Wednesday, October 18, 2006

"Apakah Wujud Pembangkang Dalam Kerajaan"

(Selasa October 17, 2006 - Buletin Utama TV3)

"Apakah Wujud Pembangkang Dalam Kerajaan".

Bersandarkan dengan keadaan semasa - pertanyaan itu dilontarkan penonton TV3 melalui e-mel.

Yang beliau cukup tidak faham - bagaimana semua itu boleh berlaku.

Parti komponen BN sindir kerajaan yang mereka sendiri anggotai.

Sedangkan trend seumpama itu sebelum ini hanya membabitkan pembangkang dengan kerajaan.

Itu yang ingin dikongsi pengirim e-mel terbabit yang percaya amaran keras Perdana Menteri semalam, ada hikmahnya.

Ada yang mengatakan apa yang berlaku kini lebih terarah kepada sikap keterbukaan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dalam pentadbirannya.

Dan jika benar sekalipun, bagi pengirim e-mel, Shaiful Bahri Saidin - cara dan salurannya cukup tidak kena.

Seolah-olah cuba mengambil kesempatan dan memanfaatkan sepenuhnya agenda politik mereka.

Itu yang dilihat Shaiful Bahri terhadap mereka yang cuba mengamalkan sindrom sindir menyindir dan tuduh menuduh.

Sedangkan banyak saluran yang terhidang di depan mata mereka yang berkenaan terutama yang berada dalam kerajaan jika tidak berpuas hati.

Andaian pembangkang dalam kerajaan bagi pengirim e-mel tidak sihat untuk politik masakini.

Eloklah bagi beliau juga andaian itu dihapuskan.

Pilihlah untuk berbincang dan bukannya mencari kesalahan.

Keghairahan pemimpin muda Umno, MCA dan Gerakan dalam bersuara juga merisaukan.

Harus disedari corak berpolitik sebegini tidak menguntungkan BN untuk jangka panjang.

Akhir kata Shaiful Bahri menyusun kata-kata berikut sebagai renungan.

Walaupun boleh menjadi 'carik-carik bulu ayam, lama-lama bertemu jua' - hakikatnya apabila bulu ayam sudah dicarik, takut tidak sempat bertemu semula.

Ini kerana bulu ayam telah selesa apabila ditiup angin.

Akibatnya, harapan untuk bertemu semula dan berpadu hanya tinggal kenangan.

ref:.. http://www.tv3.com.my/sec-news.asp?id=9592

(Di atas adalah skrip berita yang dibacakan pada hari Selasa 17 Oktober 2006 melalui siaran Buletin Utama TV3)

No comments: