Ungku Aziz: Orang kampung mesti 'kiasu'
22-11-2006 02:30:22 PM
KUALA LUMPUR: Prof Diraja Ungku Aziz, tokoh akademik yang sering mencetuskan pelbagai idea untuk membasmi kemiskinan Bumiputera, mencabar masyarakat itu supaya menjadi lebih berani dan mengamalkan sikap "kiasu" iaitu tidak mahu mengalah, ke arah menjadi usahawan berjaya.
"Kiasu adalah perkataan Hokkien (bermaksud takut kalah) yang popular dalam kalangan rakyat Singapura. Saya berpendapat masanya sudah tiba bagi penduduk luar bandar kita turut mempunyai sifat kiasu dan menjadi agresif sedikit.
"Disebabkan kiasu ini, seseorang itu akan kata dia mahu menjadi yang terbaik, menjadi nombor satu. PM (Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi) pula bercakap mengenai 'towering Malays' (Melayu hebat).
"Namun tidak semua Melayu boleh menjadi hebat tetapi semuanya boleh mempunyai sifat kiasu. Saya rasa penduduk luar bandar bersifat kompleks, pemalu, terlalu baik hati untuk menyemai sifat kiasu ini.
"Ini adalah satu daripada perkara penting untuk menjadi seorang usahawan Bumiputera yang berjaya," katanya pada pelancaran Kursi Profesor Diraja Ungku Aziz dan Pusat Kajian Kemiskinan dan Pembangunan di Universiti Malaya baru-baru ini.
Kursi dan pusat itu, yang dilancarkan oleh Abdullah, bertujuan menjadi pusat bagi kerja akademik, penyelidikan, perundingan dan bantuan teknikal dalam bidang pembasmian kemiskinan dan kemajuan untuk golongan akademik, orang awam, pembuat dasar dan masyarakat antarabangsa. BERNAMA

No comments:
Post a Comment