(Artikel ini telah disiarkan di Buletin Utama TV3 jam 8 malam Rabu 25 Oktober 2006 sebagai tajuk utama atas nama Shaiful Bahri Saidin. Terima kasih TV3)
Sedang kita sibuk untuk pulang berhari raya pada hari Ahad yang lepas, ramai yang merasa lega dan gembira apabila Tun Dr. Mahathir Mohamad akhirnya bertemu empat mata dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi. Dalam pada kita leka membaca akhbar pada pagi Isnin, Tun memanggil satu sidang akhbar khas di kediamannya pada jam 10 pagi. Pada malamnya semua stesen tv menyiarkan 'kritikan semula' Tun terhadap Pak Lah.
Hari Selasa pula, selepas solat sunat Aidil Fitri, orang ramai bergegas mencari akhbar Utusan. Maka bermulalah suatu 'cakap-cakap orang kampung' yang majoritinya rakyat biasa tanpa kepentingan politik, mengeluarkan pendapat dan komen di atas reaksi sidang akhbar Tun itu. Kenyataan Tun yang berupa 'serangan terbaru' terhadap Pak Lah menjadi topik perbualan utama sama ada di masjid, di rumah semasa melayan tetamu dan sanak saudara, dan juga semasa bertandang menziarahi rakan dan keluarga terdekat.
Rata-rata menyuarakan rasa kesal di atas sikap ego Tun dan seperti merendahkan air muka Pak Lah dan ingin 'mengajar' Pak Lah cara bekerja sebagai Perdana Menteri. Ramai yang mengakui sudah hilang hormat terhadap Tun dan ada pula yang mula mengungkitkan cerita cara pentadbiran Tun selama 22 tahun memerintah negara. Malah ada yang berkata, Tun sepatutnya melebihkan amal ibadat dari sibuk mengganggu pentadbiran negara.
Di kalangan rakyat biasa yang bukannya aktif berpolitik dan merupakan pengundi setia setiap kali pilihan raya, banyak persoalan yang terpacul dari mulut mereka. Antaranya:-
Hari Selasa pula, selepas solat sunat Aidil Fitri, orang ramai bergegas mencari akhbar Utusan. Maka bermulalah suatu 'cakap-cakap orang kampung' yang majoritinya rakyat biasa tanpa kepentingan politik, mengeluarkan pendapat dan komen di atas reaksi sidang akhbar Tun itu. Kenyataan Tun yang berupa 'serangan terbaru' terhadap Pak Lah menjadi topik perbualan utama sama ada di masjid, di rumah semasa melayan tetamu dan sanak saudara, dan juga semasa bertandang menziarahi rakan dan keluarga terdekat.
Rata-rata menyuarakan rasa kesal di atas sikap ego Tun dan seperti merendahkan air muka Pak Lah dan ingin 'mengajar' Pak Lah cara bekerja sebagai Perdana Menteri. Ramai yang mengakui sudah hilang hormat terhadap Tun dan ada pula yang mula mengungkitkan cerita cara pentadbiran Tun selama 22 tahun memerintah negara. Malah ada yang berkata, Tun sepatutnya melebihkan amal ibadat dari sibuk mengganggu pentadbiran negara.
Di kalangan rakyat biasa yang bukannya aktif berpolitik dan merupakan pengundi setia setiap kali pilihan raya, banyak persoalan yang terpacul dari mulut mereka. Antaranya:-
- Apakah Tun ingin menjadi Perdana Menteri semula?.
- Apakah selama 22 tahun menjadi Perdana Menteri, beliau menguruskan negara ini dengan terlampau baik dan langsung tiada masalah?
- Apakah motif Tun mendedahkan hasil pertemuan empat mata yang dianggap oleh rakyat terlalu peribadi untuk diketahui umum?.
- Apakah Tun sudah merangka strategi tertentu sehinggakan 'memalukan' Pak Lah di mata dunia?.
- Mengapakah Tun tidak menunggu jawapan komen dan pertanyaannya daripada Pak Lah terlebih dahulu sebelum mendedahkannya?.
- Mengapakah Tun masih mahu mencari populariti sedangkan beliau sudah bersara?.
- Apakah sentimen peribadi mengganggu fikiran Tun sehingga sentimen tersebut mendahului moral Tun sebagai negarawan?.
- Apakah Tun merasakan dirinya insan yang terbaik dan sempurna di negara ini?.
- Jika benar Tun sayangkan orang Melayu dan UMNO, mengapakah melakukan tindakan sebegini?.
- Apakah Tun marah sangat kepada Pak Lah kerana 'membebaskan' Datuk Seri Anwar Ibrahim?.
- Apakah Tun mahu dirinya dilantik menjadi menteri mentor dan berfungsi seperti Lee Kuan Yew?.
