Sunday, November 26, 2006

MAT TAIB GANTI AZIZ SHAMSUDDIN???

Betul ke berita yang sedang heboh sekarang, Dato' Seri Abdul Aziz Shamsuddin, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, akan digugurkan dari kabinet Pak Lah?. Penggantinya ialah Senator Tan Sri Muhammad Muhd Taib, yang baru dilantik menjadi senator baru-baru ini.
Jika betul eloklah. Angin cerita ini bertiup kencang pada hari Sabtu 25 November 2006, apabila Aziz Shamsuddin tidak hadir di majlis anjuran kementeriannya sendiri di Banting, Selangor. Alasannya tidak sihat. Sedangkan majlis Anugerah Desa Cemerlang dirasmikan oleh Pak Lah. Boleh ke majlis kementerian sendiri yang dihadiri oleh PM, boleh menterinya tidak datang dan wakilkan timbalannya sahaja?.
Sebagai orang Selangor, jika benar Mat Taib ganti Aziz, itu sudah cukup bagus kepada perkembangan politik UMNO Selangor. Sebab sekarang ini UMNO Selangor tiada seorang pun wakilnya menjadi menteri kabinet. Dulu ada Dato' Shafie Salleh, tapi digugurkan selepas beliau kalah pertandingan MT UMNO 2004. Kalah sebab ada orang Selangor sendiri yang mahukan Shafie kalah. Sebab ada yang takut Shafie bakal menjadi MB suatu hari nanti.

Nampaknya Selangor memberikan baik dan buruk kepada Aziz. Baiknya kerana Selangor baik hati memberikan kerusi Parlimen Shah Alam kepada beliau untuk bertanding pada pilihan raya 2004 setelah beliau tiada tempat di negerinya sendiri, Perak. Alasan politik beliau pada masa itu ialah rumah beliau di seksyen 9 Shah Alam, dan orang Shah Alam dah lama kenalnya. Itu alasan politik lah.
Buruknya jika benar Mat Taib akan menggantikan beliau di dalam kabinet. Lebih buruk lagi beliau tidak menghormati negeri Selangor yang menjadi tuan rumah majlis hari Sabtu itu sedangkan ianya adalah anjuran beliau sendiri. Macam dah rasa nak kena tendang ke?.
Apa pun mungkin terlalu awal untuk mengucapkan tahniah kepada Mat Taib jika cerita sensasi ini menjadi kenyataan. Tak kisahlah. Sekurang-kurangnya ada jugak wakil UMNO Selangor dalam kabinet Pak Lah.
Ada yang berkata Pak Lah tak suka sangat Aziz sebab terlampau pro kpd Tun. Memang patut pun kerana Aziz pernah jadi Setiausaha Politik Tun hampir 20 tahun.

No comments: