Tuesday, November 07, 2006

KEDUDUKAN TERKINI : DR.M (3) - PAK LAH (0)

Keputusan terkini perlawanan bola sepak merebut Piala UMNO yang telah bermula sejak 1 Syawal yang lalu, Dr. M sedang mendahului Pak Lah dengan 3-0. Yang menariknya, kesemua gol pasukan Dr. M dijaringkan sendiri oleh pasukan Pak Lah.

Penyumbang gol sendiri pasukan Pak Lah adalah seperti berikut:-

1. Gol pertama ini dijaringkan oleh KJ apabila beliau menjual balik sahamnya dalam ECM Libra yang bermakna KJ sudah tiada kepentingan dlm syarikat tersebut.

2. Gol kedua dijaringkan oleh Brendon Singapore apabila NSTP akan menamatkan kontraknya sebagai Ketua Editor NST bermula 1 Disember ini.

3. Gol ketiga yang dianggap paling cantik setakat ini ialah apabila Sultan Johor Darul Takzim bertitah yang baginda mahukan Tambak Johor dirobohkan dan diganti dengan jambatan jika mahu Johor lebih maju.

Permainan masih berjalan dan dapat dilihat pasukan Dr. M masih belum mengeluarkan peluh lagi tetapi sudah mendahului 3-0 setakat ini. Malah striker Dr. M masih belum menggunakan kepakaran yang mereka miliki dalam perlawanan paling menarik di abad ke 21 ini.

Penonton dan penyokong kedua belah pihak masih menunggu dengan penuh debaran keputusan di akhir perlawanan. Ada yang mengharapkan seri dan tiada siapa yang mengaku pasukan nya menang dan menuduh pasukan lain kalah. Ada juga berharap pasukan Pak Lah menang supaya dapat menyimpan terus Piala UMNO. Manakala penyokong pasukan Dr. M masih menaruh harapan yang tinggi agar pemain pasukan Pak Lah akan lebih kerap menjaringkan gol sendiri.

No comments: