Monday, December 18, 2006

ANWAR IBRAHIM COMEBACK IN 2008



Anwar Ibrahim bertanding PU 2008
18-12-2006 08:24:35 AM

PETALING JAYA: Penasihat Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesahkan bahawa beliau akan bertanding pada pilihan raya umum akan datang jika ia diadakan pada 2008.
"Niat untuk bertanding pada pilihan raya adalah hak saya," katanya kepada pemberita sebelum forum "Dialog Meja Bulat Antara Muslim" anjuran Parti Keadilan Rakyat dan Yayasan Friedrich Naumann Stiftung di sini, Ahad.
Bagaimanapun, bekas Timbalan Perdana Menteri itu tidak menyatakan sama ada beliau akan bertanding atas tiket parti pembangkang atau sebaliknya.
Anwar yang menjalani hukuman penjara enam tahun kerana tuduhan sodomi dan rasuah telah dibebaskan pada September 2004.
Bulan lepas, beliau buat pertama kali telah menyatakan niatnya untuk bertanding pada pilihan raya.
Mengikut undang-undang negara ini, seorang yang telah menjalani hukuman penjara tidak dibenarkan aktif dalam politik selama lima tahun selepas dibebaskan.

No comments: