Thursday, November 23, 2006

HAJJAH DEJA MOSS

Deja jawab ‘isu’ baju seksi
www.mstar.com.my


Penyanyi Deja Moss bagai terkedu apabila ditasak bertalu-talu dengan pertanyaan tentang penyebaran gambarnya yang berpakaian seksi ketika membuat persembahan di sebuah private function baru-baru ini.

"Saya macam blank kejap bila wartawan meminta saya memberi komen tentang foto saya berbaju seksi yang sedang hebat diedarkan melalui internet sekarang dan saya sendiri belum melihat gambar yang dikatakan itu," jelas penyanyi bersuara lantang yang popular dengan lagu ‘Di Matamu Aku, Di Jiwamu Dia.’

Bagi Deja, dia langsung tidak menyangka gambarnya di majlis tertutup yang memperlihatkan sebahagian besar dadanya itu akan diedarkan kepada orang ramai.

"Saya tidak sangka gambar itu akan diedarkan dengan meluas sekali di internet dan. Saya tidak mahu melihat gambar yangd iedarkan itu, cukuplah mendengar dari rakan-rakan dan keluarga saya di Kucing," jelas Deja Moss yang singgah sebentar di Mstar hari ini.

Deja sendiri sudah menghubungi pihak penganjur untuk menanyakan kesahihan berita yang didengarnya itu.

"Menurut mereka, mereka tidak boleh menghalang orang ramai untuk merakam gambar di majlis tersebut," jelas penyanyi genit yang berasal dari Kucing, Sarawak itu.

Deja atau nama sebenarnya Sharifah Hadijah Wan Moss mengaku dia agak tertekan dan terkilan apabila mendapat perkhabaran dari keluarganya yang menerima gambar tersebut melalui internet dan ada yang mengirim terus ke rumah.

"Apa yang membuat saya begitu sedih apabila emak saya menangis di telefon dan memberitahu saya ada orang telah meletakkan gambar itu di atas kereta ayah saudara saya di Kucing.

"Saya cukup menyesal dan terkilan dengan perbuatan tidak bertanggunjawab orang yang menyebarkan gambar saya itu. Sememangnya saya tidak sedar aksi saya begitu rupa. Saya terlalu menghayati lagu yang saya nyanyikan petang itu sehingga saya tidak sedar aksi saya dirakamkan," jelas Deja yang ternyata tidak senang dengan perkembangan terbaru tentang dirinya.

Bagi Deja, dia begitu ralat apabila kejadian yang tidak diingini itu berlaku ketika dia sedang berusaha untuk membuat ‘comeback’ dalam dunia seni.

"Percayalah, saya sendiri tidak terfikir baju putih itu akan menimbulkan kontroversi. Sebelum persembahan anjuran bank tempatan pada 6 November baru-baru ini, saya bertanyakan Rem samada saya kelihatan ok dan dia kata ok.

"Saya juga pernah mengenakan pakaian yang sama ketika membuat persembahan di World Championship of Performing Arts (WCOPA) di Hollywood pada bulan Ogos lepas," jelas penyanyi berusia 33 tahun ini lagi tentang episod baju seksinya yang sedang heboh diperkatakan itu.

1 comment:

Anonymous said...

Woi Hajah Deja Moss,

Ko kata:""Percayalah, saya sendiri tidak terfikir baju putih itu akan menimbulkan kontroversi. Sebelum persembahan anjuran bank tempatan pada 6 November baru-baru ini, saya bertanyakan Rem samada saya kelihatan ok dan dia kata ok."

Rem tu siapa? Tuhan kau? Ayah kau? Suami kau? Ustaz kau? Kitab Al-Quran dan sunah begitu dekat, kau tanya Rem?

Aku bukan kuat agama, tapi aku benggong ngan jawapan kau yang begitu stupid. Kau tu dah bergelar Hajah, takkan tak tau baju tu tak boleh dipakai in public!!! Kamera ada tak ada pun, mata bukan mahram kau kan ada??? Jawapan kau memang bodoh sekali. Sori komen aku begitu tajam, tapi ko memang deserve it!