Walaupun Perhimpunan Agung UMNO kali ini bukannya tahun pemilihan Majlis Tertinggi, namun ianya tetap mendapat sambutan terutamanya ahli UMNO, ahli politik komponen Barisan Nasional (BN), pemerhati politik dan seluruh rakyat tanpa mengira kaum yang sentiasa mengikuti perhimpunan tahunan parti politik terbesar negara.
Sebabnya, UMNO sebagai tonggak pentadbiran kerajaan Barisan Nasional dan kaum Melayu sebagai kaum terbesar negara, maka sudah tentulah liputan meluas akan diberikan semasa lima hari perjalanan persidangan orang Melayu ini. Saban tahun perhimpunan agung ini diberikan fokus penting oleh semua pihak kerana inti pati persidangan yang melibatkan dasar kerajaan dan perkembangan isu semasa.
Ucapan dasar presiden yang juga Perdana Menteri sudah tentu tidak dilepaskan begitu sahaja kerana setiap tahun kandungan ucapan presiden akan menyentuh keseluruhan jentera kerajaan, soal pembangunan, perancangan negara disamping agenda Melayu sendiri yang mencetus tumpuan rakyat diberikan secara serius dan teliti terhadap perkembangan perhimpunan terbesar orang Melayu.
Walaupun ada pemimpin UMNO di peringkat atasan seolah-olah memberikan "amaran" jangan membicarakan soal remeh temeh dan "serangan" peribadi, termasuk juga perkara pertentangan pendapat antara presiden dan bekas presiden, namun ramai yang percaya ahli UMNO terutamanya pembahas dan penyokong usul akan berhujah dengan matang dan penuh intelektual.
Dengan usia parti sudah menjangkau 60 tahun, sewajarnya ahli dan pemimpin UMNO amat profesional dalam membicarakan sesuatu isu dan pendapat berlandaskan perlembagaan, peraturan dan garis panduan yang sentiasa dipatuhi oleh pembahas. Soal menyentuh sesuatu isu dengan emosional dan keterlaluan perlu dielakkan.
Janganlah mengunakan perhimpunan tahunan orang Melayu ini sebagai pentas untuk menonjolkan aksi gelagat buruk sikap orang Melayu. Mencaci, menghina, mengutuk, cemburu, dengki dan mencarut adalah nilai perilaku buruk manusia. Amat memalukan seluruh orang Melayu jika ada perwakilan menampilkan gelagat tersebut. Kesabaran dan kematangan pembahas diuji apabila memperkatakan topik dan isu tertentu. Mungkin ada yang berpendapat itu adalah gaya pengucapan seseorang pembahas, tetapi sampai bila orang Melayu perlu bersikap begitu sehingga merendahkan nilai moral orang Melayu secara keseluruhannya.
Mungkin ada perwakilan yang akan membahas atau mengusulkan isu bekas presiden yang lantang mengkritik perdana menteri dan kerajaan sekarang. Di tambah pula ada suara kepimpinan tertinggi parti yang seolah-olah "tidak menbenarkan" perwakilan bercakap mengenai Tun Dr. Mahathir Mohamad. Hakikatnya sebagai sebuah parti politik yang mendokong demokrasi sebagai teras perjalan parti, "larangan" itu tidak sepatutnya berlaku. Asalkan dibahaskan dengan penuh adap sopan dan tata susila orang Melayu disamping membuahkan cadangan dan idea yang bernas kearah perpaduan dan kekuatan parti, tidak salah jika isu tersebut mendapat perhatian di perhimpunan.
Perhimpunan tahunan orang Melayu ini sepatutnya dimanfaatkan sepenuhnya oleh perwakilan yang telah diamanahkan oleh ahli-ahli di peringkat bawah. Pembahas dan pembentang usul yang telah dipilih oleh perhubungan negeri sewajarnya mengunakan kesempatan dan kepercayaan yang diberikan untuk bercakap dengan fakta dan kandungan yang padat dan tepat. Jangan pula ada yang mengambil kesempatan untuk membuat penonjolan peribadi atas kepentingan mempromosikan diri sendiri.
Kehadiran pemerhati yang dijangkakan membanjiri setiap inci Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) juga akan memeriahkan lagi suasana perhimpunan kali ini. Secara tidak langsung inilah forum perbincangan terbesar orang Melayu di negara kita. Yang "rasminya" akan berada di dalam Dewan Merdeka sebagai perwakilan. Sudah tentu yang "tidak rasmi" iaitu pemerhati akan berkeliaran dan duduk berbincang dan berbual sesama sendiri sama ada di dalam PWTC atau kawasan yang berhampiran. Inilah semangat perpaduan dan bersatu orang Melayu dari seluruh negara.
Kritikan dan teguran membina sememangnya dialu-alukan semasa perhimpunan. Mengemukakan cadangan yang munasabah yang boleh diterima oleh barisan pemimpin parti sememangnya digalakkan malah akan mendapat sanjungan dari perwakilan dan pemerhati di luar dewan. Ditambah pula jika pembahas pandai bermain kata-kata dan diselang seli dengan jenaka yang kadang-kadang sinis untuk menyerikan majlis.
Itulah kematangan UMNO yang sentiasa menjadi perhatian dan tumpuan. Namun jika kritikan yang boleh mengaibkan seseorang dan memalukan mereka adalah amat dikesali jika hendak dibandingkan dengan nama UMNO yang gagah sebagai parti politik terbesar negara.
Usul yang merangkumi politik, ekonomi, pendidikan, sosial dan agama akan terus menjadi agenda tetap setiap kali perhimpunan. Isu meritokrasi dan penggunaan bahasa Inggeris dalam subjek Matematik dan Sains dalam pendidikan, perpaduan dan agenda orang Melayu, RMK 9, isu murtad, mat rempit dan pengistilahan Bangsa Malaysia pasti diperdebatkan dalam perhimpunan kali ini
Yang penting selepas tamat perhimpunan jangan ada perwakilan yang menyimpan sebarang rasa tidak puas hati disebabkan ada ahli yang tidak pandai menghormati perasaan orang lain. Biarlah "panas" kerana perbahasan membabitkan perkembangan parti, isu orang Melayu dan negara habis di PWTC sahaja. Jangan pula terbawa-bawa ke tempat sendiri dan merangka pula strategi tindakan akibat golodak tidak puas hati yang masih membara.
Apapun yang terjadi, jadikanlah cogankata UMNO "Bersatu, Bersetia, Berkhidmat" sebagai pedoman tujuan kita hadir ke perhimpunan agung kali ini. Rumpun Melayu mestilah teguh bersatu dengan sepenuh jiwa. Bersatu padu, setia kepada parti dan berkhidmat dengan jujur dan amanah adalah lambang orang Melayu agar sentiasa dipandang mulia dan gagah.

No comments:
Post a Comment