Itulah antara persoalan yang bermain di minda orang Melayu terutamanya orang UMNO dalam merayakan kegembiraan Aidil Fitri. Kebanyakannya warga emas merasa terkilan dan tidak senang dengan tindak tanduk Tun 'menyerang kembali' Pak Lah.
Orang Melayu masih sayangkan Tun sebagai mengenang jasanya selama menjadi perdana menteri. Memang benar banyak pembaharuan telah terlaksana selama pemerintahan tersebut dan amat tidak wajar dan satu persepsi yang dangkal jika beliau ingin membandingkan dengan Pak Lah yang hanya akan mencapai tiga tahun pentadbirannya pada hujung bulan ini. Jika Tun imbas kembali semasa awal tiga tahun pertama menjadi perdana menteri, apakah beliau langsung tiada masalah dan semuanya sempurna?.Kita tidak mahu akan ada kumpulan tertentu yang sememangnya tidak menyokong Tun sejak dahulu lagi akan memaparkan kembali segala kelemahan dan keburukan Tun selama menjadi Perdana Menteri. Mungkin Hadi Awang, Shahnon Ahmad, Mohamad Sabu, Mahfuz Omar, Subky Latif, Lim Kit Siang, Karpal Singh, Hishamuddin Rais dan ramai lagi yang telah memaki hamun, mencarut, mengutuk dan menghina Tun akan kembali popular menerusi 'ceramah agama' mereka untuk memaparkan kembali kisah lama yang menjadi bahan utama ceramah.
Dahulu apa yang dikatakan oleh pembangkang ketika memburukkan Tun, orang Melayu terutamanya orang UMNO akan menafikannya dan akan mempertahankan Tun kerana yakin dan setia kepada Tun. Malah mungkin tanpa pengetahuan Tun ada ahli UMNO sanggup "bertempur" dengan pembangkang semata-mata untuk menegakkan kebenaran bahawa Tun tidak melakukan seperti yang didakwa oleh pembangkang. Ketika itu ramai yang sanggup bertegang urat dan bertikam lidah dengan PAS semata-mata mempertahankan presiden parti dan perdana menteri.
Pada kami ahli biasa parti, sesiapa sahaja yang menjadi peneraju parti perlu dihormati dan ahli mesti setia kepada ketua. Itulah kekuatan UMNO sebenarnya selama 60 tahun. Jangan menghina dan memperlekehkan presiden parti. Ahli UMNO tetap akan mempertahankannya.
Jika dahulu Tun menjadi pemimpin kami, kini giliran Pak Lah. Tidak guna menjadi ahli UMNO jika tidak menghayati cogan kata "bersatu, bersetia, berkhidmat". Kami ahli UMNO akar umbi tetap mempercayai dan setia kepada peneraju terkini. Salahkah kita mempertahankan beliau walaupun beliau "diserang" oleh bekas presiden parti?.
Apakah jatuh martabat dan darjat Tun jika berfungsi dan berperanan seperti kami ini sebagai ahli biasa?. Sudah sampai masanya Tun memberi kepercayaan kepada pengganti yang beliau pilih. Jika adapun ketidakpuasan, mengapa perlu untuk mencari publisiti dengan memaklumkan kepada semua orang?. Apakah Tun tidak mempunyai akses untuk bercakap dengan Pak Lah, atau ego sudah menguasai diri?.
Tetapi jika nama-nama seperti di atas itu kembali aktif dengan ceramah mereka, dikuatiri rakyat yang dahulunya penuh setia kepada Tun akan mempercayai dan menerima tuduhan kumpulan pembangkang tersebut kerana sikap dan sifat Tun kebelakangan ini. Akibatnya tuduhan pembangkang itu didapati "benar" dan Tun akan disindir sebagai 'penipu'.
Walaupun pada waktu ini terdapat gambaran pihak pembangkang telah mula 'berbaik' dan boleh duduk semeja dengan Tun, tetapi saya memegang kata-kata Tun pada Perhimpunan Agung UMNO pada 21 Jun 2001, bahawa "PAS parti yang suka menipu dan langsung tidak boleh dipercayai". Tidak hairan pada hari ini PAS sanggup berbaik dengan Tun kerana ingin memenuhi agenda politik mereka. Malah mereka telah mula mengorak langkah dan strategi baru ekoran dapat "duduk semeja" dengan Tun dan kembali semula mengkritik dan melemparkan tuduhan sedikit demi sedikit terhadap Tun.
Pembangkang sebenarnya gembira teramat sangat apabila hasil pertemuan Tun dengan Pak Lah tidak berjaya dan kembali "seperti biasa". Jika benar Tun sayangkan UMNO, apakah Tun rela parti UMNO tergugat dan tidak kuat, semata-mata kerana seorang ahlinya yang tidak berpuas hati kepada pucuk pimpinan sekarang. Sampai bilakah Tun akan berpuas hati?.
