Wednesday, November 22, 2006

Lanjutan: ZAINAH SISTER IN ISLAM PERSENDA JABATAN AGAMA

Saudara Anuar,

Salam hormat dari saya.

Surat terbuka ini pernah saya hantar kepada beberapa akhbar arus perdana dan Zainah Anwar sendiri dalam bulan Mac 2006 yang lalu. Secara "kasarnya" beliau memulangkan balik surat yang saya hantar dengan remark pen merah "Go to hell". Perkara ini telah saya maklumkan kepada Shahrizat dan pejabat PM. Malangnya Zainah seperti ada kuasa kebal pula.

Mungkin e mel saya ini boleh menjadi rujukan saudara untuk mentafsirkan siapa Zanah sebenarnya?.

Maaf jika e mel ini mengganggu tugas murni saudara terhadap bangsa Melayu.

Ikhlas dan wassalam,
Shaiful bahri Saidin

http://shaifulbahri.blogspot.com


Zainah Sisters In Islam Persenda Jabatan Agama

Baru-baru ini saya membaca satu artikel di International Herald Tribune (IHT) bertarikh 16 Februari 2006 dengan tajuk Letter from Malaysia : Malaysia's big sister shakes up Islam rule, di mana wartawan IHT Jane Perlez telah menemubual Zainah Anwar, Pengarah Eksekutif Sisters in Islam (SIS).

Apa yang mendukacitakan ialah kenyataan pemimpin kumpulan NGO ini yang telah mempersendakan Islam dan pegawai-pegawai kerajaan di jabatan agama Islam.

Sebagai pemimpin NGO yang menjadi model pergerakan Islam yang progresif, beliau sepatutnya tidak mengeluarkan kenyataan yang sebegitu rupa.

Kenyataan beliau seperti :" With the acid touch that has made her an accomplished campaigner, Zainah Anwar calls the officials in the government religious departments ' those Taliban-minded bureaucrats' ", sesungguhnya telah menghina dan mempersendakan pegawai-pegawai kerajaan di jabatan agama Islam.

Pada pandangan saya kenyataan seperti ini jauh menyimpang dari pendekatan Islam Hadhari yang dianjurkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, di mana Nori Abdullah adalah rakan baik Zainah. Malah sebuah akhbar bahasa Inggeris suatu masa dahulu pernah melebelkan Zainah sebagai "Kawan rapat anak-anak PM dan bekas PM".

Kenyataan seperti ini boleh menyelewengkan ajaran Islam dan membahayakan keharmonian rakyat khususnya umat Islam di negara ini. Ini telah memberikan gambaran negatif terhadap perkhidmatan kerajaan di mata dunia luar.

Tuduhan Zainah bahawa kakitangan kerajaan 'berpemikiran seperti Taliban' adalah keterlaluan dan seolah-olah memberi gambaran adanya unsur-unsur keganasan dan perlanggaran hak manusia dalam pentadbiran jabatan agama.

Kecelupaan Zainah terselah lagi dengan kenyataan seperti ini : " She (Zainah) has not married, saying to people :' I don't want to be a slave to man ' ". Jangan lah soal peribadi turut terbawa-bawa dengan matlamat perjuangan SIS. Masalah peribadi beliau yang tidak mahu berkahwin kerana tidak mahu menjadi hamba lelaki adalah bercanggah dengan Islam yang menganggap perkahwinan suatu yang mulia dan jalan keluar daripada maksiat.

Kenyataan Zainah tidak mahu berkahwin disebabkan tidak mahu menjadi hamba lelaki adalah kenyataan kedua daripada beliau selepas kenyataan yang sama di Mingguan Malaysia pada 12 Februari 2006.

Persoalan sama ada SIS berfungsi sebagai sebuah pertubuhan NGO atau tidak, boleh ditimbulkan berbagai-bagai pertanyaan kepada Zainah.

Saya ingin bertanya kepada Pengarah Eksekutif SIS :

1. Berapa ramai ahli SIS ?
2. Siapa yang boleh menjadi ahli ?
3. Adakah dikenakan yuran tahunan kepada ahli ?

Pertanyaan ini timbul kerana dari semakan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) SIS berdaftar di atas nama SIS Forum ( Malaysia ) Berhad dan ditubuhkan pada tahun 1988. Lebih menghairankan tiada nama Sisters in Islam yang berdaftar dengan pejabat Pendaftar Pertubuhan (ROS). Jadi bagaimana SIS itu sendiri boleh membawa nama "Islam" di dalam nama dan aktivitinya dan siapakah yang mengiktiraf SIS Forum ( Malaysia ) Berhad sebagai Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) ?

Sebelum memikirkan untuk menjadi juara di dalam hal-hal agama Islam, saya minta Zainah menjawab pertanyaan tersebut untuk dimaklumkan ke seluruh rakyat Malaysia siapakah SIS sebenarnya?.

Harapan saya kepada Zainah supaya eloklah berfikiran terbuka di dalam membicarakan soal perundangn Islam. Kita masih ada ulama syarie yang boleh kita rujuk untuk mendapatkan pandangan. Tidak semua teori yang dibaca akan sama semasa dengan kehidupan sebenar atau praktikal yang kita hadapi.

SIS eloklah perjuangkan nasib wanita Islam yang kematian suami tetapi tiada pekerjaan, wanita yang ada masalah mendapatkan peguam untuk kes perceraian dan keluarkanlah wanita Islam yang telah terjerumus ke lembah maksiat.

Rakyat akan lebih menghormati dan sanjungi aktiviti SIS seperti ini daripada aktiviti mencari salah orang lain dan cuba hendak menjadi jaguh perundangan Islam.

1 comment:

Anonymous said...

Inilah antara orang Melayu yang mengaku islam tetapi menikam agama sendiri dari belakang. Macam kes penuntut yang ingin dikristiankan di ipoh tempohari. Bertudung labuh tapi menyebarkan fitnah pada sesama kita. Orang macam ni yang patut dihukum gantung sampai mati. Jangan perlekehkan agama kita dan agama lain yang bakal menimbulkan isu perkauman.