kuah kacang dan lontong pasti disediakan di mana seluruh ahli TERAJU berkenduri bersama-sama.
Malah pada pagi Ahad itu, TERAJU akan beramai-ramai berkonvoi ke Masjid Jamek Setapak untuk menunaikan ibadah sembahyang sunat Aidil Adha.
Untuk kanak-kanak akan diadakan pertandingan melukis dan mewarna. Pada malam sambutan tahun baru 2007 pula akan diadakan pertandingan karaoke 'mencari bintang TERAJU' dan kelainan pertandingan ini ialah diwajibkan menyanyi lagu-lagu raya sahaja.
Untuk makluman pengunjung blog ini, TERAJU yang ditubuhkan secara rasmi pada tahun 2000, adalah satu organisasi pertubuhan ahli-ahli keluarga di bawah salasilah keluarga Al Marhum Haji Rajuddin bin Haji Arshad dengan Al Marhum Hajah Kamisah binti Arshad. Ia merangkumi anak-anak Al Marhum, cucu dan cicitnya.
TERAJU mempunyai sistem dan aktiviti yang cukup terancang di mana ianya mempunyai barisan ahli jawatankuasa yang sangat aktif merangka dan menjayakan berbagai aktiviti saban tahun.
Setiap dua tahun sekali, TERAJU akan mengadakan Hari Keluarga selama tiga hari dua malam di hotel atau resort yang dipilih oleh jawatankuasanya.
TERAJU juga mempunyai lawan webnya sendiri yang telah dilancarkan oleh Pegawai Daerah Manjung semasa Hari Keluarga 2004 di Swiss Garden Resort di Lumut Perak.
Malah TERAJU juga menerbitkan newsletter tiga bulan sekali dengan nama Berita TERAJU untuk diedarkan kepada semua ahlinya.

1 comment:
Perjumpaan Aidiladha dan sambutan tahun baru 2007 di Villa Ukhwah telah berjalan dengan lancar seperti jadual. Ramai ahli hadir dan menyumbang tenaga & wang ringgit, ini menunjukkan kemuafakatan ahli TERAJU. Ramai tetamu hadir dan kagum pada TERAJU - Zainal TERAJU
Post a Comment