Video khalwat milik JAIS terbocor di Internet?
24-11-2006 08:55:49 PM
Oleh SALHAN K. AHMAD
Oleh SALHAN K. AHMAD
PETALING JAYA: Beberapa klip video menunjukkan aksi-aksi berkhalwat pasangan remaja sewaktu ditahan pihak berwajib yang didakwa sebahagian koleksi Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) kini disebarkan di Internet dan mendapat sambutan hangat orang ramai.
Video-video pendek itu, semuanya sekitar 20 hingga 30 saat, memuatkan saat-saat pasangan disoal siasat oleh seseorang, dipercayai penguatkuasa agama, untuk menentukan sama ada mereka suami isteri yang sah.
Dalam klip-klip tersebut, pasangan yang ditahan kelihatan cemas apabila didekati oleh beberapa lelaki dan diminta memperkenal diri masing-masing.
Tiga daripada klip video tersebut didakwa berasal daripada koleksi bahagian penguatkuasaan JAIS dengan nombor fail 23, 28 dan 172.
Sementara satu klip tersebut pula menunjukkan seorang gadis yang didakwa sudah insaf dengan keterangan "syukur, ada peluang bertaubat. Tahniah JAIS & majlis perbandaran!"
Semua klip video ini dimasukkan ke sebuah portal video terkenal di dunia sejak awal bulan ini oleh seorang ahlinya.
Sementara seorang ahli lain memuatkan satu klip video satu pasangan remaja yang dipercayai mengadakan hubungan seks yang lebih intim.
Berdasarkan dialog dalam klip itu, sepanjang 51 saat, lelaki yang menyoal siasat mengesyaki pasangan ini menyentuh bahagian sulit masing-masing.
Walaupun ahli ini tidak menyebut sumber video tersebut diperolehi daripada JAIS, teknik soal siasat itu sama seperti klip-klip video yang didakwa diperolehi daripada jabatan tersebut.
Sewaktu dihubungi mStar Online hari ini, penolong pengarah sektor operasi Bahagian Penguatkuasaan JAIS mengesahkan pihaknya membuat rakaman video sewaktu operasi tangkapan khalwat.
Akmal Senin berkata JAIS merakam adegan-adegan seperti itu sebagai bahan bukti dalam sesetengah kes khalwat yang dibicarakan di mahkamah syariah negeri itu.
"Tapi tidak semua video yang dirakam digunakan sebagai bukti dalam perbicaraan, hanya kadang-kadang saja digunakan dalam kes tertentu. Apabila selesai perbicaraan, pihak peguam bela boleh mohon untuk lupuskan bahan bukti, tetapi ada juga yang kita simpan," katanya.
Ditanya kewujudan klip-klip video di Internet yang didakwa berasal daripada JAIS, beliau berkata: "Kami belum dapat sahkan atau nafikan kerana kami pun belum tengok lagi video-video ini dan saya rasa mungkin bukan datang daripada JAIS dan kita pun belum pernah dapat maklumat mengenai video sebegini."
Beliau memberi jaminan akan mengambil tindakan tegas terhadap pegawai berkenaan jika terbukti video tersebut diperolehi daripada sumber jabatan agama itu.
"Ini soal etika. Jika kita dapati ada anggota kita yang terlibat, kita akan kenakan tindakan tatatertib kerana mereka adalah kakitangan awam," kata Akmal.
Beliau menjelaskan, unit teknologi maklumat dan telekomunikasi (ICT) jabatan tersebut terlibat dalam operasi khalwat kerana tidak semua pegawai penguatkuasa mempunyai kemahiran mengendalikan rakaman.
"Kita ada satu unit ICT yang mengendalikan laman web jabatan dan juga perkakasan multimedia. Anggota unit ini, akan turut bersama dalam operasi kita kerana bukan semua anggota penguatkuasa tahu menggunakan peralatan itu," katanya.
Boleh tengok kat sini http://www.youtube.com/watch?v=th01nSfX384
No comments:
Post a Comment