Thursday, November 23, 2006

MPAJ TAK LAYAN SURAT PEJABAT PM


Pada 20 dan 21 November 2006 (Isnin dan Selasa) yang lalu, heboh mengenai cerita MPAJ merobohkan rumah setinggan di Kampung Berembang, Jalan Ampang, Selangor.
Walaupun JK Bertindak kampung tersebut telah mendapatkan surat sokongan untuk menangguhkan operasi meroboh tersebut daripada Pejabat Perdana Menteri, namun MPAJ tetap meneruskan operasi besar-besaran tersebut.
Surat di atas adalah bukti surat sokongan dari pejabat Pak Lah telah diperolehi. (lika tak clear, boleh klik pada surat untuk enlarge).
Kesihan jugak tengok penduduk setinggan yang terpaksa cari tempat berteduh lain. Anak-anak yang sedang mengambil SPM pun terjejas.
Tiadakah budi bicara dan perundingan yang boleh dilakukan? Memang benar mereka adalah warga setinggan, tetapi mereka juga manusia seperti kita. Tentu ada sebab mengapa mereka masih belum berpindah lagi.







No comments: