Thursday, August 31, 2006

HARI KELUARGA TERAJU 2006 (gambar keluarga dan penyanyi Jepun)

Azie dengan penyanyi undangan dari NAGOYA(textile) Jepun



Tengah setting tempat duduk

Posted by Picasa Ni baru dapat gambah penuh

Wednesday, August 30, 2006

Cerita Mawi dan Ina memalukan Melayu

 Comment my friend from Sarawak about Mawi programme in RTM and Astro.
 
Saya seorang dari suku kaum Kelabit di Sarawak dan sudah puas merantau ke seluruh pelusuk negara kerana kerja merasakan sangat malu apabila rancangan Mawi dan Ina di siarkan secara langsung dan serentak oleh Astro dan RTM. Walaupun saya bukan orang Melayu, tetapi saya sudah begelumang dengan adat dan tata susila orang Melayu hampir 30 tahun lamanya. Orang Melayu kini sangat berbeza daripada dahulu. Perubahan cara hidup dan amalan seharian sangat berubah berbanding dengan kaum lain.
   Cerita yang dipaparkan oleh tv malam semalam saya rasa tidak patut disiarkan. Mengikut berita akhbar, Astro dan RTM membuat rancangan tersebut sebagai saingan kepada TV3 yang menayangkan rancangan perkahwinan Datin Siti Nurhaliza. Dimana adap sopan dan maruah orang Melayu sehinggakan rancangan seperti itu menjadi satu siaran secara langsung?. Mungkin kerana wang ringgit daripada iklan dapat membawa keuntungan dengan menyiarkan rancangan sensasi seperti itu.
   Rancangan Mawi dan Ina itu seolah-olah memberi gambaran begitulah cara hidup orang muda Melayu sekarang yang sudah tiada segan silu dan berlapik dalam percakapan sehinggakan cerita yang tidak sepatutnya orang lain tahu sudah diberitahu ke seluruh negara. Saya nampak macam mereka berdua itu menjadi alat golongan tertentu untuk mencapai maksud mereka sendiri.
   Orang Melayu yang saya kenal sangat berbudi bahasa dan sungguh berahsia tentang soal peribadi. Cerita Mawi dan Ina ini sudah jauh sangat menyimpang dari sifat orang Melayu yang saya kenali. Malah anak-anak saya bertanya mengapa boleh keluar cerita yang personal dan adakah mereka berdua itu tidak tahu malu?.
   Ramai yang menjangkakan rancangan itu sebagai satu cara mereka itu berbaik semula. Tapi yang saya lihat ia tiada apa-apa makna dan isi cerita rancangan tersebut. Cuba kita bayangkan kalau cerita Mawi kahwin dan bercerai?. Adakah akan dibuat rancangan langsung sebegini?.
   Saya teringat anak bekas rakan sekerja saya semasa saya bertugas di Ipoh yang begitu sedih dan sugul seluruh keluarga apabila anaknya putus tunang. Mereka merahsiakan ke pengetahuan jiran-jiran sekeliling kerana malu. Setelah beberapa bulan barulah jiran dan rakan-rakan tahu cerita. Itupun rakan saya itu berlapik bercerita kerana tidak mahu menjatuhkan maruah semua pihak.
   Sekarang ini cerita Mawi ini seperti satu contoh orang Melayu sekarang sudah hilang nilai kesopanan dan menjaga maruah dalam diri mereka. Mungkin Mawi dan Ina dibayar untuk ditemuramah adalah punca rancangan itu disiarkan. Kalau ini sebabnya adakah orang Melayu sudah menjadi mata duitan sehingga lupa adap?.
   Di pasar hari ini ramai wanita Melayu menjadi pengulas tidak rasmi cerita Mawi dan Ina. Bila mendengar cerita saya menggelengkan kepala kerana mereka lebih tahu segala segi cerita daripada tuan punya badan. Macam sudah ada budaya baru menjelma walaupun sejak dulu lagi orang Melayu memang kuat mengumpat dan mengata. Kini ia lebih ketara kerana cerita seperti Mawi ini telah merangsangkan lebih ramai orang mengumpat, mengata, mengeji dan menghina. Tidakkah ini satu dosa dalam agama Islam?.
    Saya rasa eloklah di masa yang akan datang dikurangkan dan kalau boleh tidak ada lagi rancangan yang meyerlahkan runtuhnya maruah orang Melayu. Saya kagum dengan orang Melayu kerana sudah lama saya bercampur dengan orang Melayu. Rasanya 20 tahun dahulu orang Melayu lebih dihormati daripada sekarang.
   Minta maaf jika menyinggung mana-mana pihak. Saya bercakap sebagai orang luar dari Melayu dan bersahabat dengan orang Melayu.
Selamat Hari Merdeka.
 
 

MAWI - INA DIPERBODOHKAN OLEH STESEN TV

MAWI - INA DIPERBODOHKAN OLEH STESEN TV
 
Seluruh negara malam semalam tertumpu di hadapan tv masing-masing untuk menonton satu lagi fenomena baru di dalam industri penyiaran negara. Stesen TV3 menghidangkan majlis persandingan Siti Nurhaliza dengan Datuk K. Dengan penuh angkuh dan sombong, TV3 yang bangga mendapat hak siaran eksklusif dari pihak  pengantin semenjak majlis pernikahan lagi telah berjaya membunuh saingannya iaitu Astro dan RTM.
   Angkuhnya TV3 sehinggakan stesen lain dan wartawan hanya dibenarkan mengambil gambar pada petang majlis persandingan dan liputan hanya dibuat di luar dewan jamuan dengan menghadap skin besar yang disediakan.
   Gelagat TV3 itu sebenarnya sudah dapat di baca oleh stesen tv lain. Maka tidak hairanlah Astro dan RTM bekerjasama buat pertama kalinya menyiarkan siaran langsung temubual antara Mawi dan bekas tunangnya Ina.
   Dalam perniagaan persaingan sebegini amat sihat kerana negara kita mengamalkan kebebasan berniaga dengan syarat memenuhi keperluan dan kehendak perundangan negara. Semua stesen tv sama ada swasta atau kerajaan memang inginkan rancangan mereka menjadi tontonan dan digemari ramai.
   Namun dalam ghairah mengejar populariti dan bersaing stesen mana yang paling ramai ditonton, apakah sanggup mengadaikan maruah dan air muka seseorang?. Selain faktor keghairahan bersaing untuk mengumpan penonton, stesen tv juga telah memperalatkan dua orang muda ini yang masih mentah dalam mengenal erti kehidupan supaya mengikut telunjuk dan terlibat dalam perang stesen tv ini. Apakah wajar kita mempertontonkan dua orang muda ini yang dalam kebingungan dan serba salah dengan membongkarkan kisah silam mereka semasa mengecapi alam percintaan pertunangan?.
   Bagi Mawi ia tidak dapat mengelak arahan dari majikannya untuk muncul dalam rancangan yang sedikit sebanyak mengaibkan maruahnya. Bagi Ina pula, seorang gadis kampung yang baru merasa erti kehidupan penuh ranjau di kota, taburan wang ringgit sanggup diutamakan walaupun maruah dan nilai kesopanan sebagai gadis Melayu diperdagangkan oleh stesen tv. Umpan wang ringgit kepada golongan muda ini telah mengaburi nilai dan maruah dan sanggup pula digadaikan demi kemewahan.
   Kelemahan dua budak kampung ini yang menjadi glamor seperti mee segera ini telah dipergunakan oleh berbagai pihak untuk mengaut keuntungan tanpa memikirkan maruah dan harga diri dua orang muda itu. Apakah stesen tv berkenaan berani membuat rancangan sebegini jika diandaikan dua anak muda itu anggpta keluarga mereka atau kakitangan mereka?.
   Mawi dan Ina sebenarnya telah diperbodohkan oleh stesen tv berkenaan demi mengejar keuntungan dan menjaga maruah stesen tv terbabit. Mawi-Ina diperbodohkan dan menjadi seperti lembu yang dicucuk hidung gara-gara perang stesen tv yang berpunca dari kesombongan TV3 yang telah mendapat hak penyiaran persandingan Siti-Datuk K. Hasad dengki dalam perniagaan dan risau stesen tv mereka tidak ditonton oleh orang ramai menyebabkan Astro dan RTM boleh bekerjasama sedangkan semua orang tahu Astro amat sombong juga sebagai stesen tv berbayar yang paling diminati dan ramai pelanggannya.  
   Inilah fenomena baru stesen tv  di negara kita. Selepas ini jangan terkejut akan ada rancangan seperti ini tetapi topiknya mungkin pertemukan dua artis yang telah bercerai pula. atau pun mempertemukan dua artis yang bergaduh berebut seorang jantan.
   Jika Siti tidak berkahwin, saya rasa tiada rancangan mempertemukan Mawi dan Ina. Juga jika tidak kerana putus tunang, Ina tidaklah seglamor sebegini dan masih lagi bekerja di kilang.
   Mungkin selepas beberapa tahun lagi apabila Mawi dan Ina telah melalui proses pendewasaan dan kematangan dalam hidup akan menyedari bahawa diri mereka telah dipergunakan oleh pihak tertentu. Semuanya hendak mengejar glamor dan publisiti. Inilah Melayu Baru dan Melayu Glokal yang telah mula mengenepikan nilai murni orang Melayu dan hidup bersopan santun dan berbudi pekerti. Seolah-olah ada double standard di antara laungan kerajaan dan pihak swasta.
   Lebih malang lagi pengakhir cerita pertemuan Mawi dan Ina itu tidak ada apa-apa pun sebenarnya. Yang ada hanyalah dua badut orang muda yang menjadi seperti lembu yang diperbodohkan oleh stesen tv. Cerita ini tidak akan habis sebegini sahaja dan akan menjadi topik perbualan semua pihak berbulan-bulan lamanya. Siapakah dalang yang cuba melalaikan rakyat dengan disogokkan isu murahan yang sesungguhnya melekakan terutamanya golongan muda?.     
   Apakah ini sebenarnya kemerdekaan atau kebebasan mutlak yang telah kita kecapi selama 49 tahun di mana sudah boleh melontarkan nilai kemanusiaan dan adat sopan semata-mata kononnya sekarang ini zaman alaf baru dan Melayu sudah maju?. Jika setakat maju dalam perniagaan sehingga sanggup menggadaikan maruah dan jati diri, apa maknanya?.
   Semakin maju orang Melayu semakin terserlah nilai keruntuhan akhlak. Mungkin selepas ini akan ada siaran langsung pengakuan pasangan gay atau lesbian untuk tontonan semua. Ataupun pengakuan mengapa seseorang itu keluar dari Islam?. Cerita sensasi dan glamor seperti ini akan menarik minat saingan di pihak stesen tv demi mengejar keuntungan. 
  

Send instant messages to your online friends http://uk.messenger.yahoo.com

Tuesday, August 22, 2006

GERAKAN PULAU PINANG SUSAH JIKA MELAYU TIDAK TOLONG

GERAKAN PULAU PINANG SUSAH JIKA MELAYU TIDAK TOLONG
 
Kebelakangan ini sememangnya banyak sebab mengapa orang Melayu Pulau Pinang terutamanya ahli UMNO marah terhadap Ketua Menteri mereka. Polemik hak keistimewaan dan maruah orang Melayu semacam dicabar-cabar oleh Ketua Menteri Pulau Pinang. Ditambah pula dengan sokongan dari Presiden Gerakan yang seolah-olah seperti anak didiknya tidak boleh ditegur.
 
Media cetak berbahasa Inggeris terus memainkan isu ini dan mereka seperti mempersendakan orang Melayu Pulau Pinang. Apakah kerana sudah memerintah sebuah negeri begitu bongkak dan lantang suaranya kepimpinan Gerakan yang seolah-olah mereka sahaja yang mengamalkan politik paling bersih di negara ini dan memberikan gambaran orang UMNO sudah ketandusan idea.
 
Lebih lantang sekali apabila beberapa kenyataan yang bermaksud seperti orang Melayu Pulau Pinang tidak bersyukur tentang apa yang mereka nikmati sedangkan hakikatnya Melayu Pulau Pinang masih tercari-cari siapakah yang akan mengembalikan maruah mereka.
 
Orang Cina di Pulau Pinang sebenarnya banyak terhutang budi kepada sikap toleransi orang Melayu. Akibat terlampau berlebih kuranglah isu orang Melayu sampai ke kemuncaknya apabila Perwakilan Pemuda UMNO Nibung Tebal mengusulkan jawatan Ketua Menteri digilirkan antara komponen Barisan Nasional.
 
Eloklah pemimpin Gerakan membaca pendapat saya di bawah ini agar fikiran mereka lebih terbuka dan mengakui hakikatnya tanpa bantuan orang Melayu mereka tidak akan mendapat kuasa eksekutif yang begitu besar dan berkuasa memerintah sebuah negeri yang berkembang maju.
 
Saya mengambarkan sikap pemimpin Cina yang sedang memerintah sebuah negeri ini sebagai contoh yang mewakili sikap dan gaya kepimpinan orang Cina apabila mereka mendapat kuasa. Kuasa yang ada akan digarapkan dengan peluang perniagaan yang mendatangkan keuntungan kerana itulah matlamat sebenar mereka berpolitik.
 
Apabila membaca buku karya Lynn Pan berjuduk " Son of the Yellow Emperor : The Story of the Overseas Chinese " (1990), beliau menceritakan tentang sejarah berjuta rakyat China yang sanggup meninggalkan negara China dengan penuh harapan untuk mencari impian penghidupan baru yang lebih baik di luar negara mereka. Malangnya impian indah menjadi mimpi ngeri dan sengsara yang ditanggung bukannya disebabkan oleh penduduk asal negara yang mereka berhijrah, tetapi disebabkan penjajah Barat yang menjajah di negara tersebut seperti orang Sepanyol di Filipina, orang Belanda di Pulau Jawa, orang British di Malaya dan orang Amerika di California.
 
Apabila melihat masih ada lagi rusuhan kaum yang berlaku di dunia kini termasuk di negara maju, orang Cina di Malaysia sepatutnya bersyukur menjadi warganegara Malaysia. Perlu juga diakui bahawa negara ini adalah yang terbaik untuk diduduki dan kerajaan telah berjaya mentadbir dengan cekap dan berhemah.
 
Sebelum Dasar Ekonomi Baru (DEB) dilancarkan pada tahun 1971, tanggapan usahawan Cina terhadap orang Melayu adalah negatif dalam membicarakan tentang perniagaan. Mereka kerap menganggap "Melayu tidak pandai berniaga", Melayu hanya tahu belanja tanpa fikir untung", dan "Melayu malas bekerja".
 
Pada peringkat awal DEB, usahawan Cina sudah mula membuka sedikit ruang perniagaan kepada orang Melayu. Tetapi kehadiran orang Melayu lebih kepada tidak boleh dipercayai, dan usahawan Cina mula mengatakan usahawan Melayu "sudah lebih", "Melayu kedekut", dan "mereka suka rasuah". Mereka mula iri hati apabila penyertaan Bumiputera lebih terarah dengan bantuan kerajaan. Mereka beranggapan usahawan Melayu tidak boleh berjaya dengan sendirinya tanpa bantuan usahawan Cina.
 
Cuba kita bayangkan jika DEB tidak diperkenalkan?. Apakah mungkin orang Cina dapat selesa seperti sekarang?. Walaupun ramai yang menentang DEB selama 20 tahun itu, tetapi ia sebenarnya meningkatkan penguasaan orang Cina dalam perniagaan di dalam suasana aman. Jika tidak kerana kebijaksanaan pemimpin kerajaan dan cendikiawan ekonomi orang Melayu yang merancang DEB, nescaya marak 13 Mei masih berlanjutan dan mungkin mengakibatkan orang Cina tawar hati untuk berniaga kerana huru hara.
 
Jika anda berada di dalam sebuah syarikat perniagaan Cina, perkara wang suapan atau memberi rasuah adalah perkara biasa sebenarnya. Untuk merealisasikan suatu transaksi perniagaan, usahawan Cina kerap memberi wang suapan kepada seseorang. Penerima suapan tidak mengira agama, bangsa, pangkat dan darjat. Ini bermakna pada mereka sesiapa sahaja yang berkaitan dengan perniagaan mereka, wang suapan atau "duit kopi" adalah suatu kemestian. Adakah ini budaya mereka dan siapakah pengajar rasuah sebenarnya terutama dalam perniagaan?.
 
Tanpa toleransi dan muhibah dari orang Melayu, tidak mungkin orang Cina dapat bekerja kuat untuk mengembangkan perusahaan dan perniagaan dengan cukup baik dan menempa kejayaan dalam perniagaan mengatasi orang Melayu.
 
Orang Cina juga berharap soal politik negara antara Melayu dan Cina sepatutnya sama rata dan tiada keistimewaan hak. Ada segelintir yang tertekan dan kecewa dan berhijrah ke luar negara kononnya ingin mencari kebebasan dan persamaan hak. Malangnya mereka juga ditindas dengan lebih teruk terutamanya yang berhijrah ke Australia dan Canada. Di dalam negara pula mereka terpaksa berdiam diri kerana mereka lebih mementingkan faktor wang dan perniagaan. Atas alasan mereka inilah Malaysia stabil perpaduan kaumnya.
 
Jika kita melihat orang Melayu menjadi pemandu kepada seorang jutawan Cina, itu perkara biasa. Tetapi jika kita melihat orang Cina menjadi pemandu kepada orang Melayu, itu sangat luar biasa. Bagi orang Cina ini amat mustahil boleh terjadi kerana mereka telah ada pegangan di dalam diri mereka yang sudah disemai sejak kecil bahawa orang Melayu tidak layak menjadi "tuan" mereka. Itu sebabnya pekerjaan di sektor awam, polis dan tentera amat kurang sekali orang Cina bekerja. Tetapi di negara pemerintahnya kaum mereka, seperti Singapura, tidak timbul pula masalah bekerja di sektor awam, malah pekerjaan di sektor awam Singapura paling mendapat sambutan apabila ada kekosongan.
 
Colin Abraham, bekas Profesor Bersekutu Sosiologi, Universiti Sains Malaysia, dalm satu kertas kerjanya bertajuk " Immigrant Chinese Society ", berkata, orang Cina di Malaysia sepatutnya berterima kasih kepada kerajaan kerana memberikan keistimewaan dan dan keutamaan kepada Bumiputera dalam pelbagai sektor ekonomi negara kerana hasilnya orang Cina juga mendapat peluang perniagaan walaupun terdapat dakwaan projek di Ali Baba kan oleh orang Melayu. Ini kerana budaya perniagaan Cina tidak memikirkan sangat siapakah yang mendapat peluang, asalkan mereka juga mendapat peluang dari orang Melayu dan yang penting untung.
 
Dalam senyap-senyap sebenarnya orang Cina berkehendakan persamaan hak dan keistimewaan di negara ini. Mereka mahu pemberian lesen, kuota perniagaan dan agihan saham mestilah sama rata tanpa mengira kaum.
 
Budaya Cina lebih bersikap terbuka apabila ditimbulkan isu politik dan ekonomi. Orang Cina akan bersifat defensif dan merasakan lebih baik jangan diberi peluang dan ruang walaupun seinci kepada orang Melayu, jika tidak Melayu akan mengambilnya semua. Itulah sebab isu sekolah aliran Cina begitu dipertahankan dan mereka bersatu menangani isu ini. Merasakan kedudukan mereka tergugat, mereka lebih mengukuhkan bangsa mereka melalui faktor budaya.
 
Thomas Sowell, warga kulit hitam Amerika dalam bukunya, "Preferential Policies: An International Perspective" (1990), telah menjalankan kajian di negara India, Nigeria, Sri Lanka, Amerika Syarikat dan Malaysia berkaitan dengan hak minoriti dan diskriminasi. Beliau berkata orang Cina di Malaysia sungguh bernasib baik jika dibandingkan dengan orang Cina di negara lain. Sebagai kaum yang bukan majoriti, Cina Malaysia masih dapat diterima oleh kaum majoriti Melayu. Sebabnya pendirian tegas orang Cina di dalam soal pendidikan dan ekonomi di samping sikap orang Melayu yang mudah bersimpati.
 
Orang Cina pun ada juga dilema kaumnya. Mereka mengakui hakikat Melayu memang ada kelebihan dan keistimewaan sebagai Bumiputera dan mereka juga patuh kepada perlembagaan negara. Akan tetapi mereka menganggapkan sektor ekonomi adalah seperti gelanggang terbuka. Jika terlampau ramai sangat yang mengganggu permainan di gelanggang tersebut, akan mengakibatkan pemain-pemain tawar hati yang akan mengakibatkan gelanggang itu tinggal kosong.
 
Mereka juga takut politik orang Melayu bersatu di bawah satu parti sahaja. Ini akan mengakibatkan tekanan kepada orang Cina yang akan mengecilkan suara mereka di dalam kerajaan. Jika UMNO, PAS dan Keadilan bersatu, mereka cukup takut sekali. Penyelamat dilema mereka ini adalah UMNO sebenarnya, parti orang Melayu yang terbesar.
 
Satu kajian oleh United State Institute of Peace bertajuk "Minorities at Risk : A Global View of Ethnopolitical Conflicts (1993), telah dijalankan terhadap 200 orang ahli politik di seluruh dunia berkaitan diskriminasi golongan minoriti dalam sektor ekonomi. Penilaian dibuat dengan skala empat mata. Satu mata menunjukkan paling teruk diskriminasi dan empat mata menunjukkan tiada diskriminasi dan perpaduan tinggi.
 
Kajian tersebut menunjukkan orang Cina Malaysia mendapat 4 mata dan Melayu Singapura mendapat 2 mata. Penjelasan untuk orang Cina Malaysia ialah polisi kerajaan yang cemerlang disamping agihan dan peluang ekonomi yang seimbang yang boleh dinikmati oleh semua kaum. Manakala Melayu Singapura pula, tiada amalan perpaduan dan sosial antara kaum dan juga tiada polisi kerajaan untuk membantu golongan minoriti terutamanya peluang ekonomi.
 
Fikirkanlah keistimewaan Cina dibawah negara majoriti Melayu dan bandingkanlah dengan apa yang terjadi kepada Melayu yang menjadi minoriti di negara majoriti Cina.
 
Ye Lin-Sheng dalam bukunya " Cultural Crossing", (East West Publising Australia - 2003), memberi pendapat orang Cina Malaysia sememangnya ada dilema. Apabila mereka berada di luar negara, mereka akan mengaku bahawa mereka orang Malaysia dan sebagai orang Cina menjadi petunjuk kedua. Tetapi di dalam negeri, mereka mengutamakan dan lebih-lebih mengaku mereka orang Cina dan sebagai orang Malaysia menjadi petunjuk kedua.
 
Kata-kata seperti "Melayu Tolong Melayu", "Melayu Perlu Contoh Kaum Cina", dan "Melayu Sukar Tolong Melayu" sebenarnya telah menonjolkan lagi kelemahan orang Melayu jika hendak dibandingkan dengan orang Cina. Kadang-kadang dalam perniagaan perlu diketepikan seketika sopan santun dan faktor simpati. Kita kena garang dan "berhati kering" jika kita tidak mahu orang tolong kita.
 
Malukah atau suatu kesalahan besarkah jika kita dengan tegas berkata Melayu juga pandai berniaga tanpa pertolongan sesiapa dan sebab itulah kaum Cina dalam dilema jika orang Melayu tidak membantu mereka. Hebat tak orang Melayu?.
 
Kesimpulannya Melayu Pulau Pinang perlu bersatu. Walaupun tuntutan jawatan Ketua Menteri tidak menjadi, gunakanlah kuasa politik yang kita ada untuk mendesak Ketua Menteri Pulau Pinang supaya lebih adil di dalam pengagihan kekayaan di Pulau Pinang agar Melayu tidak merempat di negeri sendiri. 


Bosan dengan spam? Mel Yahoo! memiliki perlindungan spam yang terbaik
http://my.mail.yahoo.com/

FAX perlu segera tunaikan janji untuk elak cemuhan rakyat Sarawak

FAX perlu segera tunaikan janji untuk elak cemuhan rakyat Sarawak
 
Apabila Fly Asian Xpress (FAX) mengambil alih perkhidmatan penerbangan di kawasan luar bandar (RAS) untuk sektor Sabah dan Sarawak daripada Penerbangan Malaysia (MAS) pada 1 Ogos lalu, ramai yang berkeyakinan syarikat yang dibayangi Air Asia ini akan memberikan perkhidmatan yang lebih cemerlang berbanding sebelumnya.
 
Namun harapan dan impian yang tinggi penduduk pedalaman Sabah dan Sarawak menjadi luntur apabila perkhidmatan yang ditawarkan lebih kelam kabut daripada MAS. Sehinggakan ada yang memberikan pandangan supaya MAS mengambil balik perkhidmatan RAS daripada FAX kerana syarikat baru tersebut sangat lemah dalam perkhidmatan dan pengendalian penumpang dan kargo.
 
Pada pandangan saya, jika FAX masih belum bersedia mengambil alih perkhidmatan penerbangan tersebut, tangguhkan dahulu sehingga betul-betul bersedia. Apabila masalah timbul yang menyebabkan kerajaan negeri Sarawak amat marah, ia sebenarnya memalukan Bumiputera secara keseluruhannya kerana begitu gopoh dalam mengejar peluang dan keuntungan perniagaan.
 
Walaupun pengurusan FAX berkata mereka terikat dengan perjanjian dengan MAS, ia sebenarnya hanyalah janji bertulis dan perlulah juga mengutamakan keupayaan sebenar FAX dalam urusan pengambil alihan perniagaan. Tidak malu dan mencemar nama jika FAX masih belum mampu mengendalikan perkhidmatan RAS dan menangguhkan dahulu sehingga benar-benar yakin dan penuh keupayaan dalam perniagaan penerbangan.
 
Jika sebelum ini FAX begitu berkobar-kobar dan "down grade" kan perkhimatan yang dilakukan oleh MAS, sekarang ini seolah-olah seperti "paku dulang paku serpih, mengata orang dia yang lebih". Apa yang dapat dilihat sebenarnya FAX tidak menjalankan kajian yang terperinci sebelum mengambil alih tugasan MAS tersebut.
 
Di dalam memberikan perkhidmatan RAS, tanggung jawab sosial sebenarnya melebihi daripada mengejar keuntungan semata-mata. Itulah peranan yang dimainkan oleh MAS selama ini yang mendapat pujian daripada penduduk pedalaman Sarawak dan Sabah. Itulah juga yang diharapkan oleh penduduk Bario dan Baram di Sarawak. Setelah sekian lama mereka tiada masalah penghantaran dan penyerahan kargo, tiba-tiba FAX mengatakan mereka masih tiada lagi perkhidmatan kargo. Inilah yang dinamakan kurang kajian terperinci sebelum mengambil alih daripada MAS. Bagaimana perkara seperti ini boleh berlaku?.
 
Mungkin sikap FAX sendiri yang memandang rendah MAS, mengakibatkan mereka terlupa keperluan asas pengendalian penerbangan di kawasan pedalaman. Mengapa baru sekarang menyedari bahawa pesawat Twin Otter dan Fokkernya tidak mempunyai kombi yang menjadi punca sebenar khidmat kargo gagal disediakan. Mengapa tidak belajar dan mengikut spesifikasi teknikal pesawat MAS sebelum mengambil alih perniagaan?.
 
Tidak menepati jadual penerbangan yang sentiasa lewat menyebabkan Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak melenting kerana ia juga mengakibatkan gangguan kepada tugas kakitangan kerajaan. Ini sedikit sebanyak telah membantutkan usaha pembangunan kerajaan di kawasan pedalaman. 
 
Akibat tidak menepati jadual penerbangan juga, ramai guru dan pelajar di SMK Bario, SK Long Lellang, SK Long Seridan dan SK Pa' Dalih lewat menerima bekalan makanan dan ubatan kerana bekalan tersebut kini dihantar menggunakan jalan darat akibat ketiadaan perkhidmatan kargo oleh FAX. Perlu diingat sekolah-sekolah tersebut adalah sekolah berasrama desa yang disediakan oleh kerajaan akibat masalah perhubungan pelajar-pelajar yang sangat jauh dari rumah mereka untuk tiba ke sekolah awal.
 
Apakah Ketua Pegawai Eksekutif FAX, Raja Mohd. Azmi Raja Razali tidak menjalankan kajian secara menyeluruh dan mendekati masyarakat pedalaman Sarawak dan Sabah terlebih dahulu sebelum mengambil alih daripada MAS?. Ini kerana kenyataan beliau bahawa penghantaran bekalan makanan ke Bario dan Baram boleh dilakukan melalui jalan darat jelas menunjukkan amat cetek sekali pengetahuan am beliau terhadap pedalaman Sarawak yang kini menjadi sumber pendapatan syarikatnya.
 
Untuk makluman Raja Mohd. Azmi, proses penghantaran bekalan makanan dari Miri ke Bario terpaksa mengambil masa kira-kira 16 jam perjalanan dengan melalui jalan balak dan sungai. Ia mengambil masa 14 jam perjalanan dari Miri ke Pa' Barang melalui jalan balak dengan menggunakan pacuan empat roda. Perjalanan diteruskan dengan melalui sungai selama kira-kira satu jam menggunakan perahu untuk sampai ke hulu Sungai Baram. Ditambah lagi 30 minit perjalanan jalan balak untuk sampai ke Bario. Perkhidmatan penerbangan dari Miri ke Bario dengan menggunakan pesawat Twin Otter hanya memakan masa 50 minit sahaja berbanding 16 jam dengan jalan darat dan sungai.
 
Masalah FAX adalah kerana perancangan yang dibuat tidak mengikut kehendak realiti masyarakat setempat. Walau banyak mana pun pesawat ditambah tetapi ia tidak memenuhi kehendak pelanggan, tidak berguna juga. Subsidi yang diberikan oleh kerajaan semasa pengambil alihan daripada MAS hendaklah dimanfaatkan kepada penduduk dan pengguna perkhidmatan FAX dengan sebenar-benarnya. Kita tidak mahu FAX mengambil kesempatan daripada subsidi yang diberikan oleh kerajaan dengan mengabaikan tanggungjawab sosialnya terhadap masyarakat pedalaman Sabah dan Sarawak.
 
Janganlah hanya memikirkan sektor penerbangan yang boleh menjana keuntungan segera seperti sektor Miri - Labuan dan Bintulu - Sibu sehingga terlupa pesawat Twin Otter nya tidak mempunyai kombi untuk membawa kargo ke kawasan pedalaman. Tempoh penerbangan Miri - Sibu dan Miri - Bario adalah sama iaitu 50 minit. Namun tambangnya adalah berbeza iaitu Miri - Sibu RM25 sehala dan Miri - Bario RM13 sehala. Sektor Miri - Bario lebih murah kerana subsidi yang diberikan oleh kerajaan. Namun begitu subsidi tersebut janganlah digunakan untuk meraih keuntungan sektor yang lebih aktif dan meminggirkan sektor pedalaman.
 
FAX jangan segan dan malu untuk belajar daripada MAS cara-cara mengendalikan perkhidmatan RAS. Pengalaman berpuluh tahun MAS mengendalikan RAS di Sabah dan Sarawak wajar dimanfaatkan oleh FAX. Ketepikanlah seketika ego perniagaan masing-masing demi memberikan perkhidmatan yang cemerlang kepada penduduk Malaysia di pedalaman. Pengorbanan tanggungjawab sosial FAX akan dihargai jika perkhimatan yang diberikan bagus dan terurus.


Kini dengan simpanan sebanyak 1GB
http://my.mail.yahoo.com/

Sunday, August 20, 2006

PENGETAHUAN DAN CARA KIBAR JALUR GEMILANG SUDAH PUPUS

PENGETAHUAN DAN CARA KIBAR JALUR GEMILANG SUDAH PUPUS
 
Bendera Malaysia telah diisytiharkan sebagai nama Jalur Gemilang pada 30 Ogos 1997 jam 11.58 malam di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur. Semenjak dari itu bendera negara dikenali dan dipanggil Jalur Gemilang.
 
Sejarah Jalur Gemilang bermula apabila akhbar The Malay Mail mengelolakan pendapat umum terhadap tiga reka bentuk yang terpilih di peringkat akhir pertandingan mereka bentuk bendera Persekutuan Tanah Melayu yang dianjurkan oleh Majlis Perundangan Persekutuan pada tahun 1949.
 
Pada 28 November 1949, majoriti orang ramai memilih reka bentuk ketiga ciptaan seorang pekerja Jabatan Kerja Raya Johor yang bernama Mohamad bin Hamzah. Reka bentuk tersebut telah dibuat beberapa pindaan dan telah mendapat perkenan Mesyuarat Majlis Raja-Raja pada 23 Februari 1950.
 
Pada 19 Mei 1950, kerajaan British telah meluluskan reka bentuk bendera tersebut, sama seperti Jalur Gemilang sekarang. Cuma bezanya pada masa itu ia mempunyai 11 jalur merah putih. Bendera Persekutuan Tanah Melayu dikibarkan secara rasminya pada 26 Mei 1950 di perkarangan Istana Sultan Selangor yang dihadiri oleh semua Raja-Raja Melayu dan wakil kerajaan British.
 
Itulah sejarah bermulanya Jalur Gemilang yang kita kibarkan pada hari ini. Bendera berkait rapat dengan semangat patriotik dalam mempertahankan maruah bangsa, agama dan negara. Pujangga pernah berkata, "bendera adalah suatu perkara yang mudah iaitu tidak lebih daripada secebis kain berwarna. Walaubagaimanapun kerananya manusia sanggup bermati-matian".
 
Sejauhmana kita menghargai bendera Jalur Gemilang sebagai suatu lambang kewujudan dan kedaulatan negara kita?. Sejauhmana pula pengetahuan dan sikap kita mengenai hak mengibarkan bendera, cara-cara mengibar, susunan pengibaran Jalur Gemilang, dan juga cara menghormati bendera?.
 
Masih ramai yang teringat untuk mengibarkan Jalur Gemilang hanya apabila tiba musim bulan kemerdekaan sahaja. Tiada usaha untuk mengibarkan bendera negara dan negeri pada hari-hari biasa selain sambutan kemerdekaan. Itupun setelah ditegur oleh pihak kerajaan.
 
Kebanyakan daripada kita sama ada di jabatan kerajaan, pihak swasta, sekolah, institusi pengajian tinggi dan orang perseorangan mengibarkan Jalur Gemilang di atas tiang sejak dari mula bendera itu di pasang sehingga bendera itu usang, reput dan lusuh.
 
Kebanyakan mengibarkan bendera pada bulan sambutan kemerdekaan dan akan membiarkan bendera itu di makan hujan dan panas sehinggalah sambutan merdeka di tahun hadapan. Walaupun ada pejabat dan premis menetapkan individu tertentu menaik dan menurunkan bendera, tetapi bilangannya amat kecil sekali. Dimanakah semangat kita terhadap bendera negara kita sendiri?.
 
Tindakan perlu diambil oleh pihak yang berkuasa untuk mengeluarkan suatu garis panduan dan rujukan seluruh rakyat Malaysia khususnya kepada jabatan kerajaan, pihak swasta, sekolah dan orang ramai sendiri sebagai bertujuan memberikan kefahaman dan penyeragaman pengibaran Jalur Gemilang.
 
Tujuannya adalah untuk meyemarakkan lagi semangat patriotik, perasaan bangga, menghormati, memuliakan serta cinta dan taat setia kepada negara. Penghormatan kepada bendera kita seharusnya dijadikan iltizam setiap warganegara untuk mendaulatkan negara.
 
Sedih apabila melihat bendera  dikibarkan sudah lusuh warnanya dan seolah-olah tiada keprihatinan pemilik bangunan atau premis berkenaan untuk mengambil berat tentang bendera negara. Walaupun mungkin ada yang berpendapat itu soal remeh, namun pandangan orang luar akan membuat tafsiran bahawa rakyat negara ini tidak ada semangat patriotik dan cinta terhadap negara. Ini sedikit sebanyak mencalarkan imej negara.
 
Pujian harus diberikan kepada Hotel Naza Melaka kerana telah memperkenalkan inisiatif sendiri di dalam kaedah mengibar dan menurunkan Jalur Gemilang. Menurut Eksekutif Front Officenya, sudah menjadi rutin harian sejak beberapa tahun dahulu pekerjanya mengibarkan Jalur Gemilang pada waktu pagi dan menurunkannya tepat jam 7 petang. Penghormatan dan kaedah pengibaran Jalur Gemilang hotel ini sepatutnya menjadi contoh kepada premis perniagaan dan jabatan kerajaan. 
 
Surat Pekeliling Am Bil. 3 Tahun 1994 yang dikeluarkan oleh Kerajaan Persekutuan menetapkan supaya bendera dikibarkan dan diturunkan di bangunan-bangunan kerajaan mengikut waktu pejabat biasa, dan di sekolah-sekolah mengikut waktu bermula kelas pertama dan menurunkannya selepas kelas terakhir tamat, namun arahan ini masih ramai yang tidak mematuhinya.
 
Eloklah dicadangkan waktu pengibaran Jalur Gemilang mengikut amalan tradisi di dalam Angkatan Tentera Malaysia iaitu dikibarkan mulai pukul 7 pagi dan diturunkan pada pukul 7 petang.
 
Pemilik premis dan bangunan sama ada pihak kerajaan atau swasta haruslah lebih peka dan bertanggungjawab di dalam soal pengibaran Jalur Gemilang ini. Amat buruk pada pandangan mata apabila melihat bendera negara sudah koyak rabak, lusuh malah cara pengibarannya pun tidak betul, tetapi bangunan dan premis berkenaan sangat cantik dan bersih pula. Sememangnya kontra dengan keadaan bendera yang sudah seperti kain buruk tetapi bangunan begitu cantik dipandang.
 
Sikap bertanggung jawab mestilah dipupuk di setiap hati warganegara Malaysia di dalam soal menghargai dan menghormati bendera negara. Janganlah terjadi seperti beberapa tahun dahulu seorang model bergaya di dalam majalah dengan tubuh disaluti Jalur Gemilang dengan aksi yang seksi.
 
Setiap warga Malaysia perlu tahu dimana kedudukan dan keutamaannya bendera negara. Janganlah mencemarkan imej Jalur Gemilang sebagai bendera kebanggaan rakyat Malaysia. 


Kini dengan simpanan sebanyak 1GB
http://my.mail.yahoo.com/

Tuesday, August 15, 2006

PERANGI JENAYAH RAGUT PERLU PENGORBANAN ORANG RAMAI

PERANGI JENAYAH RAGUT PERLU PENGORBANAN ORANG RAMAI
 
Jenayah ragut kini semakin berleluasa di mana-mana sahaja, tidak kira di bandar mahupun di kampung. Agak sukar sebenarnya untuk membenteras penjenayah ragut ini kerana kita tidak tahu bila akan berlaku dan siapa yang akan melakukannya. Mengharapkan anggota polis sahaja untuk membenterasnya amatlah tidak adil sama sekali. Ini kerana tiada siapapun akan tahu bila jenayah ini akan berlaku. Silap hari, kita sendiri yang kena ragut walaupun kita telah ditanamkan sikap berhati-hati untuk mengelak dari berlaku.
 
Bagi penjenayah dan sesiapa sahaja yang gemar melakukan kejahatan, ragut adalah "kerja yang paling mudah dan menguntungkan dalam sekelip mata sahaja". Apa tidaknya, dengan beberapa saat sahaja, dompet, telefon bimbit atau beg tangan telah berjaya dilarikan oleh peragut. Sedikit atau banyak "hasil ragut" bergantung kepada nasib. Itu sebabnya peragut boleh membuat "kerja mudah" ini berulang kali dalam sehari. Sekali berjaya akan menyebabkan mereka "gian" untuk melakukannya lagi.
 
Yang menjadi mangsa ialah kita sendiri. Walaupun kita sering berhati-hati, namun peragut yang tidak berhati perut ini tidak mengenal mangsa. Mereka melihat situasi yang sesuai dan "keputusan" dibuat dalam sekelip mata sahaja untuk menjalankan kerja yang terkutuk ini. 
 
Pelaku jenayah ragut semakin menjadi-jadi kebelakangan ini. Tidak dinafikan mereka ini adalah golongan yang tidak mempunyai pekerjaan tetap dan kebanyakannya juga terbabit dengan penyalahgunaan dadah. Cara mudah pada mereka untuk mendapatkan wang untuk membeli dadah ialah meragut. Ada juga peragut yang melakukan jenayah ragut semata-mata kerana inginkan wang lebih untuk membeli barangan berharga kerana gaji yang diterima setiap bulan kecil, sedangkan nafsu kebendaan mereka sangat besar.
 
Statistik jenayah ragut dalam enam bulan pertama tahun ini secara puratanya 26.33 kes sehari amat mengejutkan dan membimbangkan. Data ini diperolehi dari sejumlah 4,766 kes dalam tempoh yang sama. Jumlah ini direkodkan adalah berdasarkan laporan polis yang dibuat oleh mangsa jenayah ragut. Yang tidak melaporkan kepada polis tidak dinafikan banyak juga. Kesimpulannya jenayah ini meningkat saban tahun.
 