Mungkin jika tulisan ini disiarkan oleh akhbar dan dibaca oleh Tun, dan boleh menganggapnya tulisan picisan dan tidak ada apa-apa makna kepada Tun. Tetapi sedarilah berjuta rakyat Malaysia yang mengagumi Tun suatu masa dahulu, telah mula luntur rasa hormat dan kagum terhadap Tun termasuklah saya sendiri. Tun boleh berkata, "apabila saya berjumpa orang ramai, semua sokong saya dan tiada komplen". Memang benar tidak ada seorang pun yang berani berkata di depan Tun bahawa dia tidak suka kepada Tun kerana memikirkan rasa hormat dan jasa yang disumbangkan oleh Tun kepada negara disamping Tun seorang negarawan.
Tetapi kini semuanya sudah berubah. Saya petik kata-kata terbaru Tun pada sidang akhbar hari Ahad 22 Oktober 2006,"Ahli UMNO harus ada kebebasan untuk menyuarakan pandangan mereka. Adalah salah untuk menyekat ahli UMNO bercakap untuk menyuarakan pandangan mereka". Tidak salah jika saya juga boleh mengkritik Tun kerana saya juga ahli UMNO.
Ramai yang bersyukur dan gembira apabila diberitahu Tun akan berjumpa dengan Pak Lah sebelum Aidil Fitri. Mereka pada awalnya amat ceria kerana yakin orang Melayu akan berpadu dan tidak ada lagi cerita sengketa antara dua tokoh orang Melayu ini. Banyak kerja lain boleh dibuat jika politik orang Melayu stabil. Kumpulan yang pro pembangkang pun sudah mula rasa gelisah. Untuk maklumat Tun ramai yang berdoa sejak dahulu lagi agar kemelut Tun dan Pak Lah dapat segera diselesaikan dengan aman supaya orang Melayu dan UMNO kembali bersatu padu.
Apabila begini tindakan dan kekusutan yang disimpulkan kembali oleh Tun, ramai yang kecewa dan berdukacita sebenarnya di hari pertama Aidil Fitri. Mereka sedih di dalam kegembiraan Aidil Fitri kerana apa yang diimpikan tidak menjadi. Mereka juga kecewa cara Tun berjumpa dengan Pak Lah dirakamkan oleh Tun. Apakah pertemuan tertutup yang pada awalnya, hendak disebarkan kepada orang ramai dengan bukti rakaman?. Semacam Tun tidak percaya kepada diri sendiri dan tidak jujur untuk bertemu Pak Lah. Seolah-olah Tun tidak menghormati seorang yang bergelar Perdana Menteri.
Tuduhan terbaru yang dilemparkan kepada Pak Lah seolah-olah mengambarkan Tun masih berkuasa. Juga seperti terlampau sempurna dan baik sungguh keadaan negara ini semasa pentadbiran Tun dan digambarkan dalam jangka masa Pak Lah menjadi perdana menteri, negara dalam keadaan daif, sungguh tidak sempurna, tidak aman, bercelaru, ekonomi merosot, perniagaan lembab dan pengangguran meningkat. Apakah semua ini tidak berlaku di zaman Tun?.
Berilah peluang Pak Lah mentadbir negara dengan jayanya. Tidak adil untuk membandingkan 22 tahun pentadbiran Tun dengan Pak Lah yang baharu masuk 3 tahun pemerintahan. Ianya seperti dipertandingkan larian antara budak berusia tiga tahun dengan belia berusia 22 tahun. Sungguh tidak masuk akal.
Agak kasar jika saya katakan Tun seperti mahu mengajar Pak Lah cara bekerja. Tun seperti menyesal melantik Pak Lah sebagai penggantinya. Tun memikirkan beliau masih berkuasa. Tidak semestinya untuk sentiasa popular dan sentiasa diingati dan dihargai, mestilah dengan mengeluarkan pendapat dan mengkritik. Tun amat berbeza dengan kami semua rakyat biasa. Tun seorang negarawan dan kekalkanlah sifat dan sikap negarawan agar Tun akan sentiasa dikenang.
Saya amat takut jika selepas ini akan ada sesuatu yang buruk akan berlaku kepada Tun, iaitu rakyat sudah hilang hormat, hilang kepercayaan dan lebih buruk lagi jika ada selepas ini ada insan yang menimbulkan bukti hitam sifat dan sikap Tun semasa pentadbirannya sehingga melenyapkan nama Tun dalam lipatan sejarah negara.
Kita hanya manusia biasa, yang hanya mampu merancang. Allah jua yang Maha Mengetahui.
No comments:
Post a Comment