Abd Zarin Mohd Yasin
Mungkin yang minat politik akan mengikuti perkembangan cerita pak lah vs mahathir ni..Pada 28 sept yang lepas Umno telah memecat Abd Zarin Mohd Yasin sebab kutuk kuat sangat pak lah dgn najib dalam blog dia http://sangkelembai2006.blogspot.com/ .. Zarin ni ialah hardcore mahathir..dia ni jugak sebagai mahathir punya peluru berpandu untuk bantai pak lah..dan dia ni jugaklah yang organised perjumpaan org politik yang tak suka pak lah di kelantan dan kat tmn melawati dulu.
Kesimpulannya, tak dapat tembak mahathir, tembak dia punya peluru berpandu pun jadilah..Bagi saya pak lah dgn mahathir sama saja..dua-dua gajah..kita ni semut aje.. cuma tak bekenan tu takkan kerana laman blog untuk suarakan pendapat pun tak boleh sampai kene pecat dari Umno?.. Kata nak kan orang Melayu terror ICT dan luaskan pengetahuan..takkan sebab blog pun nak kene pecat.. Tak lama lagi ramailah org bisu kat malaysia ni sebab mulut dah kene plaster..tak boleh nak cakap lagi..
Jawabnya mestilah ada udang disebalik mee mamak..tapi selalunya mee mamak mana ada letak udang..hehe.. Tak rugged lah pak lah ni..Si zarin tu bukannya terrorist atau sedara bush..Dia tulis pun untuk buka minda kita supaya berfikir.. Apa yang dia tulis org semua dah tahu pun..contoh pasal menantu hantu khairy dan super duper kamaludin.
Ada org kata pak lah ada 3K di keliling dia..Kamaludin..Khairy..satu lagi Kalimullah..chairman NST.. nasib baik tak masuk sekali pak cik Kalimudin..hehe..tabik pak cik..
Org Umno bukan tak suka pak lah..tapi dia org dah meluat sangat kat khairy tu (boyfriend maya pontianak)..itu saje..khairy tu dah jadi macam lebih sudu dari kuah..dia macam pm pulak..
Kalau nak tahu apa cerita sebenar pak lah vs mahathir ni, gi belayar ke blog budak zarin yang malang pak kaduk ni.. http://sangkelembai2006.blogspot.com/ .. sebelum kene delete ngan sb bukit aman.
Aku rasa aku punya blog ok rasanya.. takut jugak jadi macam zarin ni.. Tapi dia ni dah lebih sangat..
Terima kasih kerana merayau-rayau kat blog http://shaifulbahri.blogspot.com/
Bosan dengan spam? Mel Yahoo! memiliki perlindungan spam yang terbaik
http://my.mail.yahoo.com/
No comments:
Post a Comment