Lebih menyedihkan jenayah ragut kini melibatkan pula jenayah kekerasan dan kematian. Sungguh sedih mendengar berita apabila mangsa ragut terbunuh akibat mempertahankan barangan miliknya dari diragut oleh penjenayah. Peragut kini seolah-olah sudah dirasuk hantu apabila sanggup membunuh walaupun diketahui barangan yang diragut tidak setimpal dengan "kerja" yang dilakukan. Mereka seolah-olah sudah terdesak sehinggakan sanggup membunuh kerana sebuah telefon bimbit dan wang seratus ringgit. Inilah yang terjadi kepada pelajar Kolej Tunku Abdul Rahman yang terbunuh selepas ditetak dengan parang.
 
Semua pihak perlu memainkan peranan di dalam membenteras jenayah ragus yang semakin mengganas sekarang. Mungkin pendapat "apa faedahnya menjaga tepi kain orang" perlu dihakis dalam konteks memerangi jenayah ragut ini. Kita kena prihatin dan membantu apabila berlaku jenayah ragut di hadapan mata kita. Mungkin ada yang berkata kita mungkin menempah maut apabila hendak membantu mangsa ragut kerana penjenayah mungkin bersenjata. Kita boleh memberhentikan kenderaan dan membunyikan hon apabila nampak peragut sedang melakukan "kerjanya". Cara ini akan membuatkan penjenayah itu tergesa-gesa meninggalkan tempat kejadian.
 
Bantuan dengan mengambil nombor kenderaan jika peragut itu menggunakan kenderaan sedikit sebanyak dapat membantu siasatan polis. Peragut yang berjalan kaki agak kurang popular dikalangan peragur sekarang ini. Walaubagaimanapun jenayah cara ini masih berlaku. Apabila ternampak kejadian tersebut, kita boleh menjerit untuk mendapatkan perhatian orang ramai untuk sama-sama memberkas peragut berkenaan.
 
Pokok pangkalnya bantulah jika kejadian ragut berlaku di depan mata kita. Mungkin hari ini bukan hari kita tetapi ia tidak mustahil terjadi kepada diri kita, keluarga kita, adik beradik dan rakan-rakan kita. Sekurang-kurangnya kita melaksanakan tanggungjawab sosial membantu polis dalam mengurangkan dan membenteras jenayah ragut.



The World Cup Is Now On Your Favorite Front Page - check out malaysia.yahoo.com

Monday, August 14, 2006

TIDAK PERLU PENGGILIRAN KM, MASALAH MELAYU PULAU PINANG LEBIH PENTING

 
TIDAK PERLU PENGGILIRAN KM, MASALAH MELAYU PULAU PINANG LEBIH PENTING
 
Penolakan isu penggiliran Ketua Menteri Pulau Pinang oleh Perdana Menteri baru-baru ini amat tepat dan wajar sekali. Isu yang ditimbulkan oleh beberapa Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian di Pulau Pinang sebenarnya suatu isu remeh yang akhirnya nanti menjejaskan perpaduan di antara parti komponen Barisan Nasional (BN).
 
Kemungkinan Pemuda UMNO membayangkan Ketua Menteri sekarang akan ditukarkan ke Pusat apabila Presiden Gerakan bersara nanti, akan memberikan satu ruang untuk menagih simpati agar jawatan Ketua Menterinya digilirkan antara parti komponen BN. Jangkaan mereka ini amat meleset sekali dan tidak mengambil iktibar daripada masalah yang timbul semasa Sabah diperkenalkan sisitem penggiliran KM suatu masa dahulu.
 
Lebih eloklah Pemuda UMNO Pulau Pinang memperkasakan organisasi mereka dan perjuangkan masalah kemiskinan dan jurang ekonomi yang sangat ketara di antara Melayu dan kaum Cina. Melayu Pulau Pinang jauh ketinggalan sebenarnya dibandingkan dengan negeri-negeri maju yang lain. Alasan Ketua Menteri bukan dari UMNO menjadi penyebab utama Melayu Pulau Pinang mundur tidak boleh diterima sama sekali.
 
Apakah disebabkan gagal membangunkan ekonomi orang Melayu dan membasmi kemiskinan maka tuntutan jawatan Ketua Menteri perlu dipenuhi?. Alasan lapuk sebegini perlu dihakis daripada minda Pemuda UMNO jika inginkan orang Melayu dapat menikmati tempias arus perbangunan yang berkembang maju di Pulau Pinang.
 
Sepatutnya Pemuda UMNO perlu menggerakkan sikap dan mentaliti orang muda Pulau Pinang untuk turut sama meraih beberapa projek mega yang bakal dibina. Mereka sepatutnya menuntut agar orang Melayu dapat manfaat daripada projek tersebut. Projek pembinaan monorel, Jambatan Kedua Pulau Pinang dan Penang Outer Ring Road (PORR) adalah contoh projek mega yang bakal memberi peluang perniagaan dan pekerjaan kepada rakyat tempatan.
 
Pemuda perlu menggunakan kuasa desakan politik untuk memastikan agihan sub kontraktor, peluang pekerjaan dan industri hiliran yang berkaitan dengan pembinaan projek tersebut dinikmati dan diambil kesempatan sepenuhnya oleh usahawan Melayu Pulau Pinang. Jangan hanya pandai menang sorak tetapi kampung tergadai. Inilah peranan sebenar Pemuda UMNO Pulau Pinang untuk memperjuangkan nasib orang Melayu. Bukan sekadar cakap kosong sahaja tetapi tiada tindakan yang praktikal.
 
Eloklah Pemuda UMNO mendesak kerajaan supaya meletakkan beberapa prosedur dan syarat kepada pemaju projek supaya mengagihkan peluang perniagaan sebagai pembekal atau kontraktor kepada usahawan Melayu Pulau Pinang. Jika perlu mendapatkan sokongan daripada Ketua Menteri, lakukan segera dan ini lebih dihormati perjuangan Pemuda UMNO daripada mendesak jawatan Ketua Menteri digilirkan.
 
Beberapa tahun  dahulu bekas Perdana Menteri semasa mengiringi Sultan Brunei melawat sekitar Teluk Bahang dan Batu Feringgi pernah mengatakan walaupun secara keseluruhan Pulau Pinang telah membangun, tetapi masih ada kawasan penempatan yang kelihatan seperti zaman tahun 50-an dengan keadaan rumah kayu yang tidak begitu selesa.
 
Masih terdapat penempatan Melayu di pusat bandar Georgetown, Air Hitam, Jelutung, Batu Uban, Sungai Nibung Besar dan Sungai Nibung Kecil yang berumah kayu lusuh dan buruk yang kelihatan tersepit di celah rumah teres, banglo, pangsapuri dan bangunan pencakar langit. Memang mereka boleh tinggal dalam rumah yang selesa kerana Pulau Pinang begitu banyak projek perumahan. Persoalannya berapa keratkah orang Melayu yang boleh membelinya jika sebuah rumah teres yang di bina di Sungai Ara tidak jauh dari Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas berharga RM200,000 ke atas?.
 
Pembangunan negeri yang tidak seimbang menyebabkan ramai rakyat Pulau Pinang yang miskin dan tertinggal arus pembangunan. Malah ada ejekan dari kaum lain yang mengatakan pendapatan per kapita di Pulau Pinang mungkin lebih tinggi jika tidak kerana kemiskinan orang Melayu Pulau Pinang.
 
Perlu dilakukan sesuatu usaha yang serius untuk mengangkat kaum Bumiputera ditempat yang sewajarnya dalam bidang-bidang yang mereka ketinggalan. Masalah ini bukan sahaja di Pulau Pinang tetapi diseluruh negara terutamanya di dalam bandar. Melayu Pulau Pinang di "Tanjung" lebih daif daripada di "Bagan" secara realitinya. Melayu "Tanjung" sukar untuk bersaing dengan kaum Cina dalam perniagaan tanpa bantuan daripada kerajaan.
 
Kerajaan Pusat telah menyalurkan bantuan berbilion ringgit untuk membantu Melayu Pulau Pinang tetapi hakikatnya tanpa sokongan kerajaan negeri dan agensi-agensinya seperti Majlis Perbandaran Pulau Pinang, Majlis Perbandaran Seberang Perai, Unit Penyertaan Bumiputera Pualau Pinang, PERDA, Jabatan Pembangunan Negeri dan Majlis Agama Islam sebagai perancang pembangunan, usaha membantu Melayu di negeri tersebut tidak akan meninggalkan kesan yang besar.
 
Inilah masalah yang perlu diberikan perhatian oleh pemimpin UMNO yang mewakili orang Melayu di negeri itu dan mereka perlu bertanya pada diri sendiri, adakah mereka sudah cukup berusaha untuk membantu mengangkat martabat orang Melayu atau bersikap " sudah nasib orang Melayu begitu, apa boleh buat".
 
Sekiranya orang Melayu tidak mampu menyewa atau memiliki premis niaga yang mahal, kenapa tidak didesak kerajaan negeri dan agensinya supaya menyediakan lebih banyak ruang niaga kos murah atau sederhana di bandar, pekan dan setiap projek perumahan baru yang dibina?.
 
Apakah Melayu tidak boleh berubah apabila harga tanah sudah meningkat berlipat kali ganda?. Apakah tanah-tanah orang Melayu yang diambil untuk projek mewah di Pulau Pinang telah diberi nilai pampasan yang sewajarnya seperti mana tanah kaum lain di ambil untuk tujuan pembangunan?.
 
Kita tidak ingin Melayu Pulau Pinang ketinggalan dalam arus pembangunan negeri. Apabila Pulau Pinang bertambah maju, biarlah orang Melayu menjadi sebahagian dari kemajuan tersebut. Yang penting singkirkan imej negeri sampah tidak terurus, Melayu terpinggir dan pembangunan tidak holistik. Inilah cabaran sebenar orang muda Pulau Pinang terutamanya Pemuda UMNO untuk membela nasib orang Melayu yang membangun dan terpinggir di negeri sendiri. 
 
 



The World Cup Is Now On Your Favorite Front Page - check out malaysia.yahoo.com

Friday, August 11, 2006

DOMINASI BARAT dan YAHUDI PUNCA KELEMAHAN UMAT ISLAM

DOMINASI BARAT dan YAHUDI PUNCA KELEMAHAN UMAT ISLAM
 
Kebelakangan ini sudah seperti ada agenda tertentu yang menyentuh umat Islam di seluruh dunia sama ada berbentuk penghinaan, pertikaian, kritikan dan sindiran. Mereka mengambil kesempatan akibat dari kelemahan umat Islam sendiri sebagai senjata utama kekuatan mereka. Perpecahan di kalangan umat Islam menyebabkan terserlahnya kelemahan umat Islam yang memudahkan Barat dan Yahudi memainkan peranannya.
 
Penguasaan Barat dan Yahudi ke atas umat Islam kian tampak mutakhir ini. Mereka bukan sahaja menjajah mentaliti, budaya atau gaya hidup umat Islam, malah jauh dari itu mereka telah menjajah fizikal umat Islam terutama negara-negara Arab yang begitu mudah dipujuk dan dicucuk hidung. Kita sering bertanya, apakah punca kelemahan umat Islam hari ini?. Adakah disebabkan oleh kelebihan dan kekuatan serangan daripada musuh-musuh Islam, atau berpunca daripada kelemahan dalaman umat Islam sendiri?. Atau umat Islam yang sudah "diBaratkan" idealogi mereka sebagai perosak dan duri dalam daging umat Islam sendiri?.
 
Wajar kita fahami bahawa kelemahan dunia Islam hari ini bukanlah disebabkan hebatnya serangan musuh atau cekapnya perancangan mereka dalam mengatur strategi untuk menguasai umat Islam. Musuh-musuh Islam dapat menguasai umat Islam adalah kerana mereka bijak mengambil kesempatan terhadap pelbagai masalah, kepincangan dan kelemahan dalaman umat Islam sendiri.Justeru, umat Islam perlu bertanggungjawab di atas segala penindasan dan penguasaan Barat dan Yahudi ke atas diri mereka kerana umat Islam sendiri secara dalamannya telah menyediakan diri untuk ditindas dan dijajah.
 
Menurut Dr. Yusof al-Qaradhawi dalam bukunya, "Aina al-Khalal", sebenarnya umat Islam bukan lemah tetapi kurang kesedaran, lupa diri, tidak menggunakan seluruh kekuatan dan potensi, tidak berdikari dan banyak bergantung kepada Barat, daya fikir yang kerdil, sempit dan beku (jumud), budaya taqlid yang merugikan, kekuatan rohani yang pudar, tandus ilmu, bankrap idea, muflis akhlak, ukhuwah antara umat Islam yang lemah, kerja yang tidak berkualiti dan kurang berkualiti, serta membiarkan sahaja sumber ekonomi dieksploitasi oleh musuh-musuh Islam.
 
Hakikat seperti di atas ini juga telah, sedang dan akan berlaku ke atas umat Islam di Malaysia khususnya orang Melayu. Puas sudah diusahakan oleh pelbagai pihak untuk memajukan umat Islam dan Melayu, namun masih ada lagi sifat kelemahan dalaman dan berkiblatkan segala dari Barat adalah terbaik dan sempurna.
 
Islam hanya tinggal pada nama dan ini telah membuka ruang yang luas kepada serangan pemikiran, budaya, politik dan ketenteraan. Serangan Barat ini boleh dikatakan sebagai dendam terhadap kekalahan mereka di dalam siri Peperangan Salib yang memakan masa hampir dua ratus tahun lamanya. Dari segi implikasi psikologi pula, Barat telah berjaya menyogok falsafah dominasi nilai-nilai western dan kemenangan fahaman materialisme ke atas konsep, doktrin serta cara hidup Islam.
 
Di dalam bidang pendidikan contohnya, betapa seriusnya kesan kekalahan Islam sehingga ilmu-ilmu utama seperti kejuruteraan, psikologi, sosiologi, biologi, astronomi, fizik, kimia, matematik, ekonomi dan perubatan yang di ajar di universiti terpisah jauh dari roh agama serta tidak ada hubungan langsung dengan Islam. Walhal kita mengetahui bahawa pengasas dan pelopor ilmu-ilmu ini adalah para ilmuwan Islam.
 
Sememangnya menjadi cita-cita Barat untuk menjadikan semua orang di dunia ini hidup serupa dalam satu budaya, berfikiran serupa tanpa perbezaan keperibadian dan jiwa yang melibatkan pengaruh agama, sejarah, kebudayaan, peradaban lampau, pendidikan dan nilai-nilai tradisi. Mereka ingin melahirkan anak-anak Muslim "celupan Barat" yang berwatak sekular serta jauh dari akhlak Islam. Cita-cita Barat ini sudah mula menambat di hati anak muda Islam dan Melayu di negara ini dengan sogokan program hiburan yang melekakan dan serang saraf melalui dadah.
 
Kita tidak mahu akibat kejayaan dominasi Barat akan meranapkan umat dan agama Islam seperti yang terjadi semasa Mustafa Kamal al-Tartuk yang memerintah Turki pada tahun 1923. Beliau telah memusnahkan secara total sistem politik dan sosial Islam Turki lantas menggantikannya dengan sistem sekularisme dan nasionalisme. Beliau menghapuskan semua nilai tradisi Islam sehingga Turki tidak ubah seperti negara-negara Eropah lain.
 
Ketika gerakan sekularisasinya sampai ke kemuncak, azan diharamkan dalam bahasa Arab dan ditukar ke dalam bahasa Turki. Pakaian Barat diwajibkan, wanita Islam tidak dibenarkan menutup aurat dan memakai serban, tarbus dan tudung kepala dianggap sebagai suatu kesalahan jenayah.
 
Refomis dakwah Mesir, Hasan al-Banna dalam bukunya, "Rasa'il al-Imam al-Syahid", melahirkan kebimbangannya terhadap serangan-serangan Barat yang tidak mampu ditepis oleh umat Islam. Barat telah membawa gelombang kehidupan kebendaan kepada negara-negara Islam. Mereka berusaha menghalang umat Islam mempunyai unsur perubahan dan kekuatan.Melalui serangan sosial yang didukung oleh kelicikan politik, kepintaran helah serta kekuatan persenjataan, maka mereka berhasil mencapai apa yang mereka ingini.
 
Kejayaan Barat dan Yahudi mendominasi umat Islam hakikatnya bertitik tolak dari kelemahan dalaman umat Islam, sehingga ia muncul sebagai umat yang hilang punca. Umat yang lebih menitikberatkan perselisihan remeh-temeh daripada berani membincangkan isu-isu besar dan cabaran. Walaupun umat Islam mewakili lebih satu perempat penduduk dunia, tetapi mereka menjadi umat yang kerdil, tiada kualiti, yang tidak mampu berperanan besar sama ada dalam bidang ilmu pengetahuan, mahupun bidang pengeluaran, malah menjadi umat yang tidak berupaya mempertahankan dirinya lagi.
 
Umat Islam kini lebih hampir kepada mati dari hidup, umat yang tidak berdaya berbuat apa-apa selain dari berteriak, beretorik dan melolong. Negara-negara Arab tidak pandai menggunakan kekayaan yang dikurniakan oleh Allah sehinggakan begitu mudah disedekahkan kepada pihak musuh yang akhirnya menyembelih umat Islam sendiri.
 
Realiti ini telah dan sedang terjadi kepada seluruh umat Islam. Malah ia akan terus berulang sekiranya umat Islam masih tidak mahu sedar dari kancah kejahilan, permusuhan, persengketaan dan perpecahan yang meragut kewibawaan mereka.

__________________________________________________
Anda Ber-Yahoo!?
Bosan dengan spam? Mel Yahoo! mempunyai perlindungan spam yang paling baik
http://my.mail.yahoo.com

Thursday, August 10, 2006

HASUTAN DAN POLITIK MURAHAN LEMAHKAN MELAYU

HASUTAN DAN POLITIK MURAHAN LEMAHKAN MELAYU

Dikalangan sebahagian besar ahli politik, istilah "pencen politik" sememangnya tiada di dalam kamus mereka. Sekali mereka berpolitik, ia akan terus berpolitik sehingga akhir hayatnya. Mereka boleh berpolitik semasa ada jawatan atau kuasa di dalam parti dan juga semasa mereka tiada jawatan atau pun di luar parti.

Kepada yang baru berpolitik dan terus memegang jawatan dalam parti, ada juga yang menggelarkan mereka ini "politik tingkap" kerana mereka mendakwa orang yang baru dalam politik ini naik mendadak dalam karier politiknya tanpa susun galur dari peringkat bawah dan terus ke atas.

Semacam ada pertembungan "ego" antara dua pihak ini yang sebenarnya lebih menjurus kepada siapa yang lebih hebat berpolitik. Maka timbullah "serang-menyerang" antara kedua belah pihak ini. Siapakah yang untung dalam pertikaian sebegini?. Yang pasti politik orang Melayu semakin bergerak ke belakang dan bukannya maju ke hadapan.

Kebanyakan yang tidak lagi aktif berpolitik adalah mereka yang sudah tiada lagi memegang jawatan di dalam parti, sudah tiada lagi gelaran yang berhormat dan juga setelah kalah dalam pertandingan di dalam parti. Sejak akhir-akhir ini sudah timbul kembali mereka yang sudah dikira bersara dari politik, mula memunculkan namanya di persada politik negara.

Orang politik adalah golongan yang paling cerdik dan cekap dalam mengambil kesempatan di atas sesuatu isu atau perkara yang hangat menjadi perbualan di kalangan orang ramai. Justeru itulah pada hari ini kita lihat beberapa nama yang terkenal suatu masa dahulu di arena politik negara, tiba-tiba muncul.

Kebanyakan dari mereka itu adalah golongan ahli politik "pencen" yang merasakan suara dan tindakan mereka masih bersengat lagi. Ada juga dikalangan mereka itu telah tewas dalam perebutan jawatan, dipecat dari parti, tidak dilantik semula sebagai EXCO dan yang paling ramai ialah golongan yang kecewa kerana tidak mendapat tempat dan kepercayaan daripada pucuk pimpinan parti.

Golongan ahli politik seperti ini sememangnya bijak dan licik dalam mengambil kesempatan yang ada untuk menonjolkan diri mereka semula supaya nama mereka kembali menjadi sebutan oleh orang ramai terutamanya ahli dan pemerhati politik. Mereka akan menggunakan pelbagai platfom untuk menaikkan kembali "rating" mereka di persada politik tanah air.

Atas kebijaksanaan mereka, wujudlah apa yang dikatakan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di atas nama "majlis bertindak", "jawatan kuasa bertindak", "kumpulan" dan "majlis tindakan rakyat". Persolannya adakah benar NGO seperti ini wujud dan berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan (ROS) atau ianya ditubuhkan semata-mata untuk memenuhi impian "syok sendiri" ahli politik berkenaan?.

Golongan ahli politik seperti ini seharusnya faham dan peka terhadap perubahan dan tuntutan semasa yang telah membuatkan mereka sudah tiada jawatan atau kuasa melalui saluran parti politik masing-masing. Hidup kita di dunia ini umpama roda. Ada kalanya kita di atas dan jangan lah pula menafikan apabila kita berada di bawah. Hakikat hukum karma sebeginilah yang tidak dapat diterima oleh sebahagian ahli politik yang merasakan mereka masih mempunyai pengaruh dan pengikut. Atas kapasiti ahli politik ini yang sememangnya cerdik mengambil kesempatan dan menangguk di air yang keruh, kini mereka muncul kembali.

Tiada penyokong dan sokongan, mereka membeli individu tertentu dengan diberikan upah tertentu untuk menghadiri majlis dan mengikut apa sahaja arahan mereka. Cara inilah mereka dapat meramaikan kehadiran di sesuatu majlis yang mereka anjurkan. Golongan ahli politik "pencen" seperti ini sanggup melakukan apa sahaja demi mengejar publisiti murahan. Mereka tidak kisah apa yang orang hendak kata, janji matlamat namanya menjadi sebutan oleh media dan majlisnya itu menjadi bualan orang ramai sudah cukup untuk memuaskan nafsu untuk kembali popular.

Amalan ahli politik yang mengamalkan publisiti murahan ini perlulah di tolak dan jangan digembar-gemburkan aktiviti mereka. Golongan ini sebenarnya menggunakan kuasa wang yang ada untuk membeli segala-galanya. Individu yang tidak kuat pegangan dan masih mentah dalam berpolitik akan cepat terpengaruh dengan taktik dan gaya berpolitik golongan ini.

Tidak hairanlah apabila kita melihat muka yang sama bersorak dengan penuh semangat di suatu majlis meraikan bekas pemimpin negara, dan individu yang sama juga bersorak dan bertempik mengutuk bekas pemimpin yang sama semasa peristiwa hitam 1998 dahulu.

Akibat pengaruh wang mereka sanggup melakukan apa sahaja walaupun terpaksa berlakon dan berpura-pura menyokong pihak tertentu. Kewujudan individu seperti ini adalah disebabkan adanya golongan ahli politik "pencen" yang masih tidak berpuas hati terhadap kumpulan tertentu dan ingin mencari tapak baru dalam karier politik mereka.

Mereka seolah-olah sukar untuk menerima hakikat bahawa zaman politik mereka sudah berakhir. Mereka juga sukar untuk menerima kepimpinan baru yang menggantikan mereka. Malah menentang dengan cara mereka sendiri sedangkan gaya penentangan tersebut ditegah semasa mereka memimpin suatu masa dahulu.

Inilah suasana baru politik di Malaysia. Jika suasana ini tidak ditangani secara serius, kita takut arena politik tanah air terutamanya politik Melayu akan bercelaru dan sentiasa bergolak. Tidak ikhlas melepaskan jawatan dan menghargai golongan muda dan baru untuk memimpin parti adalah punca sebenar mengapa ahli politik yang sudah "pencen" kembali berpolitik. Tiada kepercayaan dan sokongan terhadap kepimpinan baru adalah petunjuk terdapat segolongan bekas pemimpin sering mengganggu gaya kepimpinan yang sedia ada.

Sikap yang "baru dan "muda" dalam politik masih perlu diajar oleh "pencen" politik ini perlulah dihindari. Berilah masa kepada pemimpin muda dan baru ini memimpin sama ada di peringkat cawangan, bahagian, negeri, kebangsaan malah di peringkat organisasi kerajaan juga.



The World Cup Is Now On Your Favorite Front Page - check out malaysia.yahoo.com

Saturday, August 05, 2006

KIBAR JALUR GEMILANG KERANA TERPAKSA PERLU DIHAKIS

KIBAR JALUR GEMILANG KERANA TERPAKSA PERLU DIHAKIS
 
Dalam suasana menyambut ulang tahun kemerdekaan negara sudah pasti Jalur Gemilang menjadi simbol yang tersangat penting. Ini adalah lambang patriotisme yang cukup nyata dan berkesan untuk dibuktikan.
 
Bagi sesetengah orang, semangat patriotisme tidak semestinya dengan mengibarkan bendera kebangsaan tetapi dengan bermacam cara. Malah ada yang berkata patriotisme tidak perlu ditunjukkan kerana ia ada dalam hati sanubari masing-masing. Itu merupakan pandangan sebahagian rakyat negara kita apabila diajukan soalan " Kenapa mereka enggan mengibarkan Jalur Gemilang?". Malah ada juga yang berpendapat tindakan mereka tidak mengibarkan Jalur Gemilang adalah sebagai tanda protes kepada kerajaan.
 
KIta tidak mempunyai hak dan kuasa untuk memastikan semangat patriotisme rakyat sudah pudar atau sentiasa berkobar di dalam hati. Setiap tahun kerajaan akan berdepan dengan masalah yang sama apabila tiba bulan Ogos. Kerajaan seolah-olah "terpaksa" memaksa orang ramai mengibarkan Jalur Gemilang untuk menghidupkan suasana patriotik dan cintakan negara sempena bulan menyambut kemerdekaan.
 
Sikap pasif hampir sebahagian besar rakyat negara ini cukup ketara apabila tiba bulan kemerdekaan negara. Bagi mereka tarikh 31 Ogos tidak lebih daripada hari kelepasan am untuk bersuka ria dan pergi bercuti. Lebih baik sekiranya pada hari itu diadakan program dan aktiviti khas di sekolah-sekolah mahupun di tempat kerja masing-masing bagi menghidupkan kegemilangan tanah air ketika mencapai kemerdekaan.
 
Kita takut nanti lama-kelamaan rakyat negara ini terutamanya generasi muda akan semakin lupa bagaimana untuk menunjukkan rasa kasih dan hormatkan tanah air melalui bendera kebangsaan. Biarlah kita kibarkan Jalur Gemilang bukan kerana terpaksa tetapi kerana kasihkan negara. Jangan kita biar ia terhakis semata-mata kerana ia saranan kerajaan.
 
Sikap negatif masyarakat yang menyamakan kempen kibarkan Jalur Gemilang sebagai langkah menyokong kerajaan adalah tidak tepat sama sekali. Perlu ditanamkan semangat di jiwa seluruh rakyat Malaysia bahawa mengibarkan Jalur Gemilang adalah suatu tanggungjawab wajib setiap warganegara Malaysia. Cuma apa yang perlu dilakukan sekarang ialah memperbetulkan tanggapan segelintir masyarakat supaya niat mengibarkan bendera kebangsaan adalah datang dari rasa kecintaan mereka terhadap tanah air dan bukannya dipaksa-paksa.
 
