Kabinet Berpendapat Lebih Banyak Negatif Siaran Langsung Perhimpunan
KUALA LUMPUR, 22 Nov (Bernama) -- Kabinet berpendapat terdapat lebih banyak kesan negatif daripada positif penyiaran secara langsung perhimpunan agung Umno menerusi televisyen, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Beliau berkata ini kerana ia memberi gambaran yang tidak tepat tentang perjalanan perhimpunan agung terutama sekali hasil atau keputusan yang dibuat pada akhir perbahasan itu.
Mungkin ada perwakilan terlajak bercakap kerana suasana perhimpunan mendorong mereka menyatakan sesuatu bagi menjadikan ucapan mereka mendapat lebih sambutan, sebaliknya ia telah disifatkan oleh sesetengah pihak sebagai keterlaluan, katanya kepada pemberita di sini hari Rabu.
Najib bagaimanapun berkata oleh kerana ini merupakan urusan parti, terpulang kepada Majlis Tertinggi Umno untuk membuat keputusan muktamad sama ada akan menyiarkan secara langsung atau tidak perhimpunan agung Umno di masa depan.
Katanya terpulang kepada pihak berkuasa juga untuk mengambil tindakan jika ada mereka yang disifatkan membuat ucapan menyentuh soal perkauman pada perhimpunan agung baru-baru ini.
"Kami (bagaimanapun) telah menjelaskan kepada rakan-rakan dalam Barisan Nasional dan mereka faham. Apa yang penting ucapan penggulungan Perdana Menteri, kerana ia merangkumi pendirian dan dasar rasmi parti.
"Tiada perubahan dari segi komitmen kami dalam Barisan Nasional dan kerjasama antara pelbagai komuniti dalam struktur Barisan Nasional. Kami berpegang kuat dengan komitmen kami dan menghargai sumbangan setiap komuniti terhadap pembangunan negara," kata Najib yang juga Timbalan Presiden Umno.
Beberapa pihak mendakwa sesetengah ucapan dalam perbahasan pada perhimpunan agung Umno itu tidak sensitif terhadap bangsa lain.
-- BERNAMA

No comments:
Post a Comment