Sambutan dingin orang ramai setiap kali tiba bulan kemerdekaan untuk mengibarkan Jalur Gemilang adalah juga berpunca daripada kurangnya kefahaman fungsi Jalur Gemilang. Hanya orang yang tidak tahu menghargai kedaulatan negara akan berpendapat bendera bukan lambang untuk menyatakan rasa cintakan tanah air.
 
Terdapat juga segelintir daripada kita yang "terlebih patriotik" sehingga membiarkan Jalur Gemilang berkibar sejak tahun lepas lagi tanpa menurunkannya. Mereka ini membiarkan bendera kita menjadi lapuk dan usang di makan panas dan hujan sehingga pudar, rosak, koyak dan sakit mata memandang.
 
Sikap rakyat sebegini menunjukkan mereka tidak tahu menghargai erti sebenarnya bendera kebangsaan yang menjadi kebanggaan kita semua. Seolah-olah mereka acuh tak acuh dan tidak prihatin terhadap bendera negara. Juga seperti mereka ini terpaksa mengibarkan Jalur Gemilang dan sebagai memenuhi syarat dan menunjuk-nunjuk kepada orang lain mereka juga mengibarkan bendera kebangsaan sehingga lupa tanggungjawab dan kasih terhadap lambang kedaulatan negara dan membiarkannya lusuh di makan hari.
 
Bendera sebagai satu simbol kedaulatan sesebuah negara yang merdeka. Kalau kita kibarkan bendera bermakna kita mengangkat maruah negara, mendaulat dan mengagungkan negara sebagai negara yang merdeka kepada dunia luar. Kita mengibarkan Jalur Gemilang bukan untuk keseronokan atau sengaja untuk memeriahkan suasana, tetapi maksudnya lebih mendalam dan ada simboliknya.
 
Apa yang menyedihkan oalah sikap segelintir masyarakat yang masih memandang rendah dan mempersendakan usaha kerajaan melalui kempen mengibarkan Jalur Gemilang. Mereka masih berharap mendapatkan bendera percuma menjelang 31 Ogos. Tanpa bendera percuma jangan haraplah mereka ini hendak mengibarkan bendera di rumah atau di premis perniagaan mereka.
 
Sepatutnya kita sebagai rakyat Malaysia berasa malu apabila kerajaan menegaskan akan mengunjungi rumah dan premis perniagaan untuk bertanyakan mengapa tidak mengibarkan Jalur Gemilang, sedangkan itu tanggungjawab kita sebagai rakyat.
 
Seluruh bangsa Malaysia seharusnya memandang serius soal bendera kebangsaan sebagai perlambangan jati diri kita. Usahlah dipertikaikan berdasarkan pandangan sempit dan emosi masing-masing. Walaupun kita mempunyai pelbagai fahaman politik, kaum dan agama, namun kita masih berada di bumi yang bernama Malaysia. Walau parti politik mana pun yang memerintah, bendera kebangsaan  yang akan di pakai tetap Jalur Gemilang. Adalah tidak adil bagi kita menghukum Jalur Gemilang dengan tidak mengibarkannya semata-mata kerana kepercayaan politik yang melampau.
 
Rakyat Malaysia yang cintakan tanah air harus malu sekiranya pemikiran sempit menguasai diri mereka. Dingin atau semaraknya perasaan patriotisme setiap dari kita menjelang 31 Ogos ini adalah terletak pada tanggungjawab masing-masing.
 
Bangsa yang merdeka dan hidup dalam suasana makmur serta harmoni harus meraikannya sebagai tanda syukur di atas nikmat kemerdekaan hari ini.
 
 



The World Cup Is Now On Your Favorite Front Page - check out malaysia.yahoo.com

Monday, July 31, 2006

TOLAK GAYA POLITIK PUBLISITI MURAHAN

TOLAK GAYA POLITIK PUBLISITI MURAHAN

Dikalangan sebahagian besar ahli politik, istilah "pencen politik" sememangnya tiada di dalam kamus mereka. Sekali mereka berpolitik, ia akan terus berpolitik sehingga akhir hayatnya. Mereka boleh berpolitik semasa ada jawatan atau kuasa di dalam parti dan juga semasa mereka tiada jawatan atau pun di luar parti.

Kebanyakan yang tidak lagi aktif berpolitik adalah mereka yang sudah tiada lagi memegang jawatan di dalam parti, sudah tiada lagi gelaran yang berhormat dan juga setelah kalah dalam pertandingan di dalam parti. Sejak akhir-akhir ini sudah timbul kembali mereka yang sudah dikira bersara dari politik mula memunculkan namanya di persada politik negara.

Orang politik adalah golongan yang paling cerdik dan cekap dalam mengambil kesempatan di atas sesuatu isu atau perkara yang hangat menjadi perbualan di kalangan orang ramai. Justeru itulah pada hari ini kita lihat beberapa nama yang terkenal suatu masa dahulu di arena politik negara, tiba-tiba muncul.

Kebanyakan dari mereka itu adalah golongan ahli politik "pencen" yang merasakan suara dan tindakan mereka masih bersengat lagi. Ada juga dikalangan mereka itu telah tewas dalam perebutan jawatan, dipecat dari parti, tidak dilantik semula sebagai EXCO dan yang paling ramai ialah golongan yang kecewa kerana tidak mendapat tempat dan kepercayaan daripada pucuk pimpinan parti.

Golongan ahli politik seperti ini sememangnya bijak dan licik dalam mengambil kesempatan yang ada untuk menonjolkan diri mereka semula supaya nama mereka kembali menjadi sebutan oleh orang ramai terutamanya ahli dan pemerhati politik. Mereka akan menggunakan pelbagai platfom untuk menaikkan kembali "rating" mereka di persada politik tanah air.

Atas kebijaksanaan mereka, wujudlah apa yang dikatakan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di atas nama "majlis bertindak", "jawatan kuasa bertindak", "kumpulan" dan "majlis tindakan rakyat". Persolannya adakah benar NGO seperti ini wujud dan berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan (ROS) atau ianya ditubuhkan semata-mata untuk memenuhi impian "syok sendiri" ahli politik berkenaan?.

Golongan ahli politik seperti ini seharusnya faham dan peka terhadap perubahan dan tuntutan semasa yang telah membuatkan mereka sudah tiada jawatan atau kuasa melalui saluran parti politik masing-masing. Hidup kita di dunia ini umpama roda. Ada kalanya kita di atas dan jangan lah pula menafikan apabila kita berada di bawah. Hakikat hukum karma sebeginilah yang tidak dapat diterima oleh sebahagian ahli politik yang merasakan mereka masih mempunyai pengaruh dan pengikut. Atas kapasiti ahli politik ini sememangnya cerdik mengambil kesempatan dan menangguk di air yang keruh, kini mereka muncul kembali.

Tiada penyokong dan sokongan, mereka membeli individu tertentu dengan diberikan upah tertentu untuk menghadiri majlis dan mengikut apa sahaja arahan mereka. Cara inilah mereka dapat meramaikan kehadiran di sesuatu majlis yang mereka anjurkan. Golongan ahli politik "pencen" seperti ini sanggup melakukan apa sahaja demi mengejar publisiti murahan. Mereka tidak kisah apa yang orang hendak kata, janji matlamat namanya menjadi sebutan oleh media dan majlisnya itu menjadi bualan orang ramai sudah cukup untuk memuaskan nafsu untuk kembali popular.

Amalan ahli politik yang mengamalkan publisiti murahan ini perlulah di tolak dan jangan digembar-gemburkan aktiviti mereka. Golongan ini sebenarnya menggunakan kuasa wang yang ada untuk membeli segala-galanya. Individu yang tidak kuat pegangan dan masih mentah dalam berpolitik akan cepat terpengaruh dengan taktik dan gaya berpolitik golongan ini.

Tidak hairanlah apabila kita melihat muka yang sama bersorak dengan penuh semangat di suatu majlis meraikan bekas pemimpin negara, dan individu yang sama juga bersorak dan bertempik mengutuk bekas pemimpin yang sama semasa peristiwa hitam 1998 dahulu.

Akibat pengaruh wang mereka sanggup melakukan apa sahaja walaupun terpaksa berlakon dan berpura-pura menyokong pihak tertentu. Kewujudan individu seperti ini adalah disebabkan adanya golongan ahli politik "pencen" yang masih tidak berpuas hati terhadap kumpulan tertentu dan ingin mencari tapak baru dalam karier politik mereka.

Mereka seolah-olah sukar untuk menerima hakikat bahawa zaman politik mereka sudah berakhir. Mereka juga sukar untuk menerima kepimpinan baru yang menggantikan mereka. Malah menentang dengan cara mereka sendiri sedangkan gaya penentangan tersebut ditegah semasa mereka memimpin suatu masa dahulu.

Inilah suasana baru politik di Malaysia. Jika suasana ini tidak ditangani secara serius, kita takut arena politik tanah air terutamanya politik Melayu akan bercelaru dan sentiasa bergolak. Tidak ikhlas melepaskan jawatan dan menghargai golongan muda dan baru untuk memimpin parti adalah punca sebenar mengapa ahli politik yang sudah "pencen" kembali berpolitik. Tiada kepercayaan dan sokongan terhadap kepimpinan baru adalah petunjuk terdapat segolongan bekas pemimpin sering mengganggu gaya kepimpinan yang sedia ada.

Sikap yang "baru dan "muda" dalam politik masih perlu diajar oleh "pencen" politik ini perlulah dihindari. Berilah masa kepada pemimpin muda dan baru ini memimpin sama ada di peringkat cawangan, bahagian, negeri, kebangsaan malah di peringkat organisasi kerajaan juga.

Gaya politik publisiti murahan yang kini menjadi "demam" terhadap ahli politik "pencen" perlu diberi perhatian oleh orang ramai agar mereka tidak terjebak dengan motif dan matlamat peribadi ahli politik berkenaan. Mereka seolah-olah masih belum puas berpolitik dan seperti memperlekeh pengganti mereka.

Golongan ini juga seolah-olah sudah diserang "sindrom" gaya politik mereka sahaja yang betul dan gaya politik orang lain tidak betul dan salah. Juga mereka sahaja yang pandai mentadbir parti dan menjaga hati ahli dan penyokong dan menidakkan apa sahaja yang dilakukan oleh kepimpinan baru. Seolah-olah golongan ini tidak pernah suatu masa dahulu mereka juga baru dan muda dalam arena politik.

Perasaan mereka masih berpengaruh dan mempunyai pengikut, hanya menimbulkan "perasan" dalam diri mereka sendiri sebenarnya. Golongan ahli politik "pencen" ini seolah-olah syok sendiri apabila majlis anjuran mereka mendapat sambutan orang ramai. Akibat syok sendirilah maka mereka menggunakan pelbagai pendekatan termasuk meraih simpati dengan menggunakan wang untuk memastikan nama mereka menjadi sebutan di berita politik media cetak dan elektronik.

Mungkin kepuasan kembali berpolitik kepada golongan yang sudah tiada tempat di dalam parti tidak akan padam sampai bila-bila. Kita hargai jika mereka ahli politik tulen yang masih ingin membantu rakyat seperti mereka menjawat jawatan wakil rakyat dahulu. Akan tetapi kita akan menolak jika niat mereka kembali berpolitik semata-mata untuk menjatuhkan kepimpinan yang sedia ada dan memporak-perandakan suasana politik orang Melayu.

Zaman kegemilangan politik mereka sudah berlalu. Berilah laluan kepada golongan baru dan muda yang mewarisi suasana politik negara khususnya orang Melayu.

Thursday, July 27, 2006

ATASI MASALAH GENERASI BUTA SEJARAH

ATASI MASALAH GENERASI BUTA SEJARAH
 
Nilai sejarah sebenarnya terlalu rendah di hati kebanyakan individu di negara ini. Banyak sebab mengapa aspek sejarah terutamanya sejarah negara tidak dihayati oleh setiap rakyat Malaysia. Istilah "buta sejarah" seperti yang diperkatakan oleh Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Warisan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim minggu lepas amat tepat sekali di kala negara bakal menyambut ulang tahun ke 50 kemerdekaan negara tahun depan.
 
Pengisian sejarah di hati setiap insan yang bernama rakyat Malaysia amat rendah sekali. Ketepikanlah sejarah zaman batu dan sejarah sebelum 1900an, yang sememangnya kabur dan ramai yang tidak tahu. Sejarah negara moden mulai bermulanya abad ke 20 pun masih ramai yang tidak tahu.
 
Jika ramai yang tidak tahu sejarah negara sendiri, bagaimana pula kita mahu berharapkan rakyat negara memahami dan menghayati sejarah negara?
 
Sejarah negara mencakumi berbagai aspek dan liputan sejarahnya. Dari soal agama, budaya, pendidikan, sosial, ekonomi, politik, bangsa, warisan dan institusi raja, masing-masing mempunyai peristiwa menarik untuk dikenang dan menjadi podoman kita dan generasi yang mendatang.
 
Akibat buta sejarahlah, perkembangan semasa masa kini sebenarnya telah membuktikan masih ramai yang tidak tahu dan memahami erti sejarah. Sejarah tidak boleh menipu kita. Walaupun ada peristiwa sejarah mengambarkan nilai negatif sesuatu pihak, namun ia tidak boleh dipadam begitu sahaja kerana perkara tersebut telah berlaku dan kini sudah menjadi suatu lipatan sejarah negara.
 
Tidak hairanlah masih ada lagi mereka yang mempertikaikan Perlembagaan Persekutuan terutamanya yang berkaitan dengan kedudukan istimewa agama Islam. Para cendikiawan di dalam pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang mempertikaikannya seolah-olah tidak tahu sejarah penubuhan negara kita yang lebih mementingkan perpaduan, persefahaman dan toleransi antara kaum dan agama rakyatnya.Mengapakah setelah 49 tahun negara merdeka, baru sekarang timbul persoalan tersebut?.
 
Aspek sejarah di hati setiap insan negara kita sebenarnya telah dipinggirkan dan seolah-olah menjadi tidak penting. Mata pelajaran sejarah di sekolah telah menjadi mata pelajaran kelas ketiga. Saya teringat semasa di sekolah ramai pelajar tidak minat sejarah kerana ia memerlukan daya ingatan yang kuat seperti mengingati tarikh dan tahun berlakunya sesuatu peristiwa penting sejarah.Disebabkan inilah maka mata pelajaran sejarah kurang diminati oleh para pelajar.Pelajar memandang mata pelajaran sejarah sesuatu yang paling tidak diminati dan membosankan.
 
Kesannya, ramai daripada kita buta sejarah dan tidak mampu mengingati dan memahami peristiwa penting negara. Masih ramai yang tidak tahu untuk bercerita secara ringkas bagaimana negara kita merdeka. Juga ramai yang tidak tahu bagaimana Singapura menganggotai dan kemudian keluar dari Malaysia. Masih ramai yang buta sejarah bagaimana Sabah dan Sarawak menyertai Malaysia. Jika dibandingkan dengan negara jiran ASEAN, rakyat negara kita masih ketinggalan jauh di dalam aspek menghayati dan mengetahui sejarah terutamanya sejarah bangsa dan negara.
 
Akibat lupa dan leka tentang sejarah bangsa, orang Melayu kini merasakan mereka sudah selesa sehinggakan orang lain boleh mempertikaikan hak kita sebagai Bumiputera. Ramai yang lupa sejarah, akibat terlaku leka dan bersikap sambil lewa kerana memikirkan sudah kuat, Melaka tumpas di tangan Portugis.
 
Akibat lupa dan kurang menghayati sejarah agama Islam, ramai yang ambil mudah dan mula jauh daripada menyembah Allah. Kita lupa sejarah kejatuhan Islam di Sepanyol dan hampir pupusnya etnik Bosnia beragama Islam. Semuanya itu kerana terlalu alpa dan merasakan kedudukan selesa sehinggakan di negara kita sekarang orang bukan Islam sudah boleh berdebat dan mempertikaikan agama Islam sebagai agama rasmi negara. Tiada pengetahuan dan ambil peduli tentang sejarah lah yang mengakibatkan pihak lain boleh mengambil kesempatan.
  
Di Indonesia contohnya, sesuatu yang bukan luar biasa apabila kanak-kanak sekolah rendah boleh bercerita bagaimana negara mereka merdeka dan apa yang dimaksudkan dengan Pancasila. Jati diri mereka begitu tinggi sehinggakan penjual jamu di kaki lima boleh bercerita bagaimana Belanda memerintah Indonesia suatu ketika dahulu.
 
Mengapa kurang menghargai dan memahami sejarah terjadi di kalangan rakyat negara kita?. Apakah sejarah negara hanya perlu diketahui dan dihargai oleh orang Melayu sahaja?. Siapakah yang harus dipersalahkan?. Masih ramai anak muda kaum Cina dan India yang tidak berpelajaran tinggi dan keciciran tidak tahu langsung bila negara merdeka. Cubalah tanya anak muda India yang mencuci kereta dan anak muda Cina yang menjual aksesori telefon, siapa nama tokoh bangsa mereka yang sama-sama berjuang untuk mencapai kemerdekaan negara?. Yang pasti jawapannya "saya tidak tahu".
 
Sejarah telah diklasifikasikan oleh sebahagian besar rakyat Malaysia sebagai tidak penting dan tidak bernilai. Disebabkan mentaliti sebegini, ramai di antara kita tidak dapat menceritakan sejarah dan susun galur salasilah keluarga sendiri. Paling tinggi pun mengetahui sedikit sebanyak latar belakang datuk mereka. Malah ada yang tidak tahu nama moyangnya sendiri apatah lagi mengetahui asal usul keturunannya.
 
Disebabkan mentaliti dan "benci" kepada sejarah yang sudah meresap sejak dibangku sekolah lagi, maka kini ramailah yang buta sejarah negara, bangsa, agama malah sejarah diri sendiri. Mereka ini meletakkan sejarah sesuatu yang paling tidak penting dalam hidup mereka. Sedangkan melalui aspek sejarahlah kita dapat mengenal diri kita sendiri dan menganalisa tingkah laku dan gelagat diri sendiri.
 
Semua pihak harus mengambil sikap kesedaran mengembalikan nilai dan minat terhadap sejarah. Persatuan sejarah yang telah wujud disetiap negeri perlulah diperkasakan dan diberi nafas baru. Ramai yang tidak tahu tentang kewujudannya dan jika ada yang tahupun masih kabur tentang fungsi dan aktivitinya. Malah kepada yang minat dengan sejarah pun tidak tahu bagaimana untuk menjadi ahli.
 
Pihak yang bertanggung jawab dengan sejarah perlulah mengambil iktibar bahawa nilai dan aspek sejarah di hati dan jiwa rakyat Malaysia masih rendah. Daya usaha perlu dilakukan untuk mengembalikan aspek sejarah sesuatu yang diminati dan menarik minat semua golongan.
 
Dicadangkan pakej pelancongan melawat tempat sejarah bersama keluarga dipromosikan secara besar-besaran. Selain persatuan sejarah yang perlu "dipulihkan semangatnya", kementerian perlu mewujudkan "Rakan Sejarah" sebagai usaha menarik minat semua peringkat usia meganggotainya. Diadakan aktiviti yang menarik dan ceria mengenai sejarah supaya orang ramai melihat sejarah sesuatu yang menarik untuk dikenali seperti aktiviti berkonsep relaks dan ala bersantai apabila mengunjungi tempat-tempat sejarah.
 
Juga boleh diadakan wacana sejarah dengan penceritaan dan pengkisahan sesuatu topik secara bersahaja dan tidak terlalu menekankan ilmiah dan akademik. Gaya penyampaian sama ada melalui rancangan khas di tv atau radio, dan penulisan dan gambar menarik di akhbar dan majalah, boleh menyuntik dan menerapkan minat dan suka orang ramai kepada aspek sejarah.
 
Mewujudkan unit dokumentasi sejarah di setiap jabatan, agensi dan kementerian kerajaan boleh menyuntik semangat menghargai dan menyanjung tinggi aspek sejarah. Jabatan kerajaan yang telah wujud sekian lamamya, boleh menyimpan dan merekodkan kenangan dan peristiwa menarik sesuatu jabatan kerajaan sebagai pedoman, rujukan dan menghargai sejarah itu sendiri.
 
Apabila pihak kerajaan telah mula serius dalam aspek pensejarahan, maka bolehlah dikempenkan kepada orang ramai dan pihak swasta untuk menghargai dan menyanjungi aspek sejarah dalam kehidupan seharian. Konsep kerajaan menunjukkan teladan dahulu sebelum ianya menjadi ikutan dijangka akan menyuntik semangat baru menghargai apa itu sejarah.
 
Kepada NGO yang kononnya pejuang hak asasi sesuatu kaum, eloklah menghampirkan diri anda kepada orang ramai untuk sama-sama menanam semangat ambil tahu sejarah dan tingkatkan jati diri sebagai warga Malaysia daripada hanya sibuk menjadi jaguh "isu perkauman dan agama". Mereka (NGO) sepatutnya mengekalkan dan memupuk semangat toleransi dan perpaduan antara kaum, dan bukannya memecah belahkan keharmonian yang ada kini.Salah satu caranya ialah aspek sejarah.
 
Semua pihak harus menanamkan sifat ingin mengetahui dan meminati sejarah disamping mengambil kira sejarah sebagai elemen penting dalam kehidupan di samping ekonomi. Kerana sejarahlah yang akan mengambarkan siapa kita sebenarnya.
 
 


Kini dengan simpanan sebanyak 1GB
http://my.mail.yahoo.com/

Friday, July 21, 2006

TRAGEDI PANGANDARAN - TELADAN DAN RENUNGAN KEPADA KEMENTERIAN PELANCONGAN

Tragedi Pangandaran - Teladan dan renungan kepada Kementerian Pelancongan Malaysia.

Saya bukan seorang alim ulama dan juga bukan seorang terlampau ekstrim terhadap agama. Saya hanya seorang yang gemar melancong keseluruh dunia dan secara kebetulan tragedi tsunami di Pangandaran, Pulau Jawa memberi suatu inspirasi kepada saya untuk memberi pendapat.

Kementerian Pelancongan yang masih seperti tidak mahu mengalah dengan cadangan untuk membuka pusat hiburan sehingga jam 5 pagi, harus melihat kepada tragedi Pangandaran sebagai pengajaran dan renungan bersama. Walaupun kita boleh menganggap tragedi tsunami itu adalah bencana alam dan bukannya bencana yang di buat oleh manusia, akan tetapi hakikat utamanya iaitu kebesaran dan kuasa Ilahi tiada siapa yang dapat menghalangnya.

Daripada menteri sehingga ke pegawai tinggi kementerian yang majoritinya orang Islam, seharusnyalah mengakui hakikat Tuhan tidak suka insanNya melakukan perkara yang dilarang. Apakah cadangan membuka pusat hiburan sehingga pukul 5 pagi itu sebenarnya menggalakkan manusia leka dan lalai untuk melakukan maksiat seperti minum arak dan berpeleseran sehingga memangkinkan perlakuan seks?.

Tragedi Pangandaran selain disebabkan faktor bencana alam, faktor kemurkaan Allah dengan menurunkan musibah tidak harus dipandang ringan dan diketepikan.

Pangandaran adalah sebuah kecamatan(daerah) di dalam kabupaten Ciamis. Ia juga termasuk di dalam pemerintahan provinsi Jawa Barat. Pangandaran adalah pusat pelancongan menarik di Pulau Jawa yang berasaskan keindahan pantai dan paling popular dengan aktiviti surfing (meluncur air). Permainan layang-layang juga popular di sini terutama di bulan Julai dan Ogos. Pangandaran juga tempat pelancongan popular penduduk tempatan terutama dari Bandung untuk beristirehat dan beriadah di pantai pada hujung minggu.

Kawasan di Jalan Kidang Pananjung dan Jalan Pamugaran adalah kawasan hiburan yang mempunyai beratus kafe, gerai dan warung yang menyajikan hiburan dan khidmat seks bermula jam 7 malam sehingga jam 5 pagi. Kawasan ini cukup terkenal kepada pelancong Barat dan Australia. Keadaan kawasan ini tidak ubah seperti di Jalan P. Ramlee dan Bangsar, Kuala Lumpur.

Selain minuman keras, pub dan kafe menyediakan bilik kecil untuk perkhidmatan seks sebagai aktiviti sampingan pengusaha pusat hiburan tersebut. Perkhidmatan seks ini dilakukan secara "part-time" oleh pelayan wanita di pub dan kafe.

Malang sekali kebanyakan wanita dari kawasan berhampiran seperti Tasikmalaya, Banjarnegara, Garut, Bandung dan Indramayu adalah orang Islam dan seolah-olah terdesak untuk mencari wang untuk menyara hidup seharian.

Aktiviti seperti ini sudah lama berlaku, malah kunjungan saya yang terakhir pada Disember 2005, semakin rancak dan hebat kegiatan hiburan malam di Pangandaran. Walaupun ada tentangan dari penduduk Islam dan mahasiswa universiti, namun disebabkan "sokongan dari pemerintah" maka kegiatan maksiat dan keruntuhan moral anak muda semakin berluasa di sana.

Sebagai rakyat Malaysia yang sering melancong di dalam negeri dan luar negera, amat malang dan kecewa jika ada cadangan Kementerian Pelancongan untuk melanjutkan masa berhibur di pusat hiburan sehingga 5 pagi. Pengalaman saya menunjukkan amalan atau "lesen maksiat" yang diberikan oleh kerajaan lebih mengundang kepada masalah gejala sosial dan keruntuhan akhlak sebenarnya.

Kelulusan jika diberikan untuk menutup pusat hiburan sehingga pukul 5 pagi sebenarnya mengundang aktiviti dan perniagaan sampingan akibat kebenaran kerajaan itu.(mudah-mudahan tidak diluluskan oleh Pak Lah). Apakah Kementerian Pelancongan hendak menanggung masalah munculnya kegiatan ekonomi hiliran seperti pelacuran dan dadah akibat dibenarkan pusat hiburan ditutup lewat?.

Akibat terlalu "memanjakan pelancong Barat" lah, Pangandaran yang suatu ketika dahulu terkenal dengan pengajian pondok telah bertukar wajah. Apakah "kemurkaan" Tuhan telah ditunjukkan dengan dilandakan bencana alam tsunami ke atas Pangandaran?.

Apakah disebabkan terlampau hendak mengejar sasaran 20 juta pelancong asing pada tahun hadapan sehingga sanggup menggadaikan maruah dan menjadi penggalak kepada aktiviti negatif?. Apakah ada jaminan pengunjung pusat hiburan hanya dikunjungi oleh 100 peratus pelancong asing?. Pusat hiburan yang sedia adapun sudah dalam keadaan tenat dan menyusahkan pihak berkuasa seperti polis, inikan pula hendak dilanjutkan masa perniagaan mereka. Apakah kementerian hendak menambahkan lagi kerja pasukan polis?.

Kita kena mengakui untuk mengejar kemajuan dan keuntungan semata-mata janganlah sampai mengabaikan pegangan agama majoriti rakyat negara ini. Masalah sosial yang ada pun masih susah hendak ditangani, inikan pula cadangan mengarut dari kerajaan sendiri yang seolah-olah hendak mengalakkan aktiviti kurang sihat.

Kepada Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, fikirkan dan renungkanlah tragedi Pangandaran. Pergilah ke sana dan tanyalah masyarakat Islam di sana. Ambillah iktibar daripada petunjuk awal yang Tuhan beri. Walaupun tidak terjadi kepada kita, namun petunjuk di Pangandaran patut menjadi teladan bahawa selain kerana faktor bencana alam akibat gempa bumi, kuasa dan kebenaran Tuhan yang Maha Esa jangan pula kita nafikan.



Send instant messages to your online friends http://uk.messenger.yahoo.com

Tuesday, July 18, 2006

BANTU BEKAS PENAGIH DADAH DAPATKAN PEKERJAAN

BANTU BEKAS PENAGIH DADAH DAPATKAN PEKERJAAN
 
Pihak kerajaan dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) perlulah terlebih dahulu menunjukkan teladan membantu dan menerima bekas penagih dadah daripada menggesa sektor swasta dan masyarakat menerima bekas penagih dadah sebagai pekerja.
 
Kerajaan sama ada di peringkat pusat mahupun negeri, melalui berpuluh agensinya termasuk syarikat milik kerajaan (GLC) perlulah menunjukkan contoh kepada masyarakat dengan menerima bekas penagih sebagai pekerja mereka. Melalui jawatan kosong sama ada tetap, kontrak atau sementara eloklah diberikan peratusan tertentu kekosongan jawatan kepada bekas penagih sesuai dengan kelulusan akademik mereka.
 
NGO pula bolehlah menggunakan khidmat sukarela mereka dengan melantik bekas penagih menjadi sukarelawan.Segelintir bekas penagih amat berminat untuk melakukan kerja-kerja sosial dan kebajikan. Ada diantara mereka menganggapkan apabila mereka berkhidmat secara sukarela, inilah satu cara mereka menebus kembali dosa mereka dan menunjukkan keinginan ikhlas mereka untuk berbakti kepada masyarakat dengan harapan masyarakat menerima mereka kembali.
 
Mungkin ada yang berkata, mereka ini akan kembali menagih dadah apabila sudah ada wang di tangan mudah untuk membeli kembali dadah. Namun percubaan berani dan telus perlulah ada di pihak kerajaan dan NGO untuk memastikan mereka tidak kembali menagih.
 
Memang benar kerajaan dibebankan dengan perbelanjaan beratus juta ringgit setahun untuk menyelenggarakan pusat serenti dan membuat berbagai kempen anti dadah di seluruh negara. Namun siapa yang akan menyambut bekas penagih ini apabila keluar dari pusat serenti?.
 
Statistik menunjukkan hanya 20 hingga 25 peratus sahaja penagih dadah yang dirawat di pusat serenti di seluruh negara benar-benar dapat dipulihkan. Manakala selebihnya kembali menagih kerana disisih oleh keluarga sendiri dan masyarakat. Hakikatnya kita semua seharusnya memberikan sokongan dan harapan untuk mereka hidup menempuh alam kehidupan yang baru.
 
Apa yang dilihat sekarang, kebanyakkan agensi kerajaan dan NGO hanya sibuk untuk memerangi dadah. Mungkin mereka terlupa untuk memastikan bekas penagih dadah tidak kembali menagih semula.
 
Walaupun kenyataan Ketua Pengarah Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) berkata usaha memerangi dadah tnggungjawab semua dan bukan beban agensi kerajaan dan NGO semata-mata, namun segala usaha ini lebih menjurus kepada kempen menjauhi dadah kepada golongan sasar yang belum lagi menagih dadah seperti pelajar sekolah dan belia.
 
Jadi apakah tanggungjawab kita untuk membantu bekas penagih tidak kembali semula menagih?. Kita sendiri yang menyisihkan dan memencilkan mereka sedangkan jiwa mereka meronta untuk kembali kepada masyarakat.
 
Memang benar usaha mencegah adalah lebih berkesan untuk memastikan bilangan penagih tidak bertambah. Tetapi daripada statistik pihak kerajaan sendiri menunjukkan bilangan penagih meningkat saban tahun.
 
Mungkinkah juga kaedah rawatan di pusat serenti perlu dikaji semula kerana tidak sampai separuh penagih dadah yang di rawat betul-betul dapat dipulihkan. Secara tidak langsung menunjukkan kurang keberkesanan rawatan yang di terima oleh penagih di pusat serenti.
 
Pada pendapat saya Persatuan Pengasih Malaysia (Pengasih) perlulah diberikan peranan yang lebih besar dan diiktiraf oleh kerajaan. Dicadangkan Pengasih diberikan geran tahunan oleh kerajaan untuk membantu aktiviti mereka mengendalikan bekas penagih yang baru keluar dari pusat serenti.
 
Kebanyakan yang keluar dari pusat serenti hilang arah tujuan ke mana mereka hendak membawa diri mereka. Mereka tiada pekerjaan sebagai hasil pendapatan untuk terus hidup dan apabila mereka di beri peluang bekerja, ia satu cara supaya mereka tekun kepada pekerjaan dan dapat melupakan dadah.
 
Jika tiada siapa yang menerima mereka, Pengasih lah tempat yang paling sesuai bagi mereka untuk berteduh seketika sementara ada laluan baru penghidupan baru yang selalunya amat gelap di hadapan mereka. Untuk kembali kepada keluarga mereka amat malu dan balasannya sudah mereka ketahui, iaitu dipinggirkan oleh keluarga sendiri.
 
Hanya bekas penagih dadah sahaja yang tahu betapa susah dan jerihnya untuk masyarakat menerima mereka kembali. Pengasih mempunyai kepakaran dan pengalaman yang amat berharga untuk memastikan peratusan pelatih pusat serenti yang pulih meningkat semula.
 
Kerajaan perlulah memberikan lebih ruang dan tanggungjawab selain mengiktiraf  Pengasih sebagai suatu badan yang mengorientasikan semula pelatih yang baru keluar dari pusat serenti. Mungkin dengan diberikan galakan dan bantuan menubuhkan cawangan Pengasih di setiap negeri, akan memberikan harapan dan nafas baru kepada bekas pelatih pusat serenti.
 
Kerajaan dan agensinya bolehlah mendapatkan khidmat nasihat dan keperluan tenaga kerja bekas penagih yang betul-betul telah dikenal pasti oleh Pengasih telah pulih 100 peratus. Pengasih boleh juga diberikan peranan pembekal tenaga kerja bekas penagih dadah yang pulih sepenuhnya. Cara ini mungkin dapat menyelesaikan sedikit sebanyak masalah bekas penagih yang tiada pekerjaan disamping membantu mereka membina semula kehidupan yang telah hancur suatu ketika dahulu.
 
Usaha murni Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dengan kerjasama Pengasih mewujudkan Bazaria Larut Malam di Bandar Tun Razak, Kuala Lumpur dengan 385 gerai seharusnya dipuji. Galakan kepada bekas penagih untuk mencari tapak berniaga yang sebelum ini sukar, telah berjaya membuktikan golongan ini juga ingin turut serta dalam memacukan ekonomi negara selain memberikan sumber pendapatan.
 
Sememangnya sukar untuk mengubah kembali kerosakan akhlak yang melanda diri penagih. Sesiapa pun agak sukar untuk memberikan jaminan bahawa seseorang penagih itu tidak akan kembali menagih. Pandangan negatif seperti ini haruslah diubah. Jika kita sendiri tidak membantu mereka dan melorongkan semula erti kehidupan yang sebenarnya kepada mereka, siapa lagi?.
 
Berilah mereka peluang kedua untuk hidup bersama-sama dengan kita. Mereka juga amat merindui kehidupan bermasyarakat. Mereka juga sudah jemu dan menanggung azab sengsara yang amat hebat sebelum pulih. Kita perlu bantu mereka dengan mengenepikan pandangan negatif. Mereka juga manusia biasa seperti kita. 



The World Cup Is Now On Your Favorite Front Page - check out malaysia.yahoo.com

Peribadi Siti Nurhaliza Bukan Hak Masyarakat

PERIBADI SITI NURHALIZA BUKAN HAK MASYARAKAT
 
Akhirnya Siti Nurhaliza telah mengumumkan kedudukan sebenarnya dan seluruh negara memberikan perhatian kepadamajlis pengumuman yang dibuat sejajar dengan taraf Siti sebagai artis nombor satu Malaysia. 
 
Niat suci murni Siti dan pasangannya Datuk Khalid Mohamad Jiwa seharusnya diterima dengan hati terbuka oleh semua pihak termasuklah pihak wartawan hiburan  sendiri. Restu yang diperolehi dari ibu bapa Siti dan persetujuan kedua belah pihak keluarga seharusnya kita sambut dengan syukur Alhamdulillah.
 
Namun sikap kurang biadap semasa sidang akhbar tersebut yang disiarkan secara langsung dengan soalan sensitif dan kebudak-budakan amat memalukan sekali. Kita tidak pasti soalan seperti 'apa Siti hendak panggil Datuk Khalid - sayang atau ayang' dan 'kenapa memilih duda sedangan Siti anak dara dan ramai lagi teruna di negara ini' adalah contoh soalan yang tidak bermoral dan seperti budak sekolah sahaja.
 
Kehadiran di dewan yang sempit itu sememangnya diketahui dipenuhi oleh pihak wartawan. Dan tidak kurang juga dihadiri oleh orang ramai yang bukan wartawan. Saya berharap soalan biadap seperti di atas itu bukannya disoal oleh wartawan yang setahu saya mempunyai etika kewartawanan dan tidak boleh mengajukan soalan dengan tujuan mengaibkan peribadi seseorang semasa sesi "press conference".
 
Akibat keghairahan itulah boleh terpacul soalan yang sebegitu rupa. Siti hanya manusia biasa dan kita adalah masyarakat disekelilingnya, sama ada peminat, pemerhati mahupun pembenci. Soal jodoh, ajal maut semuanya di tangan Tuhan. Kita hanya layak merancang, segalanya telah ditentukan oleh Tuhan. Hakikat ini perlulah kita pegang, jika tidak larilah akidah kita terhadap agama Islam.
 
Sepatutnya siapa bakal suami Siti biarlah Siti sendiri yang menentukan. Janganlah pula kita lebih pandai dari tuan punya badan yang hendak mendirikan masjid sehinggakan awal-awal lagi sudah memberi komen bahawa pilihan Siti tidak tepat dan Siti tidak sepatutnya berkahwin dengan Datuk K. Siapakah mereka itu kepada Siti sehinggakan peribadinya pun hendak diceroboh oleh orang lain.
 
Masyarakat harus faham Siti hanyalah penyanyi dan bukannya anak kita, adik kita mahupun saudara mara kita yang boleh kita campuri urusan perkahwinannya.
 
Cubalah kita bayangkan jika kita menjadi Siti?. Atau sesiapapun pasti akan melenting apabila ada orang hendak menjadi "match maker" atau penentu jodoh kita. Apa hak kita hendak menjadi "match maker" Siti?. Apakah kerana terlampau taksub dan sayang peminat kepada Siti sehinggakan segalanya kita hendak tentukan termasuk soal peribadi?.
 
Kita ini orang Melayu tetapi apabila melibatkan sektor hiburan, kita kadang-kadang lebih hebat dan "gila" dari Hollywood dan Bollywood. Mengapakah mentaliti sebegini terjadi kepada orang Melayu?. 
 
Begitulah hebatnya dan istemewanya insan bernama artis yang mendapat liputan dan perhatian dari semua lapisan masyarakat dan pihak media. Namun begitu, kita janganlah terlalu mensensasikan dan terlampau fanatik sangat apabila memperkatakan berita artis tersebut seolah-olah peribadi artis pun hendak kita miliki.
 
Cukuplah mereka itu kita anggap milik masyarakat daripada bakat dan anugerah tuhan kepada mereka. Peribadi mereka biarlah mereka selesaikan sendiri. Kita sebagai peminat cukuplah sekadar pemerhati.
 
Inilah masalah mentaliti orang Melayu yang yang terlampau mengambil berat sangat artis kegemaran mereka. Apa yang kita dapat daripada komen dan cadangan kita terhadap peribadi artis tersebut sedangkan mereka itu bukan anak-anak kecil lagi?.
 
Begitulah lumrahnya menjadi artis popular dan terkenal. Setiap pergerakan mendapat perhatian ramai, sehinggakan hal peribadi turut disentuh dan menjadi bualan.
 
Walaupun mereka ini "public figure", mereka juga manusia biasa seperti kita. Siapa yang mahu soal peribadi mereka diketahui oleh umum dan menjadi bualan ramai?
 
Siti yang begitu hampir dengan gerbang perkahwinan sudah tentunya akan mendapat publisiti dan perhatian dari seluruh rakyat Malaysia. Sebagai artis paling terkenal masa kini, kita seharusnya mendoakan agar niat suci beliau untuk berumah tangga termakbul dan aman damai sehingga akhir hayat.
 
Janganlah pula kita mendoakan sebaliknya dan menimbulkan pelbagai fitnah. Jika Tuhan sudah menetapkan jodohnya dengan Datuk Khalid, tiada siapa boleh menghalang Nya. Soal Datuk Khalid itu duda sepatutnya tidak timbul di kalangan peminat.
 
Soal bagaimana Siti bercinta dan mengapa memilih Datuk Khalid, adalah terlalu peribadi untuk diketahui umum. Walaupun peminat ingin tahu, tetapi berilah tembok pemisah antara peribadi dan karier artis tersebut.
 
Kita sepatutnya tumpang gembira jika suratan takdir Siti akan bernikah dengan Datuk Khalid pada 21 Ogos akan datang. Perkara baik seperti ini sepatutnya dialu-alukan oleh orang ramai. Berilah sedikit ruang kepada artis paling popular ini agar soal peribadinya tidak disensasikan.
 
 
 
 
 


Bosan dengan spam? Mel Yahoo! memiliki perlindungan spam yang terbaik
http://my.mail.yahoo.com/